Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Ketam Bercili Yang Lazat Dan Mudah, Jom Shell-Out Di Rumah!

5-12-2017 05:24 PM|Oleh: Zailina | Dilihat: 1163| Komen: 8

Ketam Bercili! Jika sudah jemu dengan ketam masak lemak cili padi, cubalah resepi ini kerana rasanya memang berbeza. Ia hampir serupa dengan Singapore East Coast Chilli Crabs tetapi tidak menggunakan telur dan bahan pemekat (tepung kanji atau tepung jagung). 

Untuk memaniskan ketam, perapkan dengan sedikit gula, garam dan serbuk kunyit. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak. Selain itu, ia juga boleh dikukus. Jika mengukus, lumur ketam dengan garam. 


Foto: Wiso's Crabs

Kalau nak ketam yang bagus, belilah ketam setelah bulan mengambang kerana isinya penuh dan agak berat untuk saiznya. Untuk memastikan kesegaran, warna cengkerangnya hendaklah kebiru-biruan, bahagian tiga segi di belakangnya kuat melekap dan ia masih berbau laut. 

Masakan ini berkuah pekat dan amat sesuai sebagai lauk nasi tomato atau nasi minyak. Rasanya juga pedas, manis dan masam. Jika sukar mendapatkan sos cili Thai, boleh digantikan dengan sos cili biasa atau berperisa bawang putih. Ketam boleh digantikan dengan udang atau ikan.

Kalau anda suka pedas, tambahkan cili merah atau pes cili. Boleh juga masukkan beberapa biji cili padi supaya lebih pedas. Gula mesti ditambah supaya rasa masam tomato dan sos cili dapat diseimbangkan. Untuk mendapatkan warna kuah yang lebih gelap, campurkan beberapa titik kicap pekat.

Jom semak resipinya!




Bahan-bahan:
 
4-5 ekor ketam, dibelah 2
200-250 ml air (boleh tambah jika suka banyak kuah)
60 ml sos cili Thai
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
1 labu bawang besar, dipotong bulat
Garam, serbuk kunyit, kicap pekat secukupnya
Minyak untuk menggoreng
 
Bahan kisar
4 biji cili merah
3-4 biji cili padi, jika suka pedas
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai
3 biji buah keras
2 sudu besar taucu, dicincang halus
1½ sudu besar pes cili

Cara membuat

1.      Perap ketam dengan kunyit dan garam selama 30 minit.
2.      Goreng dalam minyak panas hingga separuh masak.
3.      Dalam 3 camb minyak, tumis bahan kisar.
4.      Bila wangi dan naik minyak, masukkan semua bahan lain.
5.      Kacau sekali-sekala sehingga mendidih kemudian bubuh ketam.
6.      Tutup kuali dan biar ketam masak elok serta kuahnya pekat.
7.      Campurkan bawang besar kemudian kacau sebentar sebelum diangkat.


Mudah dan jimat untuk masak Ketam Bercili ala-ala sajian shell-out ini. Yang penting ia sedap. Nak tahu 'terangkat' atau tak, kenalah cuba sendiri! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 8
Komen

Previous : Nak Jimat? Jom Cuba Resepi Chizza Ala-Ala Kfc Yang Mudah Ini

Next       : Ramai Tak Tahu! Ubi Garut, Makanan Tradisi Yang Semakin Pupus

Komen Terbaru

Quote Joannalee 9-12-2017 02:24 AM
Tiba2 nak makan fatty crab

Lain-lain Komen

Quote noraidil_06 5-12-2017 07:31 PM
{:childlike Nk buat nanti
Quote Cari-Zai 6-12-2017 07:32 AM

Noraidil, terima kasih sudi nak cuba.
Quote lililen 6-12-2017 08:39 AM
Wow nmpk menyelerakan
Quote makton 6-12-2017 08:54 AM
aku suka kalau sblum tutup api letak telur ayam kasi pekat kuah dia..
rasa mcm makan telur ketam.
Quote myakayina 6-12-2017 12:13 PM
sedapnya ketam..lama tak mkn ketam..
Quote tembikai 6-12-2017 09:42 PM
sedapppppnya lahai ketam tu...
Quote ckenj 8-12-2017 02:32 PM
Sedapnyaaa lahai...
Quote Joannalee 9-12-2017 02:24 AM
Tiba2 nak makan fatty crab

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054307s Gzip On
To Top