Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Ada Apa Dengan Pulau Boracay Tengah 'In' Sekarang? Katanya Ibarat Gadis Cantik Dari Filipina!

6-12-2017 11:53 AM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 2101| Komen: 8


Kaki pulau mesti pernah jejak lokasi ini. Jika tak pernah sampai sekalipun, pasti pernah terdengar nama Pulau Boracay, Filipina yang sangat ‘in’ sekarang.

Terletak 315km dari Manila, nyata ia antara pulau yang cantik hingga digelar krabi versi Filipina.

Ada Apa Dengan Pulau Boracay Tengah 'In' Sekarang? Katanya Ibarat Gadis Cantik Dari Filipina

Apa yang syok?

Pasir putihnya yang bersih, air laut yang jernih dan segar menjadikan ia destinasi wajib bagi individu yang menghargai anugerah alam.

Pertengahan tahun 2017, dua pantai di Boracay iaitu Yapak dan White Beach menjadi pilihan Traveler’s Choice TripAdvisor di Asia dek terkenal dengan kerangan yang cantik serta spot menarik menikmati ‘sunset’ yang magis. 

Selain itu, Boracay juga menang pulau terindah versi Travel Leisure’s Worlds Best Island 2017. 

 
Ada Apa Dengan Pulau Boracay Tengah 'In' Sekarang? Katanya Ibarat Gadis Cantik Dari Filipina

Sebelum itu pada tahun 1990, Boracay dipilih antara pantai terbaik di dunia oleh BMW Tropical Beach Handbook dan juga oleh TV Quick pada tahun 1996.
 
Nak buat apa di sana?

Jelajah Pesisir Boracay dengan mengayuh basikal atau motosikal, berenang ‘parasailing’, ‘windsurfing’, ‘island hoping’, ‘cliff jumping’ di Magic Island,  berenang di permukaan gua kecil, menikmati kehidupan dasar laut menerusi ‘snorkeling’ dan melihat matahari terbenam dari atas kapal layar yang dipanggil ‘parau’. 

Pernah lihat binaan pasir yang hebat? Anda boleh bergambar dengan binaan sedia ada yang telah dibuat oleh kanak-kanak yang ‘mencari rezeki’ di sini. Jadi, sedekah sahaja kepada mereka yang terdiri dari anak muslim Mindanao dan bangsa lain. 

Pasti ia memberi kegembiraan kepada mereka.

 
Ada Apa Dengan Pulau Boracay Tengah 'In' Sekarang? Katanya Ibarat Gadis Cantik Dari Filipina

Seperti Bali, Orang Boracay Menguasai Bahasa Inggeris

Tidak seperti penduduk Filipina lain, orang Boracay sering bertemu pelancong, jadi mereka lebih cekap berbahasa Inggeris. Jadi, tak perlulah beriya-iya belajar bahasa Tagalog! 

Ya, iklim Filipina memang tidak menentu seperti sering dilanda bencana alam. Namun anda pastikan anda membaca ramalan cuaca sebelum bercuti di sana.

Foto Carian internet

Jadi, dengan semua pilihan popular ini, pastinya anda tidak mahu ketinggalan dengan menjadikannya ‘wishlist 2018’. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 8
Komen

Previous : Siapa Cakap Tiada Hotel Mewah Tengah Hutan? Sekeping Serendah Ada Jawabnya

Next       : Impian Terbang Ke Iceland? Kena Tahu Cara Nak Jimat Makan Di Sana

Komen Terbaru

Quote MissNigga 12-12-2017 08:26 AM
kalo aku pi npilipine pun ... aku pun tak hingin nak belajo bahasa tagalog ....  

Lain-lain Komen

Quote deekhan 6-12-2017 01:13 PM
mcm menarik je
Quote manjalara_01 6-12-2017 03:28 PM
lame dah x gi beach...
Quote debab76 6-12-2017 05:48 PM
aduh teringin nk gi boracay.
Quote @pplegreen 6-12-2017 07:26 PM
Menarik tuk explore
Quote @pplegreen 6-12-2017 07:26 PM
Menarik tuk explore
Quote felinecat 6-12-2017 07:53 PM
aku xsuka org pilipin. gigih kejo expat org puteh...
Quote syadail 7-12-2017 08:40 AM
kejo expat sb tu cara cepat nk kuar dr kemiskinan.
Drama depa byk tunjuk watak pempuan kaya terpijak ni.

Lg satu bila dpt anak boleh jd artis, kaya raya.
Quote MissNigga 12-12-2017 08:26 AM
kalo aku pi npilipine pun ... aku pun tak hingin nak belajo bahasa tagalog ....  

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051163s Gzip On
To Top