Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Comel-comel Tak Takut Pun! - Jom Lihat Buaya-Buaya Ganas Di Gudang, Johor

21-12-2017 11:23 AM|Oleh: Faizal | Dilihat: 1326| Komen: 6

Pasir Gudang antara tempat perindustrian yang terbesar di Malaysia. Tapi siapa sangka dalam kesibukan kawasan perindustrian yang begitu, terdapat sebuah tempat yang menempatkan spesies buaya paling besar dan ganas.


Siapa tak kenal dengan buaya tembaga kan? Bagi yang ingin melihat dengan dekat spesies buaya ini, Taman Sarang Buaya di Pasir Gudang merupakan tempat menarik untuk korang lawati.

Tempat yang dibangunkan pada bulan Februari 2009 ni mempunyai tarikan tersendiri yang pasti bakal memukau para pengunjung yang datang. Keluasan Sarang Buaya yang berdekatan dengan Pelabuhan Tanjung Langsat Pasir Gudang ini ialah seluas 3.237 hektar dan ia dibangunkan dengan konsep habitat liar sebenar spesies buaya yang meliputi tempat untuk buaya mengawan, sarang-sarang bertelur dan pembiakan yang tersendiri. 

Dikatakan bilangan terkini buaya yang ada di sarang buaya ini lebih kurang sebanyak 130 ekor.


Yang menarik di sarang buaya ini, anda ditemani oleh seorang pekerja taman yang akan memberikan begitu banyak penerangan dan info-info menarik tentang buaya dan habitatnya sepanjang menjelajah kawasan taman ini.

Tentu semua nak tahu berapa harga masuk ke taman ini kan? Harga biasa untuk orang dewasa ialah RM8. Tetapi kadang-kala ada promosi menjadi RM4 dan untuk warga emas hanya RM1 sahaja. 

Jika anda hendak cuba memberi makan pada buaya, tambahan cas RM5 untuk 14 ketol ayam yang begitu besar. Selain itu, anda juga boleh bergambar bersama baby buaya dengan cas bayaran RM2.



Overall, Taman Sarang Buaya di Pasir Gudang merupakan tempat menarik yang anda mesti cuba lawat jika anda ke Pasir Gudang. 

Pasti ianya menyeronokkan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
0
Komen: 6
Komen

Previous : Jangan Sia-Siakan Momen Indah Ketika Anda Bercuti. Ikuti Panduan 'Meletup' Fotografer Ini..

Next       : Impian Terbang Ke Iceland? Kena Tahu Cara Nak Jimat Makan Di Sana

Komen Terbaru

Quote yayangmama 3-1-2018 04:50 PM
wah...baru tau kat psr gudang ada srg buaya
pernah pegi telok sengat punya je

Lain-lain Komen

Quote yangsemb 21-12-2017 12:54 PM
Wahhh...cam menariksss
Quote syue86 21-12-2017 02:55 PM
wah mcm menarik harga die
xtvt pn best2
Quote mizruncing 22-12-2017 10:55 AM
bestnyaaa tp takut pn ade
Quote notsospecial007 29-12-2017 03:47 PM
murah jgk caj masuk situ.. bwk anak2 best la tgk buaya
Quote xyura 2-1-2018 01:16 PM
tq tt baru tau tempat ni
Quote yayangmama 3-1-2018 04:50 PM
wah...baru tau kat psr gudang ada srg buaya
pernah pegi telok sengat punya je

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045402s Gzip On
To Top