Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Semuanya Menu Udang Segar Di Pulau Sayak. Rambang Mata Tak Tahu Pilih Menu Apa!

11-1-2018 01:13 PM|Oleh: Faizal | Dilihat: 1025| Komen: 11

Pernah dengar tentang Pulau Sayak? Biasanya di Pulau Sayak ni ramai yang ke sini untuk melihat anak bulan bagi menentukan tarikh puasa ataupun hari raya. 

Tapi, di sini terkenal juga dengan menu mee udangnya yang fresh.


Antara gerai mee udang yang terkenal di sini ialah gerai Pak Su. Sebenarnya banyak lagi gerai-gerai mee udang kat sini. 

Lokasi Pulau Sayak ni sebenarnya terletak di antara jalan menuju ke Pantai Merdeka, Kedah. 

Dari pekan Tikam Batu, ambil jalan ke Kuala Muda/Pantai Merdeka. Dan Pulau Sayak terletak hanya beberapa km sebelum sampai Pantai Merdeka.


Selain dari mee udang, ada juga menu-menu 'killer' lain yang terdapat di sini antaranya mee goreng udang, nasi goreng udang dan macam-macam lagi. 

Dan yang paling penting semua menu ini menggunakan udang-udang yang fresh. Memang boleh terasa kesegaran udangnya bila kita makan.


Harga menu-menu disini boleh tahan. Ia sesuai dengan hidangan yang mengandungi udang yang segar. Range harga adalah daripada RM 10 hingga RM 15 sepinggan. Memang berbaloi!

Jadi, jika anda dalam perjalanan bercuti atau berjalan-jalan ke utara, singgah lah sebentar di Gerai Pak Su ni untuk merasai keenakan mee udang orang utara yang sedap.

Selamat mencuba! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 11
Komen

Previous : Melangkah Ke Dunia Magikal Harry Potter Sambil Menikmati Secawan Kopi..

Next       : Murah Dan Halal! Pergi Hatyai, Makan Di Chabura Dim Sum Memang Puas Hati

Komen Terbaru

Quote hasniey 13-1-2018 03:09 AM
abangadek replied at 12-1-2018 05:15 PM
biar betui sis udang bnyak tu RM10 jah

"Range harga adalah daripada RM 10 hingga RM 15 sepinggan. Memang berbaloi "

Artikel kt atas dah mention harga la u

Lain-lain Komen

Quote harkktuih 11-1-2018 01:39 PM
pernah makan kat sini..udang mmg size besar..puas hati makan sambil ngadap laut..
Quote missinpiece 11-1-2018 02:16 PM
Sodapnya lahaiiii terliuq
Quote krustykrab 11-1-2018 04:19 PM
boleh la....masak sendiri pun sodap
Quote yangsemb 11-1-2018 04:58 PM
Uuissshhh...bestnyeee {:thief
Quote missDollie 11-1-2018 05:29 PM
Nampak sedap...Tak payah hias acah hipster pun untuk nampak sedap..simple is the best..
Quote abangadek 11-1-2018 05:31 PM
katanya harga mencekik
Quote amyza 11-1-2018 07:01 PM
Sedapnyee. Bila lah nak sampai sana ntah
Quote hasniey 11-1-2018 08:02 PM

tp kalau $10  udg byk mcm tu brbaloi laa
selalu beli nasi campur udg sekor je dah bpe RM dah kan
Quote abangadek 12-1-2018 05:15 PM
hasniey replied at 11-1-2018 08:02 PM
tp kalau $10  udg byk mcm tu brbaloi laa
selalu beli nasi campur udg sekor je dah bpe RM dah kan
...

biar betui sis udang bnyak tu RM10 jah
Quote shernazz 12-1-2018 10:04 PM
Iols anak beranak suka udang
Kat sini udang mahal.kan
Hatta kat pasar borong sekalipung
Quote hasniey 13-1-2018 03:09 AM
abangadek replied at 12-1-2018 05:15 PM
biar betui sis udang bnyak tu RM10 jah

"Range harga adalah daripada RM 10 hingga RM 15 sepinggan. Memang berbaloi "

Artikel kt atas dah mention harga la u

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044767s Gzip On
To Top