Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Berbaloi Sangat Beratur Di Deen Maju, Usah Ragu Lagi!

7-12-2017 12:47 PM|Oleh: Zailina | Dilihat: 2069| Komen: 29

Bagai irama dan lagu, Pulau Pinang dan Nasi Kandar memang tak dapat dipisahkan! Pilih saja yang mana suka. Setiap gerai atau restoran mempunyai keistimewaan tersendiri.

Sering kita dengar kalau ke Pulau Pinang, semua orang akan berkata, "tak sah kalau tak makan Nasi Kandar". Ada beratus restoran dan gerai menyajikan Nasi Kandar di sini, sebulan takkan habis mencuba kesemuanya! Selalunya, di mana ada orang beratur, di situlah lauk-pauk 'kandar'nya paling sedap. 

Restoran Deen Maju menjadi tumpuan tidak mengira waktu. Orang sanggup beratur di bawah sinar mentari terik atau berpayung di dalam hujan. Begitu taasubnya pengunjung yang tidak mengira bangsa atau agama bertandang ke restoran ini. 


Sabar beratur tak kira masa

Memanglah orang beratur panjang tetapi yang bagusnya, servis disediakan sangat pantas. Sambil beratur, kecur air liur dengan bau enak masakan yang terhidang. Tempat makan juga luas dan selesa meskipun terpaksa bersesak kerana pengunjung yang begitu ramai sepanjang waktu. 

Jangankan di Deen Maju, di mana-mana restoran nasi kandar, senarionya adalah serupa. Inilah keunikannya yang tersendiri. Suasana riuh menambah keenakan sajian! Begitulah seadanya...!


Semua bangsa bersatu selera

Di Deen Maju, resipi masakannya telah diwarisi sejak 70 tahun lalu. Kini, giliran generasi ketiga pula 'mendunia'. Restoran ini menyediakan lebih 30 jenis lauk-pauk yang boleh dinikmati dengan nasi putih, Nasi Tomato atau Nasi Dalca. 

Yang paling istimewa tentulah Sambal Nyiok Berpudina dan Ayam Goreng Berempah. Jangan risau, ayam yang diperap dengan rempah ratus resipi rahsia ini sentiasa digoreng kerana ia laku keras! Jadi, anda akan dapat menikmati ayam goreng yang panas sepanjang masa.


Resipi lauk-pauk diwarisi turun-temurun

Suka kambing? Jangan lupa nikmati Gulai Kambing Berkentang. Atau suka Telur Sotong Berkunyit, Ayam Berkuah dan Daging Kicap? Semuanya sedap. Ditambah dengan 'kuah campur' yang begitu menyelerakan sehingga tak sedar anda sedang menjilat jari. Deen Maju memastikan lauk-pauk segar dari mula dibuka pada jam 2.30 petang sehingga jam 11 malam. 


Tiada kata dapat menggambarkan keenakkannya

Tunggu apa lagi? Kalau ke Pulau Pinang nanti, singgahlah di Deen Maju. Memang berbaloi menunggu! Sedap teramat sehinggakan orang makan nasi kandar tak kira waktu. Tengah hari, petang, senja atau malam, boleh dikatakan setiap masa lah! 

Jangan kata saya tak bagi amaran. Beratur panjang lebih cepat daripada beratur pendek dan servis lambat.

Alamat: 170, Jalan Gurdwara, 10300 Georgetown, Pulau Pinang. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 29
Komen

Previous : 7 Warung Sedap Di Melaka - Must Try Kalau Tak, Rugi!

Next       : Dimasak Atas Dapur Arang, Not Kotiaw Kerang Jadi Igauan Di Manjoi Ipoh

Komen Terbaru

Quote susukambingbest 14-12-2017 07:45 PM
nasi kandar hijau kuning ada buka xjauh dgn upotown kota damansara. area blakang2 kedai  ustad. best nasik kandar beliau. hrga pun brpatutan, xde la mencekik darah.

Lain-lain Komen

Quote CardiGans85 7-12-2017 02:03 PM
Boleh try..sbb selalu klu g penang akan mkn kt Tajudin hussein..ayam ros dia mmg sedap.
Quote Artemesiaa 7-12-2017 02:15 PM
Laa promote kedai jer rupanya
Quote Themilo 7-12-2017 02:15 PM
not my level makan nasik kuah banjir melimpah-ruah ni..
Quote mamapea 7-12-2017 02:27 PM
CardiGans85 replied at 7-12-2017 02:03 PM
Boleh try..sbb selalu klu g penang akan mkn kt Tajudin hussein..ayam ros dia mmg sedap.

mmg btl...makbapak aku pun slalu beli lauk kt tajudin...
Quote mamapea 7-12-2017 02:28 PM
x pyh la dok viral2 dh...mmg hari2 org ramai sgt kt deen maju ni...
aku kalau blk png mesti mkn kt deen maju...hubby cukup suka...harga pun berpatutan...
Quote vanillaninja 7-12-2017 02:55 PM
Hari tu nak try tapi lauk dah habis katanya.
Quote manehnya 7-12-2017 02:56 PM
ommai.. mmg berbaloiiii

kena pulak time opening .. fuh perot dh lapaq sgt.. kena gulai kambing pulak... ommai

licin mak makan.. x toleh!!

k

k

Quote CardiGans85 7-12-2017 04:10 PM
mamapea replied at 7-12-2017 02:27 PM
mmg btl...makbapak aku pun slalu beli lauk kt tajudin...

Rajin makpak sis tapau lauk..kdg parking penin dok tpusing kt little india tu.
Quote emelia1509 7-12-2017 04:17 PM
wah bestnye..sesekali makan mamak memang licin pinggan jilat jari..
Quote mamapea 7-12-2017 04:26 PM
CardiGans85 replied at 7-12-2017 04:10 PM
Rajin makpak sis tapau lauk..kdg parking penin dok tpusing kt little india tu.

naik motor jer pun...saya kalau blk png nak pi mana2 dgn adik mesti naik motor jer...
jgn harapla nak naik keta
Quote mamapea 7-12-2017 04:27 PM
manehnya replied at 7-12-2017 02:56 PM
ommai.. mmg berbaloiiii

kena pulak time opening .. fuh perot dh lapaq sgt.. kena gulai kambing pu ...

yg buat sedap tu sbb lauk semua fresh...kena pulak ayam goreng panas2 goreng kt situ jugak...

Quote palmolive 7-12-2017 04:57 PM
deen maju ngan deen jelutong sama tak?
Quote manehnya 7-12-2017 05:04 PM
palmolive replied at 7-12-2017 04:57 PM
deen maju ngan deen jelutong sama tak?

x sama

yg dok viral tu deen maju, jln gudwara

lg satu restoran deen x jauh dr situ
Quote aciik 7-12-2017 05:16 PM
sori to me...no mamak...mamak....

tak makan masakan mamak...geli..
Quote palmolive 8-12-2017 12:20 PM
manehnya replied at 7-12-2017 05:04 PM
x sama

yg dok viral tu deen maju, jln gudwara

igtkan deen jelutong dh upgrade
Quote ckenj 8-12-2017 02:28 PM
Aku permah makan mae time nak tutup..rasa dia biasa je.myb kena g time baru bukak.heheh
Quote pakderis 8-12-2017 02:35 PM
sedap wehhhh
Quote chaotic_soul 8-12-2017 03:14 PM
kelia baq hang.. baru mariiiiiii
Quote irwansuhadi 11-12-2017 10:08 AM
hari tu banjir tak effect ke?

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043923s Gzip On
To Top