Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Suka Makan Durian? Rugi Tak Tahu Ni...

12-12-2017 10:11 AM|Oleh: Zailina | Dilihat: 2239| Komen: 17

Musim durian tiba lagi! Bagi penggemar durian, inilah masa untuk 'balun' puas-puas. Nak yang sedap, tentulah kena bayar lebih. 

Jom tengok apa yang menarik tentang 'Raja Buah' ni!

Tinggi Kalori? Ramai yang anggap durian tinggi kalori dan menggemukkan. Bagi setiap 100 gram (g) isi durian mengandung 147 kalori. Bandingkan dengan 100g nasi lemak iaitu 169 kalori. Tak banyak beza, kan? 

Bagaimanapun, durian tiada kolesterol kerana ia jenis tumbuhan. Durian kaya dengan pelbagai vitamin C, B-complex, potassium, kalsium dan fosforus. Bagi setiap 100g, lemaknya sebanyak 5g. Hmm, tak tinggi pun. Satu ulas durian ada 10g gula. Jadi 2-3 ulas masih kurang kandungan gula berbanding 1 tin minuman soda.


Foto: freecoupon

Durian meningkatkan peredaran darah. Mesti ramai yang tak tahu, kan? Dalam masa sama, ia juga boleh mengurangkan stres sebab ia mengandungi asid 

Petua durian tak berbau dalam kereta

Antara tips pilih durian adalah:
Bentuk Buah: Durian berbentuk unik dan tidak bulat, biasanya memiliki isi tebal, manis dan berbiji kurus.
Duri: Pilih yang berduri jarang, besar dan agak tumpul. Biasanya isi elok, kering dan manis. Nak kupas pun senang.
Kulit: Pastikan kulit luar tidak berlubang, retak atau pecah di hujungnya kerana dikhuatiri ada ulat. Udara yang masuk boleh merosakkan keadaan buah dan menjadi masam.
Bau: Durian yang elok masaknya berbau kuat dan harum. Jadi, hidu dahulu. Kalau kurang bau, mungkin telah dikarbit atau diperam.


Dusun durian yang 'mewah' dengan buahnya.

Menggoncang: Pegang kuat dan goncangkan. Jika ada getaran kecil, bermakna buah kering dan sudah cukup masak. Isi 'kering' akan terpisah dari dinding kulit dalam. Isi 'lembap' atau terlalu lembik akan melekat.
Tangkai: Tangkai yang elok dan tak kecut menandakan durian baru gugur. Jadi, isinya 'segar' dan tak berair.


Antara hidangan menggunakan durian atau tempoyak

Kalau isi durian tak elok, jangan risau, kita boleh buat tempoyak. 
Bahan dan cara membuatnya:
2 cawan isi durian
1 sudu besar garam
1) Isi durian hendaklah dikikis dari bijinya dengan pisau yang kering. Letak di dalam bekas.
2) Campurkan dengan garam, kacau rata. Tutup kemas dan biar di tempat gelap selama 36-48 jam.
3) Kemudian letak di dalam peti sejuk dan bolehlah digunakan secara mentah atau dimasak.


Untuk sejukkan badan, letak air dalam pangsa dan minum.
Foto: mongamonga1991

Ha, jangan tahu makan saja selepas ni tau! Semoga info ini bermanfaat buat anda. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 17
Komen

Previous : Macam Tak Percaya! Buat Kek Coklat Moist Dalam Rice Cooker Je. Tetap 'Gebu Gebas'

Next       : Tak Perlu Beli Di Luar Lagi! Nah, Buat Sendiri Ikan Tenggiri Jeruk Di Rumah

Komen Terbaru

Quote yangsemb 17-12-2017 03:31 PM
Bestnyaaaaaaaaa

Lain-lain Komen

Quote Mokcun 12-12-2017 11:11 AM
Laa..ingatkan nak bagitau tempat jual durian yang murah
Bolehlah gi serbu..
Quote nhazlin 12-12-2017 01:46 PM
Mokcun replied at 12-12-2017 11:11 AM
Laa..ingatkan nak bagitau tempat jual durian yang murah
Bolehlah gi serbu..

