Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Takdalah Mahal Mana Percutian Cruise. Jom Pecah Tabung Nikmati Pelayaran Mewah

8-1-2018 03:52 PM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 3031| Komen: 36




Pernah tak berangan untuk bercuti di dalam kapal cruise?
Bunyinya macam percutian mewah kan?
Kata orang cuma yang have-have ja mampu bercuti mewah begini.

Tapi percaya tak kalau kami katakan ia lebih kurang 1k++ untuk seorang selama 5 hari 4 malam?

Kalau anda kata masih mahal, nampak gayanya anda tidak berpeluang merasai pengalaman bercuti di atas laut. Jadi, ia sebenarnya berbaloi dengan keseronokan yang akan diperolehi.

Jom baca perkongsian netizen Nur Natasha Abdullah tentang percutian mereka sekeluarga.


1)    Bajet
¡°Kami mengambil pakej superstar Libra untuk 5 hari 4 malam dengan bertolak dari Port Klang - Langkawi - Phuket - Penang - Port Klang. Harga untuk keseluruhan perjalanan  untuk dua dewasa dan satu kanak-kanak lebih kurang RM4,000. Untuk lebih terperinci, saya pecahkan seperti di bawah.

2 dewasa
Harga kabin RM1,229 + cukai pelabuhan RM130 + ¡®gratuity fee¡¯ RM200 (RM50 x 4 malam)
= RM1,559 x 2 orang
= RM3118

1 kanak-kanak
Harga kabin RM614.50 + cukai pelabuhan RM130 + ¡®gratuity fee¡¯ RM200 (RM50 x 4 malam)
= RM944.50

Keseluruhan RM3,118 + RM944.5 = RM4,062.50

p/s : ¡®gratuity fee¡¯ bayar masa daftar keluar manakala yang lain perlu dibayar penuh 45 hari sebelum trip.


2)    Pasport
Pasport diserahkan kepada krew kapal dan akan diberi ¡®access card¡¯ setiap orang. Setiap kali makan perlu ¡®scan¡¯ kad. Waima nak beli apa pun, guna kad tersebut. Bila daftar keluar, mereka akan mengiranya semula.  Jika hilang, akan di denda. 

3)    Pilihan kabin
Harga bergantung pada jenis kabin yang dikehendaki. Bagi pakej ini, ia dikira bilik paling murah iaitu ada 3 katil bujang dan tiada tingkap. Jika mahu tingkap dan katil ¡®king¡¯ sila tambah RM1,500 (masa daftar masuk, staf akan mempelawa pakej ini). 

Ada set televisyen dalam bilik dengan beberapa saluran Astro termasuk HBO. Selain itu, boleh juga tengok perjalanan cruise/lokasi cruise. Air mineral akan di tambah setiap hari iaitu 3 botol sehari.


4) Makanan
Makan lima kali sehari dan tak sempat lapar sebab 'terpaksa' makan lagi. Sampaikan kami hanya pergi ¡®supper¡¯ dua kali saja sebab kekenyangan. Makanan memang mewah dan sedap malahan menu bertukar setiap hari. 

Akan ada satu malam yang dipanggil ¡®gala night dinner¡¯. Tapi perlu ditempah awal sebab terhad. Menu utama ialah ¡®lobster¡¯. Ruginya kalau tak pergi.


5) Aktiviti
Setiap hari staf akan edarkan buletin ¡®Star Navigator¡¯  yang memaparkan pelbagai aktiviti. Memang takkan bosan kerana ada tayangan filem, pertandingan karaoke dan macam-macam lagi. 

Ada restoran, gymnasium, kolam renang Jacuzzi,  trek jogging, salon dan spa dan lain-lain.




Tip khas
- Tidak dibenarkan bawa seterika. Jika perlu telefon operator dan aka nada staf yang ambil baju untuk diseterika (pressing). Harga tak mahal sangat. Tudung RM2, Blaus RM4 sehelai. Tetapi perlu dihantar lebih awal antara 12-24 jam awal, jika tidak dicaj 50% lebih dari harga asal.

Jadi, bagaimana? Sudah boleh menabung untuk merasai bercuti dalam pelayaran sambil menikmati matahari terbenam kan? - CARI 

Kredit : Nur Natasha Abdullah

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 36
Komen

Previous : Teruja Sebab Gelongsor Terpanjang Di Dunia Sudah Ada Di Pulau Pinang..

Next       : Lokasi Filem Star Wars: The Last Jedi - Ah, Sungguh Memukau!

Komen Terbaru

Quote Budak 11-1-2018 01:09 PM
Pernah naik cruise ni, tapi dulu embark kat Penang . Cruise stop Krabi (ni best) , Phuket n return Penang semula, 4 hari 3 malam kalau tak silap. Memang best sebab makan x perlu risau sebab breakfast dinner supper covered (except lunch if stop kat mana2 port), makan level hotel 5 star rambang mata. Telefon pun x berbunyi sbb line xde so x de la org kacau atas cruise (lgpun malas nk subscribe wifi atas cruise).  Malam activity byk tp ada yg kena byr jugak (adult show) and free show pun  ada. Sapa2 nak jenguk kasino pun  boleh tiada halangan..ramai aso n apek2 tua berjudi dalam tu yg berkerusi roda pun ada.
Overall trip yg menarik and if ada peluang n murah rezeki nak pegi lagi ambik cabin murah pun xpe, nak tgk luar naik je atas deck tu. Tp harap starcruise stop balik ke Krabi tu.

