Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Alamak! Penggemar Keju, Anda Kenal Renet Tak?

12-1-2018 04:59 PM|Oleh: Zailina | Dilihat: 2353| Komen: 3

Keju diperbuat daripada susu lembu, kambing, unta atau keldai (amboi, termahal di dunia!) dan haiwan lain. Renet yang mengandungi enzim kimosin digunakan untuk mengeraskan susu hingga menjadi keju, renet (di dalamnya ada enzim chymosin). Senang cerita, renet adalah bahan penggumpal (coagulant). 

Terdapat renet Halal dan ada juga yang Haram bagi Muslim. Ada 5 jenis renet digunakan oleh kilang-kilang pembuatan keju. 


1. Renet Haiwan: 
Paling banyak digunakan di kilang pembuatan keju. Renet adalah enzim dari perut binatang seperti lembu, kambing atau khinzir. Ia dua kali lebih mahal daripada renet sumber lain. Jika diambil dari binatang yang tidak disembelih atau Haram dimakan, maka keju dihasilkan tidak halal untuk orang Islam.


Ada yang lembut, keras, putih, oren. Pastikan Halal dulu, ya.


2. Renet Mikrobial: 
Renet terbentuk daripada kulat atau organisma yis yang dibiak dan diperam di dalam makmal. Ia sesuai untuk vegetarian (pemakan sayur atau buah sahaja) kerana tidak dihasilkan daripada binatang. Cuma, rasanya sedikit pahit terutama jika dibiarkan matang. Namun, renet jenis ini sukar didapati dan sering digantikan dengan FPC yang diperam atau fermentasi (FPC)


Pelbagai makanan kegemaran diperbuat daripada keju.


3. Renet Kimosin Daripada Peraman FPC:  
Sejenis renet dari mikrob tetapi dihasilkan daripada gen DNA sel binatang yang dimasukkan bakteria, yis atau kulat. FPC adalah GMO (diperbuat secara genetik). Prosedurnya sama dengan pembuatan vaksin untuk suntikan. Persoalannya, sel binatang tidak berubah walaupun melalui proses ini. Jadi, adakah produk keju ini halal? 


Orang Barat suka makan dengan biskut dan kopi.
Foto: shemazing


4. Renet Tumbuhan:  
Renet diambil daripada tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan enzim. Contohnya cardoon thistle, kulit pokok buah tin atau pokok jelatang. Enzim ini agak tidak stabil, tetapi penggunaannya semakin meluas kerana permintaan tinggi daripada pengguna beragama Islam dan mereka yang tidak memakan daging.


Beraneka jenis keju, ada yang berpuluh tahun usianya. Tentulah mahal.
Foto: medicalnewstoday


5. Asid Sitrik atau Cuka:  
Keju seperti Ricotta dikentalkan dengan jus lemon atau cuka yang sering digunakan untuk membuat keju dengan cara memanaskan susu. Ia Halal dan sesuai untuk vegetarian. Namun penggunaannya terhad dan rasanya berbeza daripada keju jenis keras. Ia juga tidak boleh disimpan lama.

Belilah keju yang ada tanda Halal, dikeluarkan oleh negara penghasil keju tersebut. Setiap negara ada Badan Keislaman mereka sendiri. Baca bahan-bahan dengan teliti supaya tidak berasa was-was. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
4
Terkejut
0
Sedih
5
Lawak
27
Bosan
0
Komen: 3
Komen

Previous : Kulit Tembikai Masak Tumis? Sedap Ke?! Cuba Dulu Baru Tahu Lazatnya..

Next       : Bunga Durian Goreng Belacan, Kegemaran Orang Sarawak Dan Indonesia! Nak Cuba?

Komen Terbaru

Quote Amalinarazi 30-7-2018 11:57 AM
Thanks tt

Lain-lain Komen

Quote binisupir 14-1-2018 01:59 AM
Good info. Baru tau
Quote greantea 14-1-2018 04:42 PM
thanks untuk info
Quote Amalinarazi 30-7-2018 11:57 AM
Thanks tt

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043209s Gzip On
To Top