Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Bukan Medan Selera Biasa-Biasa, Food Court Ini Macam Restoran Dalam Kebun!

26-12-2017 11:39 AM|Oleh: Faizal | Dilihat: 3174| Komen: 9

Tempat makan yang diberi nama KIMSTONE Food Court & Hall merupakan satu lagi tempat makan terbaru yang baru sahaja memulakan operasinya pada tahun 2017. 

Food court yang bertemakan ala-ala restoran di dalam kebun ini mempunyai keunikannya tersendiri yang pasti  mampu membuat para pengunjung teruja.





Menariknya disini, anda bukan sahaja boleh makan, tetapi anda boleh menikmati suasana yang cantik dengan limpahan lampu-lampu yang berwarna-warni serta anda juga bakal dihidangkan dengan alulan muzik band secara langsung. 

Sangat menarik dan memang sesuai buat anda yang hendak bersantai bersama keluarga atau rakan-rakan. Berikut adalah "Killer" menu yang boleh anda nikmati bila datang ke sini.





Untuk makluman, food court ini beroperasi dari setiap hari Selasa hingga Ahad dan setiap hari, food court ini mula dibuka pada jam 4.30 petang dan ditutup pada pukul 12.00 tengah malam. Masa yang begitu sesuai untuk anda makan-makan dan bersantai bersama keluarga.

Untuk makluman anda juga, foodcourt ini ada menyediakan perkhidmatan buat anda yang ingin mengadakan majlis perkahwinan atau apa sahaja majlis-majlis keraian. 


Tempatnya yang luas sudah pasti mampu memuatkan ramai tetamu dan memberi keselesaan kepada mereka yang hadir ke majlis anda nanti.

Jadi apalagi? Jangan lupa singgah di sini juga anda datang ke Kuantan. - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
Komen: 9
Komen

Previous : Padang Besar Untuk Selera Besar, Memang Berbaloi-baloi!

Next       : Lupakan Seafood! Ini Syurga Makanan Sebenar Di Kota Kinabalu, Jom Cuba Semuanya

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 22-1-2018 06:01 PM
oooo...xtau pun kewujudan tmpt nie..leh pergi next trip

Lain-lain Komen

Quote manjalara_01 26-12-2017 12:34 PM
cantik tempat  mkn mcm rock garden..
Quote meisapoya 26-12-2017 01:09 PM
Utk tourist, blh la makan dkt sini sbb gerai2 kt sini mostly femes dkt kuantan. Sekali harung je dtg makan. Sate pon lg sedap dari sate samuri
Quote moonbug 26-12-2017 01:13 PM
Lama tak makan satay zul tu. Kuay teow tomyam tu nampak sedap, ada yg dah pernah try?
Quote vanillaninja 26-12-2017 01:15 PM
Ala baru hari tu I pergi Kuantan, tak tau pulak kewujudan tempat ni. Kalau tau, boleh pergi try.
Quote hatikudus 26-12-2017 02:52 PM
Kuantan area mana ni?
Quote Cari-Faizal 26-12-2017 03:36 PM

Dekat dengan Beserah. Sebelah petronas
Quote hatikudus 27-12-2017 02:58 PM
Cari-Faizal replied at 26-12-2017 03:36 PM
Dekat dengan Beserah. Sebelah petronas

ohh ok, tengkiu bebehh
Quote yangsemb 27-12-2017 07:06 PM
Fuhh...boleh try sini in my nx trip to Ktn {:smile
Quote msdummy.2018 22-1-2018 06:01 PM
oooo...xtau pun kewujudan tmpt nie..leh pergi next trip

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043344s Gzip On
To Top