Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Asyik Makan Western Je, Buat Pula Burger Malaysia. Lagi Mengancam Jiwa!

14-12-2017 11:48 AM|Oleh: Faizal| Komen: 10

Tidak tahu la bagaimana kuih ini boleh mendapat nama burger Malaysia. Mungkin bentuknya seperti burger-burger biasa cuma saiznya yang lebih kecil membuatkan orang di sini memanggilnya burger Malaysia.


Bagi yang tidak tahu, negara kita ada burger tersendiri tau! Burger Malaysia namanya. 

Ianya adalah kuih yang diletakkan inti sambal merah (biasanya sambal bilis atau lebih dikenali dengan sambal nasi lemak) dan juga timun di dalamnya.


Ok jom cuba resepi membuat Burger Malaysia yang telah dikongsi oleh Che' Nom di laman iresipi.com:

Bahan-Bahan:

2 cawan (256g) tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar marjerin atau shortening
1 1/2 sudu kecil serbuk yis
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar gula halus
180ml air suam

Cara Penyediaan:

  1. Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
  2. Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
  3. Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
  4. Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
  5. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
  6. Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
  7. Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper,cuma tekan sedikit sahaja.
  8. Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit.
  9. Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
  10. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.
Tips dari Che' Nom - Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
14
Terkejut
5
Sedih
5
Lawak
12
Bosan
5
Komen: 10
Komen

Previous : Macam Tak Percaya! Buat Kek Coklat Moist Dalam Rice Cooker Je. Tetap 'Gebu Gebas'

Next       : Ayam Kukus Versi Thailand, Memang Mengancam Nafsu Makan!

Komen Terbaru

Quote jazaa100 17-12-2017 12:59 AM
AppropriateNick replied at 16-12-2017 10:25 PM
uli uli semua tu la..aku ni laki...kalau takat campak2 pandai la aku hahaha

Klu lelaki lg senang....

Uli dgn kedrat lelaki, lembut je adunan....

Lain-lain Komen

Quote imransulaiman 14-12-2017 11:59 AM
Saya guna roti burger tu.. Lebih empuk dan lebih feeeeeeeeeeeeel bila gigit {:childlike
Quote prettyuglybabe 14-12-2017 01:35 PM
dulu suka kuih ni..
tapi sejak beli ada secoet je sambal dalam, terus tak beli dah..
Quote AppropriateNick 14-12-2017 04:37 PM
alamak..susah betul nak buat!
Quote myakayina 14-12-2017 04:59 PM

tang mana yg susahnya? nak buat bun dia tu ke? susah sangat ko beli roti burger je bak kata porumer sebelumnya.. buat sambal dia tu senang jer..

Quote Meiizu 14-12-2017 10:08 PM
Susah nk dpt kuih ni.lama dah tak nmpk
Quote Mary_jane 14-12-2017 10:32 PM
Sedapnya.
Quote yangsemb 15-12-2017 12:51 AM
       Yummeh
Quote AppropriateNick 16-12-2017 10:25 PM
myakayina replied at 14-12-2017 04:59 PM
tang mana yg susahnya? nak buat bun dia tu ke? susah sangat ko beli roti burger je bak kata porume ...

uli uli semua tu la..aku ni laki...kalau takat campak2 pandai la aku hahaha
Quote jazaa100 17-12-2017 12:58 AM
AppropriateNick replied at 14-12-2017 04:37 PM
alamak..susah betul nak buat!

Adunan donut pun blh kannn....
Quote jazaa100 17-12-2017 12:59 AM
AppropriateNick replied at 16-12-2017 10:25 PM
uli uli semua tu la..aku ni laki...kalau takat campak2 pandai la aku hahaha

Klu lelaki lg senang....

Uli dgn kedrat lelaki, lembut je adunan....

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050674s Gzip On
To Top