Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Ais Kepal Milo Pekat Cuma Di Perak – Terpaksalah Ke Sana Demi Mencuba Menu Tular

12-1-2018 11:23 AM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 1870| Komen: 13




Masa di sekolah, mencabar sentiasa!
Ibu jangan bimbang, bekalkan tenaga!


Mesti ada yang terikut menyanyi lagu iklan Milo ini.
Begitu powerful nya minuman bertenaga ini untuk rakyat Malaysia sejak berzaman.

Sebab itu lah, pelbagai resipi dicipta yang menggunakan serbuk koko yang sedap ini.
Antaranya ialah puding milo, agar-agar milo, kek milo, brownies milo dan macam-macam lagi.

terliur sudah
Terbaru lagi tular - ais kepal yang menjadikan Milo pekat sebagai topping.
Wow! Dengar sahaja pun dah macam melekat rasanya di tekak.

Di mana?
Ada tiga tempat yang menawarkan menu ini iaitu di Kuala Kangsar dan Taiping.

begitu caranya - klasik sangat

sanggup beratur panjang

1) Ais Kepal Milo Pekat Leleh Kome, Kuala Kangsar
Bertempat di sebuah gerai, ais kepal dengan topping serbuk Milo menjadi sebutan.

Setiap ais kepal akan dituangkan bancuhan Milo yang pekat serta mampu menaikkan selera sesiapa sahaja.

Dengan harga sebungkus RM4, anda bukan sahaja menikmati keenakan ais kepal ini malah memberi memori indah anda ketika melancong di Kuala Kangsar.

Setiap hari, pengunjung semakin bertambah dan perlu beratur panjang. Jadi terpaksalah anda ikut sama kan?

ditambah dengan aiskrim vanilla

tambah lagi 'sprinkle rice'
2) Warung D’Bukit, Ibol, Taiping
Berbezanya ais kepal milo ini ialah dihidang bersama aiskrim vanilla kemudian ‘disimbah’ dengan coklat cair.

Memang terasa koko yang lazat. Budak-budak pasti sangat menyukainya.

paling ringkas tapi kekal sedap
3) Ais kepal milo leleh, Padang Tekah, Taiping
Paling ringkas antara ketiga-tiganya. Cuma ais kepal yang ditabur dengan milo sebagai topping. Sedap dihirup atau diratah begitu sahaja.

Eh! Kenapa semua tempat ini di Perak? Tapi kalau dah teringin nampaknya memanglah harus ke sana untuk menikmati menu viral ini. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 13
Komen

Previous : Alamak! Penggemar Keju, Anda Kenal Renet Tak?

Next       : Pelik Tapi Benar! Nampak Biasa Di Negara Kita, Tapi Makanan Ini Diharamkan Di Negara Lain

Komen Terbaru

Quote chinta89 14-1-2018 11:32 AM
iols suke milo.. yumm yum...

Lain-lain Komen

Quote beta_carotene 12-1-2018 11:30 AM
Pastu kena kencing manis. Potong kaki xleh kerja. Mintak bantuan jkm n masuk bersamamu.
Quote vanillaninja 12-1-2018 11:31 AM
Sedapnya! Dah la I peminat Milo.
Quote prettyuglybabe 12-1-2018 11:50 AM
dulu suka ratah milo..
nasib baik dah boleh berhenti
Quote kucingitam 12-1-2018 12:39 PM
tgk coklat tu rasa muak lak tetiba..
Quote myakayina 12-1-2018 12:44 PM
prettyuglybabe replied at 12-1-2018 11:50 AM
dulu suka ratah milo..
nasib baik dah boleh berhenti

sama la kita babe..tapi skrg dah takde dah tabiat tu.. dulu suka letak milo topping ice cream ..or mkn mcm tuje..lps tu kena sembelit..
Quote indenial 12-1-2018 12:50 PM
Sedapnyaa! Buat sendiri jelah. Xgigih nk g cari
Quote prettyuglybabe 12-1-2018 12:59 PM
myakayina replied at 12-1-2018 12:44 PM
sama la kita babe..tapi skrg dah takde dah tabiat tu.. dulu suka letak milo topping ice cream ..or ...

tu la.. dulu sehari tak ratah tak puas rasa..
sekarang dapat bila minum milo dinasor je..
tu pun sekali sekala
Quote kiambang 12-1-2018 01:10 PM
Dulu dulu suka milo .. bila umur bertambah kopi o pilihan di hati ..
Quote moonbug 12-1-2018 01:14 PM
Milo byk gula oi. Oklah minum sesekali
Quote pinkpunk 12-1-2018 01:29 PM
confirm berak keras..
Quote MayaDelaRosa 12-1-2018 02:23 PM
Ni boleh kena kencing manis tahap kronik trus ni..haha
Quote masmelon 12-1-2018 04:14 PM
sedapnyaaaaaaaa
Quote chinta89 14-1-2018 11:32 AM
iols suke milo.. yumm yum...

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050580s Gzip On
To Top