Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

5 Menu Wajib Anda Mesti Cuba Jika Bertandang Di Negeri Johor

7-12-2017 12:40 PM|Oleh: Faizal | Dilihat: 1646| Komen: 25

Siapa tidak tahu tentang Johor Darul Takzim kan? Negeri yang mempunyai pasukan bola sepak dari negeri selatan Malaysia ini begitu popular sekarang. Bukan itu sahaja, negeri Johor juga terkenal dengan mercu-mercu tanda lain seperti Legoland, Tambak Johor dan macam-macam lagi. Kemegahan negeri Johor mampu menarik ramai pelancong datang ke negeri ini. 

Ya! memang benar negeri johor mempunyai banyak tempat-tempat menarik dan juga mempunyai makanan yang istimewa tersendiri yang anda mesti cuba jika bertandang ke Johor. 

Walaupun kadang kala menu-menu ini ada di negeri-negeri lain, tetapi rasa keaslian menu itu tidak akan sama jika anda makan di negeri Johor sendiri.  

Jom lihat apakah menu-menu yang wajib anda cuba jika bertandang di Negeri Johor Darul Takzim

1. Laksa Johor

Laksa Johor

Nama pun dah menunjukkan laksa ini berasal dari Johor. Yang menariknya tentang laksa Johor ialah mee yang digunakan bukanlah dari mee laksa biasa yang kita makan. Ia menggunakan mee spaghetti. Selain itu, kuah untuk membuatnya juga agak berbeza. Ia menggunakan ikan dan dimasak sehingga pekat bersama santan dan kerisik kelapa. Sudah pasti kuahnya agak pekat dari kuah laksa dari negeri-negeri lain.

Sesuai dengan orang Johor yang kuat pedas, laksa johor dimakan bersama sambal belacan dan ulam-ulaman lain. Ha! Berbeza kan? Jangan lupa cari gerai atau kedai menjual laksa Johor jika anda bertandang ke sini.

2. Mee Bandung Muar / Muor

Mee Bandung Muar

Jangan lupa mencuba Mee Bandung Muor jika datang ke sini. Mee Bandung Muar sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia sehinggakan pelbagai paste atau rempah segera yang dijual di pasaran bagi memudahkan orang ramai untuk mencuba resepi masakan orang Johor yang sedap ini. 

Rasa Mee Bandung Muor sangat enak. Memang lain dari yang biasa. Mungkin penggunaan bahan-bahan seafood menambahkan lagi rasa sedap mee bandung ini. Kuah yang pekat ditambah dengan aroma udang yang kuat sangat membangkit selera untuk mencuba mee bandung ini.

3. Lontong

Lontong

Boleh dikatakan menu lontong merupakan menu wajib terutamanya ketika rumah terbuka ataupun kenduri-kendara. Dipercayai lontong adalah antara menu yang mempunyai sedikit pengaruh masakan dari tanah jawa. Yang menariknya, lontong bukan sahaja popular di negeri Johor sahaja, tetapi di negeri-negeri lain juga ada lontong. Tetapi, jika nak rasa yang asli, sila la datang ke Johor untuk mencubanya. 

Antara bahan-bahan yang terdapat di dalam semangkuk lontong termasuklah kuah lontong yang dibuat daripada campuran sayuran dan santan, tempe dan telur goreng ataupun rebus. Dan yang paling menarik ialah makan bersama sambal nasi lemak. Memang POWER!

4. Kacang pool

Kacang Pool

Namanya kacang pool, tetapi ia bukan kekacang ya. Ia merupakan hidangan semangkuk kuah yan pekat yang dimakan bersama dengan roti. Rasa kuahnya memainkan peranan penting dalam membangkitkan lagi rasa menu ini. 

Biasanya menu ini dimakan ketika waktu pagi ataupun minum petang dan ada juga yang menjadikannya sebagai menu sampingan.

5. Nasi Ambeng

Nasi Ambeng

Ok! Nasi ambeng ni di negeri lain memang tiada. Hanya di Johor sahaja. Biasanya nasi ambeng kita boleh makan digerai makan ataupun ketika majlis kenduri yasin atau tahlil.

Secara asasnya, nasi ambeng ni adalah satu hidangan yang terdiri daripada nasi putih dan lauk-lauk lain seperti kerabu pucuk ubi, sambal goreng, mee hoon goreng, ayam masak kicap, serunding, dan ikan kering. Dan biasanya nasi ambeng dimakan secara berjamaah di dalam talam. Selain mengenyangkan, dapat juga mengeratkan silaturrahim. 

Itulah tadi 5 menu yang wajib anda cuba jika datang ke negeri Johor. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 25
Komen

Previous : Burger Sebesar Pinggan Di Bangi, Tapi Harganya Memang Mengejutkan!

Next       : Apa Yang Sedap Sangat Makan Di Penang Tu? Mai Cheq Nak Habaq!

Komen Terbaru

Quote jazaa100 14-12-2017 11:12 AM
ahlisihircute replied at 14-12-2017 10:56 AM
Pandainya akak masak...
Saya mula kenal laksa johor nie...masa akak penyewa rumah buat laksa joho ...

