Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Mengejutkan! Pelangi 9 Jam Di Taiwan - Pecah Rekod Dunia

5-12-2017 12:32 PM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 2775| Komen: 14


Berapa minit anda sempat melihat pelangi selepas hujan? 5 minit? 20 minit?

Ada sesetengah tempat merekodkan paling lama pun sejam.


Namun berbeza di Taiwan yang mencatatkan masa iaitu 9 jam!

Fenomena luar biasa itu direkodkan oleh dua profesor Sains Atmosfera Chinese Culture University (CCU), Prof. Chou Kun-hsuan dan Prof. Liu Ching-huang sambil disaksikan oleh pelajar dan kakitangan CCU.

 

Ia dicatat bermula jam 6.57 pagi hingga 3.55 petang waktu tempatan.

“Menakjubkan, saya rasakan ia anugerah dari langit. Malahan ia jarang-jarang berlaku,” kata Prof Chou kepada BBC.

Menurut Chou lagi, sebanyak 10,000 keping gambar dirakam oleh jabatan atmosfera itu sendiri, tidak termasuk gambar dan video persendirian yang direkodkan oleh individu yang berada di sana.

 

Ia sekali gus memecah rekod pelangi paling lama yang dicatatkan dalam Guinness World Records sebelum ini, iaitu enam jam di Yorkshire, England pada 14 Mac 1994.

Dipercayai musim hujan di Taiwan ketika ini adalah punca fenomena alam itu bertahan lama. Lagi pula Taipe yang terletak di bahagian utara menerima hujan yang lebih kerap.


Pelangi adalah fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. 

Ia adalah satu lengkung berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 14
Komen

Previous : Ramai Kata Susah Cari Lokasi Air Terjun Sungai Pandan Di Kuantan. Nah! Ini Koordinatnya

Next       : 5 Taman Indah Di Korea Selatan Ini Masih 'Rahsia' Di Mata Pengunjung

Komen Terbaru

Quote Cari-Azza 9-12-2017 08:17 PM
Kan? cantik sangat

Lain-lain Komen

Quote ikinbest 5-12-2017 03:14 PM
marbeles.....
Quote yangsemb 5-12-2017 04:13 PM
Fuyoo 😍😍
Quote @chik 5-12-2017 05:05 PM
Wow.......
Quote irwansuhadi 5-12-2017 06:02 PM
breath, sunflower, RAINBOWS, three to the right, four to the left, 450....
Quote aleesyasofia 5-12-2017 10:40 PM
subhanAllah.. cntknya.
Quote aleesyasofia 5-12-2017 10:40 PM
subhanAllah.. cntknya.
Quote mieymiey 6-12-2017 07:41 AM
Cantik
Quote Artemesiaa 6-12-2017 12:23 PM
Wow lamanya, tiap kali ke Taiwan mesti nampak pelangi
Quote Dalcott 6-12-2017 12:46 PM
masyallah cantik
Quote eleena5891 6-12-2017 05:55 PM
Cantik
Quote felinecat 6-12-2017 07:52 PM
subhanallah. cantiknya... boleh cari hujung pelangi tu..mcm boleh duk bawah je kt gambo ke-2
Quote anees~nuhara 7-12-2017 04:12 PM
ya allah,,,,,,,,,,cantiknyaaaaa
Quote ckenj 8-12-2017 08:41 AM
Cantiknyaaaa...
Quote Cari-Azza 9-12-2017 08:17 PM
Kan? cantik sangat

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044311s Gzip On
To Top