HAHAHHA i pun pikir yang sama td..
Quote kimchipedas 12-12-2017 10:00 PM
Mokcun replied at 12-12-2017 11:11 AM
Laa..ingatkan nak bagitau tempat jual durian yang murah
Bolehlah gi serbu..

Kan hahaha gitu cite dia..
Quote yangsemb 12-12-2017 10:57 PM
Hahahaaa...good info tho
Quote pensil82 12-12-2017 11:46 PM
klu sendawa x nak bau durian..cuba gigit perantara pangsa tu..
dah buat dah..alhamdulillah sendawa x bau durian.
Quote sapeka 13-12-2017 12:59 PM
mahai la ni
hmmm
dah la minat gila durian
Quote haryatie 13-12-2017 03:51 PM
sedapnya masak lemak tempoyak pucuk ubi tu
terliurrrr nyaaa..
durian mentah ni..kureng sikit...
Quote drivethru 14-12-2017 02:36 AM
Aku peminat durian. Sejak harga mahal ni, dah lama x makan. Tahun ni belum berpeluang makan lagi.
Quote Gadis_sarawak 14-12-2017 08:19 AM
Aku peminat durian tapi tak makan tempoyak..boleh ke camtu?
Quote Cari-Zai 14-12-2017 01:25 PM
Mokcun replied at 12-12-2017 11:11 AM
Laa..ingatkan nak bagitau tempat jual durian yang murah
Bolehlah gi serbu..

Tempat jual murah mestilah dekat2 dusun durian. Kalau tak, harga berbeza SETIAP  HARI, bergantung pada peraih dpt dari (dusun) mana.
Quote Cari-Zai 14-12-2017 01:26 PM
Gadis_sarawak replied at 14-12-2017 08:19 AM
Aku peminat durian tapi tak makan tempoyak..boleh ke camtu?

Haha, boleh aje. Ada org mkn tempoyak tapi tak makan durian. Hurm. Tapi ramainya yg hantam semua.
Quote Cari-Zai 14-12-2017 01:28 PM
drivethru replied at 14-12-2017 02:36 AM
Aku peminat durian. Sejak harga mahal ni, dah lama x makan. Tahun ni belum berpeluang makan lagi.

Mudah-mudahan harga durian turun (kalau buah gugur serentak di semua dusun lah). Ada rezeki nanti, bolehlah makan, ya.
Quote Cari-Zai 14-12-2017 01:30 PM
haryatie replied at 13-12-2017 03:51 PM
sedapnya masak lemak tempoyak pucuk ubi tu
terliurrrr nyaaa..
durian mentah ni..kureng sikit...:di ...

Itulah yg bagusnya tentang durian.. kalau tak elok boleh buat tempoyak. Tak mcm mangga atau tembikai, tak elok jadi habuan tong sampah. Kalau tak manis boleh blend tambah gula. Kreatif org dulu2 cipta tempoyak.
Quote Cari-Zai 14-12-2017 01:32 PM
sapeka replied at 13-12-2017 12:59 PM
mahai la ni
hmmm
dah la minat gila durian

Sabar ajelah, kan. Ada rezeki dptlah nanti. Mana tau ada org belanja makan ker... moga harganya cepat turun, kan.
Quote Gadis_sarawak 15-12-2017 08:48 AM
Cari-Zai replied at 14-12-2017 01:26 PM
Haha, boleh aje. Ada org mkn tempoyak tapi tak makan durian. Hurm. Tapi ramainya yg hantam semua.  ...

kan...kat kampung sy kalau betul2 musim durian harga buah durian boleh jatuh jadi rm50sen - rm1 je sebijik..kalau yang mahal compom orang tengahla biasanya..
Quote greantea 17-12-2017 03:31 PM
terliur tgk durian. tp skrg durian mahal2
Quote yangsemb 17-12-2017 03:31 PM
Bestnyaaaaaaaaa

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.131531s Gzip On
To Top