Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Buat Kecur Mulut Je Tengok Resipi Sotong Steam Limau Ni. Korang Wajib Cuba!

27-12-2017 12:17 PM|Oleh: Faizal| Komen: 11

Tak tahu nak masak apa hari ni? Jom cuba resepi Sotong Steam Limau yang sudah pasti membuat mulut anda kecur bila melihatnya sahaja. Itu belum lagi bila anda mencubanya sendiri. 

Apa kata sekali-sekala cuba resepi ini untuk juadah hidangan anda sekeluarga nanti.



Resepi Sotong Kukus Limau

Bahan-bahan:

sotong

cabai melaka merah, hijau

sos ikan

limau nipis

daun ketumbar (akar sekali)

gula

bawang putih

daun pudina

lengkuas, serai



Cara-caranya:

Cuci sotong bersih-bersih bahan yang ada.

Hiris sotong kecil-kecil tetapi jangan sampai putus.

Susun sotong dlm bekas untuk mengukus, letak lengkuas, serai (potong), akar ketumbar dan sedikit bawang putih. Letakkan semua bahan ini atas sotong.

Kukus sotong tadi sehingga masak.



Cara membuat sos.

Masuk 1 sudu besar gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai melaka potong.

Kacau semua bahan ini sehingga hancur.

Setelah sos sudah siap, tuangkan di atas sotong yang kita kukus tadi.

Angkat dan tabur daun ketumbar serta daun pudina.

Boleh juga anda hias dengan sedikit potongan limau.


Selamat mencuba! - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
25
Marah
18
Terkejut
22
Sedih
16
Lawak
8
Bosan
23
Komen: 11
Komen

Previous : Daging Mahal, Jadi Jom Makan Keong Sawah! Ada Berani?

Next       : Terlajak Kreatif Jadinya. Burger Berwarna-Warni Jadi Trend Sampaikan Sayang Nak Makan..

Komen Terbaru

Quote Sazida 1-1-2018 09:55 AM
shernazz: kedai, memang idok le dia nak buanghahahaahada orang x cerewet pasal kulit purple tu..ada yang cerewet..cm iols, udang x buang taik pung iols boleh pu ...


Cerewettnya chuolsss. Susah nk bwk g mkn kedai kalau mcm gini. Iols balun je udg tu wlpn xbuang. {:smile

Lain-lain Komen

Quote ms.mango 27-12-2017 01:05 PM
sedap

Balik nanti nak buatlah
Quote Rainrein 27-12-2017 01:30 PM
Ala somi caksp sotong x segar bila dia gi shopping pagi tadi kalu x bole try resepi ni. Looks yummeh.
Quote nisako 27-12-2017 02:09 PM
wahhhhhhhhhhhhh sedapnye.......................
Quote modesty 27-12-2017 03:35 PM
Nak try niiii..japgi nak beli sotong yg rege 50 ringgit sekilo
Quote syue86 27-12-2017 05:55 PM
mmg bese jrg ek org buang selaput purple tu dr sotong?
Quote deathacker 27-12-2017 09:39 PM
Kecur air lior tgk sotong steam ni. Nmpk sedap je
Quote shernazz 28-12-2017 09:47 AM
syue86 replied at 27-12-2017 05:55 PM
mmg bese jrg ek org buang selaput purple tu dr sotong?

iols kalau masak mmg buanf semua
xlalu nk mkntuskali
Quote syue86 28-12-2017 10:05 AM
shernazz replied at 28-12-2017 09:47 AM
iols kalau masak mmg buanf semua
xlalu nk mkntuskali

tu lah tgk mak masak mmg die buang semua
tp klu kat kedai jrg diorg buang
Quote shernazz 28-12-2017 10:14 AM
syue86 replied at 28-12-2017 10:05 AM
tu lah tgk mak masak mmg die buang semua
tp klu kat kedai jrg diorg buang

kedai, memang idok le dia nak buang
hahahaah
ada orang x cerewet pasal kulit purple tu..
ada yang cerewet..cm iols, udang x buang taik pung iols boleh putus selera

Quote kertas_putih 28-12-2017 11:34 AM
terliur tgk.hahahaha
Quote Sazida 1-1-2018 09:55 AM
shernazz: kedai, memang idok le dia nak buanghahahaahada orang x cerewet pasal kulit purple tu..ada yang cerewet..cm iols, udang x buang taik pung iols boleh pu ...


Cerewettnya chuolsss. Susah nk bwk g mkn kedai kalau mcm gini. Iols balun je udg tu wlpn xbuang. {:smile

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041924s Gzip On
To Top