Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Manisan 'Gembirakan Hatiku' Yang Sukar Dilupakan, Jom Buat Sendiri!

8-12-2017 11:00 AM|Oleh: Zailina | Dilihat: 739| Komen: 0

Tiramisu dalam bahasa Itali bermaksud ‘gembirakanlah hatiku’. Jadi, semestinya bila anda menyediakannya, anda akan menggembirakan hati seseorang dengan keenakannya yang tidak terkata. 

Mewah dengan aneka buah-buahan, krim yang mencair di dalam mulut, keharuman kopi dan kelazatannya pasti buat anda khayal seketika!

Tak syak lagi, inilah manisan yang memikat selera. Juadah pencuci mulut atau dessert yang berasal dari Itali ini sangat popular terutama di restoran dan kafe. Ada pelbagai versi tiramisu dan keenakannya tentulah berbeza-beza. 

Jom buat sendiri di rumah! Tak susah pun kalau ikut resipi.


Bahan utama

Bagi anda yang sukakan manis, boleh tambah gula aising. Jangan lupa, sesetengah krim putar ada yang sudah manis. Jadi, ada baiknya rasa terlebih dulu sebelum menambah gula. 

Untuk menambah perisa kopi, masukkan sedikit coffee emulco atau esen kopi ke dalam air. Selalunya, air kopi ini diperbuat dengan campuran air suam dan serbuk kopi segera. Sebagai panduan asas, gunakan 1 camca teh serbuk kopi segera untuk 125 ml air. Sekiranya anda sukakan perisa kopi yang lebih kental, tambah serbuk kopi itu, okey?


Lebih menarik dalam gelas kaca. Foto: driscolls

Lebih sesuai menyediakan tiramisu di dalam mangkuk jernih atau lutsinar untuk memudahkan anda melihat lapisan krim, biskut dan koko. Untuk lebih enak, anda boleh campurkan sedikit parutan coklat masakan di dalam campuran krim keju. Jadi, anda akan dapat merasa cebisan coklat tersebut di seluruh tiramisu, tidak hanya di bahagian atas. 

Bila hendak membawa tiramisu ke rumah teman atau ke tempat perkelahan, bungkus kemas dengan kerajang aluminium atau aluminiumfoil. Pastikan bahagian dalamnya ditutup terlebih dulu dengan cling-film atau plastik nipis. Ini akan memastikan suhu tiramisu sentiasa sejuk dan lebih sedap rasanya.


Lapisan biskut berkopi, krim, buah, coklat yang enak. Foto: inspiredtaste


Bahan-bahan:
200 gram (g) krim putar
250 g krim keju
30 ml susu segar
80 g gula aising
18-20 keping biskut span
170 ml air kopi
Serbuk koko secukupnya
30 g parutan coklat
Strawberi, untuk hiasan

Cara membuat:
Pukul krim hingga kental. Ketepikan.
Putar krim keju hingga lembut.
Masukkan susu dan gula, putar lagi hingga ringan.
Campurkan krim dengan krim keju, kacau rata.
Celup biskut di dalam air kopi. Susun beberapa keping dalam mangkuk kaca.
Ratakan separuh campuran krim.
Ayak serbuk koko di atasnya.
Celup biskut lagi dan susun di atas krim. Tutup dengan baki krim.
Akhir sekali ayak koko dan taburkan coklat.
Tutup dan biar di dalam peti sejuk selama 4 jam.


Foto: bethdunham

Nampak macam leceh? Mana ada! Percayalah ianya tak serumit yang anda lihat. Lagipula, anda akan dapati hasilnya sangat memuaskan berbanding yang dibeli di luar! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 0
Komen

Previous : Nak Jimat? Jom Cuba Resepi Chizza Ala-Ala Kfc Yang Mudah Ini

Next       : Suka Makan Durian? Rugi Tak Tahu Ni...

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045368s Gzip On
To Top