Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Teh Lapis Warna-warni Cantik Memukau, Tak Tergamak Nak Minum!

8-1-2018 10:16 AM|Oleh: Zailina | Dilihat: 1497| Komen: 8

Teh berlapis-lapis dan berwarna-warni serta perisa beraneka semakin digemari. Pelbagai 'jenama' baru muncul untuk bersaing dengan Tealive, Gong Cha dan banyak lagi kiosk minuman. Dah macam satu trend di pusat membeli-belah apabila melihat orang beratur panjang untuk merasa teh 'panorama' ini.

Memetik portal Says, SunnyCha berasal dari Taiwan dan mula dipasarkan di Malaysia sejak April 2016. Ia semakin digemari dengan siri SunnySky teh berwarna-warni. Antara yang popular adalah Teh Bunga Telang. Mereka menggunakan kelopak bunga dan jus buah-buahan sebenar. Dekorasi kiosk menarik dengan botol berisi daun teh dan servis juga pantas.


Terhibur tengok teh berlapis-lapis

Perisa yang boleh didapati:
(i) Elara, dengan madu sitrus
(ii) Supernova, dengan probiotick dan sitrus
(iii) Milky Way, dengan susu madu 
(iv) Nightsky, dengan madu


Beratur nak rasa teh yang beraneka perisa

Untuk menyerlahkan warna minuman SunnyCharistas, anda boleh letak di atas lampu suluh. Memang cantik berwarna-warni dan menggirangkan. 

Selain daripada siri SunnySky, ada juga minuman klasik teh dengan susu, Oolong Ch Latte, Matcha Soy Latte, dan Tie Guan Yin Ch Latte dengan Labu.

Macam pelik? Cuba rasa dulu! Mana tahu mungkin kena dengan selera anda.


Dingin membasahkan tekak, yang penting perisa yang umph.

SunnyCha mampu berbangga kerana ia menggunakan bahan dan perisa semulajadi, tanpa additif tiruan seperti pewarna, perisa dan pengawet dalam teh mereka. Juga tiada sirap atau gula putih, sebab ia merosakkan rasa teh asli. 

Sebaliknya, kiosk teh ini menggunakan gula perang atau jus buah-buahan sekiranya pelanggan ingin menambah kemanisan. Semua minuman dalam cawan bersaiz kecil, biasa, besar atau boleh juga didapati dalam botol. Anggaran harga antara RM6.80 hingga RM17.80.


Pelbagai jenis teh, bermacam khasiat

Alamat SunnyCha: Lot 10 Shopping Centre, Sunway Pyramid, 1 Utama Shopping Centre


Inilah trend baru meminum teh. Memang kreatif, kan? Yang penting, ia menyihatkan sebab semua bahan dari sumber semula jadi. Apa lagi, ayuh geng! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 8
Komen

Previous : Kulit Tembikai Masak Tumis? Sedap Ke?! Cuba Dulu Baru Tahu Lazatnya..

Next       : Serunding Halia Untuk Ibu Berpantang! Perut Kenyang, Badan Pun Sihat

Komen Terbaru

Quote pavlovachoc 9-1-2018 07:53 PM
menarik.. boleh cube try test ni

Lain-lain Komen

Quote chinta89 8-1-2018 11:32 AM
mcm menarik je
Quote intanpurnama 8-1-2018 11:55 AM
Bekasnya pun cantik sayang lak nak minum huhu
Quote lilac85 8-1-2018 01:03 PM
Nmpk sungguh sedap
Quote onexox97 8-1-2018 03:12 PM
kna kereatif nak marketkan tea
Quote virgocircus 9-1-2018 12:40 AM
Ala sejak menjak badan berangin ni dah x bole minum tea...asek nk sendawa je...penat tau
Quote LostStar 9-1-2018 10:45 AM
ptot tak penah nampak.. ada dekat 3 mall tu jek.. harap cepat la bukak di mid.. hehe
Quote rosabiru 9-1-2018 03:58 PM
cantik bekas dia.pas minun leh simpan.
Quote pavlovachoc 9-1-2018 07:53 PM
menarik.. boleh cube try test ni

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043620s Gzip On
To Top