Dulu tak de jual kerisik dik....
So kena parut kelapa, goreng & tumbuk....klu guna blender tak cantik kejadian, tak pandai adjust....
Pastu akar togeh tu kena buang....klu tak buang, rasa tak lalu pulak nk mkn....
Cara potong timun pun lain....bkn potong mcm buat laksa penang tu...timun laksa johor kita amik isi je, biji timun tu kena buang.....

Akak dulu prefer buat laksa penang dari laksa johor sbb byk kerja laksa johor ni....tapi mak suka laksa johor kan...buat jugak lahh....

Tapi skrg ni kerisik dah berlambak jual, tak rajin pulak nk buat.....

Lain-lain Komen

Quote Cari-Faizal 7-12-2017 12:42 PM
Good...!!!
Quote moonbug 7-12-2017 12:47 PM
Murtabak cheese!!!
Quote shernazz 7-12-2017 12:59 PM
pes mi bandung mak iols bagi pon x masak lagi ni
erm...nnt nak.buat lah..yum yummmm

Quote CardiGans85 7-12-2017 01:19 PM
Sedap..lg nasi briyani md shah n otak2 yg ade daun selasih tu..yummy.
Quote ahlisihircute 7-12-2017 01:31 PM
Sedapnya laksa johor....feveret sgt....
Quote chinta89 7-12-2017 01:34 PM
Edited by chinta89 at 7-12-2017 01:36 PM

iols x minat kat lontong... so kalau pegi sana mmg x order. huhu.

yg sempat try bila ke Johor setakat ini ialah Mee Bandung Muo. Murtabak Singapura. Kopi 434. Satey. Otak2.

teringin nak makan kacang pool tp blm berkesempatan.
Quote kikuri 7-12-2017 04:16 PM
mee bandung muo memang wajib pegi makan walopon perut kenyang lagi.. penat jugak makan mee rebus tulang... sedap jugak.. tapi iols tak suka nasik ambeng sebab tak reti nak makan nasik bercampur mee ngan bihun gitu.... kalo buffet iols sanggup bangun banyak kali ambik makanan sebab tak suka makanan gitu bercampur
Quote imransulaiman 7-12-2017 05:00 PM
Tak pernah miss nasi ambeng kalau ke Johor {:run
Quote Rainrein 7-12-2017 07:32 PM
Kacang pool ngan nasi ambeng je belum penah makan lagi. Lagi tiga tu memang fav.
Quote tagas 7-12-2017 11:31 PM
kari kambing 40hari ayer hitam yong peng

& mee racun bt pahat kena masuk list jugak

Quote yayangmama 10-12-2017 01:55 PM
lontong dekat kedai kacang pool haji tu pon sedap

dok situ leh oder kacang pool, lontong n lempeng pisang sedapppp

kambing 40hari tu, xpaham knapa la org sibukkan sangat...

giler ramai org lalu kul 11 pg semalam...
Quote uda 11-12-2017 05:05 PM
tagas replied at 7-12-2017 11:31 PM
kari kambing 40hari ayer hitam yong peng

& mee racun bt pahat kena masuk list jugak

betul ke mee racun tu tak pedas and rasa macam kuah tomato?

Teringin nak makan tapi takur sebab namanya mee racun. Takut pedas giler

Batu Pahat kat mana mee racun yang popular and sedap?

Thanks
Quote uda 11-12-2017 05:06 PM
chinta89 replied at 7-12-2017 01:34 PM
iols x minat kat lontong... so kalau pegi sana mmg x order. huhu.

yg sempat try bila ke Johor set ...

Kacang Pool ada dijual kat KL ni tapi rasanya taklah sesedap kacang Pool Haji
Quote yangsemb 11-12-2017 06:40 PM
Edited by yangsemb at 11-12-2017 06:48 PM

Best! Tp laksa johor cam fofular di Jab Bee n susah skit nk cari kat daerah lain kott
Quote Ipo 11-12-2017 08:27 PM
Dah try semua. Lontong dan nasi ambeng tak suka sangat. Laksa johor memang sedap.
Kacang pol tak boleh masuk tekak
Quote tagas 11-12-2017 10:19 PM
uda replied at 11-12-2017 05:05 PM
betul ke mee racun tu tak pedas and rasa macam kuah tomato?

Teringin nak makan tapi takur sebab ...

Tak pedas pun like2 jer
Mee racun original siap gear box

tmn sri jaya jln kluang thorbaek

Quote Felycya 12-12-2017 09:44 AM
Nasi ambeng.
Quote Cari-Faizal 13-12-2017 06:00 PM
Felycya replied at 12-12-2017 09:44 AM
Nasi ambeng.

Memang menjadi pilihan.
Quote Cari-Faizal 13-12-2017 06:00 PM
tagas replied at 11-12-2017 10:19 PM
Tak pedas pun like2 jer
Mee racun original siap gear box


Mee racun yg ad gear box memang best

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043117s Gzip On
To Top