Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Suka Seafood? Jom Cari Gerai Ini Di Kota Kinabalu!

18-1-2018 10:58 AM|Oleh: Zailina | Dilihat: 474| Komen: 14

Apabila mengunjungi Kota Kinabalu (KK), mesti nak cari tempat makan makanan laut (seafood). Betul, tak? Kalau Johor Bahru ada Senibong, Melaka ada Umbai, Kuantan ada Tanjung Api, KK pula ada Pasar Malam Ikan Todak. 

Tak, bukan nak makan ikan todak tapi 1,001 macam seafood yang ada di sini. Jom kita tengok apa yang sedap sangat di Gerai Haji Manja ini!

Tak cukup dengan ketam beraneka warna, ada udang pelbagai saiz, ikan bermacam bentuk (dan warna) juga sotong, kepah, siput, lala dan banyak lagi. Lebih hebat, semuanya segar dan masih berbau kemasinan air laut. Pilih saja mengikut bajet yang ada. Tak mahal pun, jangan risau. Yang penting, gerai bersih dan suasana nyaman.


Memang kecur air liur tengok, belum lagi rasa. Sedap!


Wajib cuba ikan biru ini sebab memang payah nak jumpa di tempat lain...

Nak masak apa? Tadi terkebil-kebil memilih ikan, sekarang mata pula naik juling memikirkan mahu makan apa. Goreng, bakar, kukus? Asam boi, jus limau, halia? Amboi, air liur dah kecur ni! 

Sotong wajib digoreng celup tepung. Udang pula wajiblah ambil butterprawn. Lala wajib masak taucu bercili, ketam masak masam manis. Ikan pula dibakar dengan sambal enak penuh beraroma. Aduhai, tergoda sungguh!


Bukan setakat pelbagai jenis, pelbagai saiz pun ada tau!

Sayur, jangan dilupakan pula, ya. Pucuk midin pun ada. Apalagi, masak belacanlah. Khabarnya, pucuk ini banyak khasiatnya. Tak jumpa kalau di semenanjung, tapi ala-ala pucuk paku ada lah. Cuma ia kurang berlendir. Sementara itu, di atas meja pula ada pencecah pelbagai jenis. Ada kicap, cili, sos dan yang sewaktu dengannya. Kalau nak sambal lain, boleh minta pada pelayan, okey.


Paling popular, ikan bakar. Manis terasa sebab segar.

Gerai Haji Manja ini bersih dan susunan mejanya lapang. Boleh terhibur hati mendengar peniaga lain memanggil pengunjung ke gerai mereka. Ditambah pula dengan aroma pisang atau keledek goreng hanya dari gerai sebelah. Eh, nasi percuma sahajalah! Apalagi? Kalau datang KK, pastikan anda singgah di sin. Boleh bah kalau kau.


Serius, sedap kat sini.

Alamat: Lot 24-30, Pasar Malam Ikan Todak, Segama, Kota Kinabalu.


Kat mana pun nak makan seafood, biarlah sedap masakannya, bersih gerainya dan berpatutan harganya. Baru berbaloi nak menjamu selera dengan senang hati. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 14
Komen

Previous : Semuanya Menu Udang Segar Di Pulau Sayak. Rambang Mata Tak Tahu Pilih Menu Apa!

Next       : Nama Unik Tapi Asyik Sekali! Makanan Sarawak Kitak Perlu Cuba, Kalau Tidak Rugi

Komen Terbaru

Quote kaktone 18-1-2018 03:43 PM
apa nama ikan biru tu?sedap tak?

Lain-lain Komen

Quote syue86 18-1-2018 11:35 AM
adei lapar tgk ikan biru tu..cantik pun hade
Quote manehnya 18-1-2018 11:46 AM
syue86 replied at 18-1-2018 11:35 AM
adei lapar tgk ikan biru tu..cantik pun hade

ikan tu mmg sedap.. flaky.. lebih sedap dr ikan dori
Quote syue86 18-1-2018 11:55 AM
manehnya replied at 18-1-2018 11:46 AM
ikan tu mmg sedap.. flaky.. lebih sedap dr ikan dori

apa nama dia?
Quote Rainrein 18-1-2018 11:57 AM
manehnya replied at 18-1-2018 03:46 AM
ikan tu mmg sedap.. flaky.. lebih sedap dr ikan dori

Ikan biru tu sedap masak ape ek. Penah la dua tiga kali tengok orang jual tapi nak beli x berani sebab x reti nak masak.
Quote beloomberk 18-1-2018 11:58 AM
seafood kt sna mmg murah..tpi cara masak x sesedap mcm kat smnnjung
Quote manehnya 18-1-2018 11:59 AM

x tau la nama dia dlm bahasa tempatan, tp km pge 'parrot fish' sbb mcm rupa parrot pun ada..

mula2 mcm pelik sbb kaler mcm pelangi, tp ritu ada mkan buat bakar.. sedap yo
Quote manehnya 18-1-2018 12:00 PM
beloomberk replied at 18-1-2018 11:58 AM
seafood kt sna mmg murah..tpi cara masak x sesedap mcm kat smnnjung

ada gak yg sedap cer tgk kedai kt todak tu best jugak
Quote manehnya 18-1-2018 12:01 PM
Rainrein replied at 18-1-2018 11:57 AM
Ikan biru tu sedap masak ape ek. Penah la dua tiga kali tengok orang jual tapi nak beli x berani s ...

hr tu try kt kedai diaorang masak bakar ngan kunyit jah, simpel

tp bila makan, fresh sgt n isi lembut flaky, juicy bla bla.. kihkih

Quote beloomberk 18-1-2018 12:03 PM
manehnya replied at 18-1-2018 04:00 AM
ada gak yg sedap cer tgk kedai kt todak tu best jugak

mgkin lpas ni bleh try yg kat todak..before this try yg kt pasar philipines je.
Quote nisako 18-1-2018 12:03 PM
adui lapar tgk mkn ...............................
Quote manehnya 18-1-2018 12:08 PM
beloomberk replied at 18-1-2018 12:03 PM
mgkin lpas ni bleh try yg kat todak..before this try yg kt pasar philipines je.

ha tu la pasal, seblum ni mkn kt pilipins influence pinoy lain sikit kan

kt todak ada gak masak stle siam/chinese n indon
Quote yangsemb 18-1-2018 12:24 PM
Jomm pigi makan2
Quote lonso 18-1-2018 03:17 PM
sedapnya... nak makan ketam nipah je... adoi teringin gler...
Quote kaktone 18-1-2018 03:43 PM
apa nama ikan biru tu?sedap tak?

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044758s Gzip On
To Top