Lain-lain Komen

Quote giyomi 8-1-2018 06:14 PM
termasuk makan buffet ker harga ni, ker kena tambah bila keluar nnt
Quote SalenaGomez 8-1-2018 08:47 PM
Baiklah i g bercuti kat aussie japan ...mmg boleh dpt rege below rm1400 per pax
Quote CiliPadiSedap 8-1-2018 08:55 PM
giyomi replied at 8-1-2018 06:14 PM
termasuk makan buffet ker harga ni, ker kena tambah bila keluar nnt

tambah sis, sebab harga di atas untuk harga kabin termasuk minum air paip dan makan snake plate ombak biru|

lobster tu kalau nak makan murah makan kt sabah sis, kalau bawah satu kaum kerabat bangkrupt. cruiser ni akak bawa magi hotcup je. makan pun sedap atas kapal
Quote CiliPadiSedap 8-1-2018 08:56 PM
SalenaGomez replied at 8-1-2018 08:47 PM
Baiklah i g bercuti kat aussie japan ...mmg boleh dpt rege below rm1400 per pax

pergi japan/aussie tak dapat snake plate ombak biru. naik cruiser baru dpt sis. sis pg backpacker kan ? bukan pakej travel agent?
Quote CiliPadiSedap 8-1-2018 08:58 PM
gratuity fee nape lebih mahal daripada gst? baik bayar GST , kan gst untuk kebaikan rakyat malaysia
Quote SalenaGomez 8-1-2018 09:01 PM
CiliPadiSedap replied at 8-1-2018 08:56 PM
pergi japan/aussie tak dapat snake plate ombak biru. naik cruiser baru dpt sis. sis pg backpacker  ...

Now sume info dihujung jari...buat sendiri semuanya..x susah mana pon...with that rate i bole pegi 10 days kot
Quote CiliPadiSedap 8-1-2018 09:07 PM
SalenaGomez replied at 8-1-2018 09:01 PM
Now sume info dihujung jari...buat sendiri semuanya..x susah mana pon...with that rate i bole pegi ...

powerlah sis, hebat2 belaka
Quote moonbug 8-1-2018 09:09 PM
Takut naik kapal sbb tak reti berenang
Quote SalenaGomez 8-1-2018 10:18 PM
CiliPadiSedap replied at 8-1-2018 09:07 PM
powerlah sis, hebat2 belaka

Sis dah buat so sis berani commit
Quote SalenaGomez 8-1-2018 10:20 PM
CiliPadiSedap replied at 8-1-2018 08:56 PM
pergi japan/aussie tak dapat snake plate ombak biru. naik cruiser baru dpt sis. sis pg backpacker  ...

Jap snake plate tu apa?hahahhaha
Quote CiliPadiSedap 8-1-2018 10:27 PM
SalenaGomez replied at 8-1-2018 10:20 PM
Jap snake plate tu apa?hahahhaha

yang pernah naik cruiser je tahu snake plate ombak biru sis. resipi baru chef michelin 3 star, i think he was korean guy but fluent speaks malay. this menu special dish on gala dinner. only lucky guest can taste ombak biru dishes
Quote SalenaGomez 8-1-2018 10:30 PM
CiliPadiSedap replied at 8-1-2018 10:27 PM
yang pernah naik cruiser je tahu snake plate ombak biru sis. resipi baru chef michelin 3 star, i t ...

Beb lain mcm bunyi nya..adventure yet dangerous...hahaha...
Quote swimswim 8-1-2018 10:38 PM
4 ribu sampai patong je..mm not for me lah kot..
Quote CiliPadiSedap 8-1-2018 11:29 PM
swimswim replied at 8-1-2018 10:38 PM
4 ribu sampai patong je..mm not for me lah kot..

kalau nak backpacker blh sis, belakang cruise ship kita ikat rantai balak dengan rumah rakit.. satu malam perhead RM 20
Quote CiliPadiSedap 8-1-2018 11:31 PM
moonbug replied at 8-1-2018 09:09 PM
Takut naik kapal sbb tak reti berenang

kapal sekarang modern sis, bukan cam titanic. dulu titanic punca karam sbb abg sejat nyanyi lagu abg nak tegur dalam titanic
Quote swimswim 9-1-2018 01:22 AM
CiliPadiSedap replied at 8-1-2018 11:29 PM
kalau nak backpacker blh sis, belakang cruise ship kita ikat rantai balak dengan rumah rakit.. :lo ...

Haa murah tu kaka.. Kami mmg bajet barai habis. Kalau ada makanan2 buffet ta habis tu boleh pakat huluq pakai tali rafia dkt kami. Mana nak daftar pakej
Quote CiliPadiSedap 9-1-2018 03:10 AM
swimswim replied at 9-1-2018 01:22 AM
Haa murah tu kaka.. Kami mmg bajet barai habis. Kalau ada makanan2 buffet ta habis tu boleh pakat  ...

pakej di tutup sebab panda makan rakit buluh
Quote syue86 9-1-2018 09:35 AM
giyomi replied at 8-1-2018 06:14 PM
termasuk makan buffet ker harga ni, ker kena tambah bila keluar nnt

buffet tu skali masuk dlm harga
ada certain restoran je yg kena byr asing
tp buffet tu pn dh xlarat nk makan
Quote swimswim 9-1-2018 12:44 PM
CiliPadiSedap replied at 9-1-2018 03:10 AM
pakej di tutup sebab panda makan rakit buluh

Alaaa kukeciwa


Lihat semua komen(36)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044784s Gzip On
To Top