Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Indahnya Ciptaan Tuhan, Gua Bawah Laut Terbesar Di Dunia Ditemui!

29-1-2018 09:56 AM|Oleh: Zailina | Dilihat: 2587| Komen: 8

Gua di dasar laut? Hm, tentu menjadi satu pengalaman menarik dapat menyelam dalam gua di dasar laut, kan? Teruja bila melihat pemandangan indah batu-batan, stalagtit dan stalagmit yang bagaikan tirai menghiasi dinding gua. Seronoknya!

Tahu tak? Sekumpulan penyelam di perairan timur Mexico berdekatan Semenanjung Yucatan menemukan dua gua bawah laut yang ternyata saling terhubung. Mereka mengatakan bahawa gua tersebut merupakan gua bawah laut yang terbesar di dunia. Ia menyimpan banyak sejarah peradaban Suku Maya. 


Penyelidik sedang mengukur jarak di dalam gua

Gran Acuifero Maya (GAM), kumpulan pengkaji sejarah Suku Maya, menemukan gua sepanjang 357 kilometer di bawah laut. Ia bersambung dengan Gua Sac Actun, yang berdiri sepanjang 263 kilometer dan berada di Pantai Tulum, pantai yang selama ini sering dikunjungi pelancong.


Kedudukan jaluran gua-gua yang mengimbau penyelidik
Foto: dailymail.co.uk

Sebelum ini, mereka juga menemukan fakta bahawa Gua Sac Actun bersambung dengan Gua Dos Ojos sepanjang 83 kilometer. Kata Pengarah GAM dan pakar arkeologi Guillermo de Anda, Penemuan gua ini bakal memberi pencerahan mengenai sejarah peradaban Suku Maya di Mexico kepada pengkaji".


Gua terbesar menampung misteri peradaban Suku Maya
Foto: thespaces

Semenanjung Yucatan selama ini diketahui menyimpan banyak peninggalan bangunan dari peradaban Suku Maya. Ia mengandungi simbol agama. Para pengkaji yakin, masih banyak kawasan yang perlu diteroka di sana. Melalui penemuan itu, pengkaji akan dapat mengetahui jejak keturunan Suku Maya yang menjadi generasi awal penghuni Mexico.


Bentuk lanskapnya cukup memukau dan penuh misteri


Teruja pula tengok dasar laut yang begitu indah. Kalau ada peluang, nak juga berscuba-diving di situ, kan? Tak salah berangan-angan. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
3
Komen: 8
Komen

Previous : Perkampungan Ini Digelar Antara Tercantik Di Dunia, Namun Unik Tiada Akses Jalan Raya!

Next       : Impikan 'Magic Carpet' Macam Aladdin? Tak Mustahil Dengan Cruise Ini!

Komen Terbaru

Quote Ambola 7-3-2018 05:57 PM
Memukau

Lain-lain Komen

Quote mamapea 29-1-2018 04:04 PM
cantiknya air biru tu...mcm kt blue pool krabi..
Quote MRX 29-1-2018 05:16 PM
seronoknya kalau dapat berenang dlm tu...
Quote Artemesiaa 30-1-2018 12:42 PM
Wow cantik jernih betul airnya
Quote abangadek 30-1-2018 12:49 PM
i gerun tengok laut.. apetah lagi gua bawah laut mcm ni
Quote nora_balqis 7-3-2018 12:42 PM
cantiknya...kekuasaan Allah
Quote encikWawad 7-3-2018 04:07 PM
Suddenly rasa claustrophobic - rasa lemas fikir terpersngkap bawah tu no oksigen no one can help
Quote jo_je 7-3-2018 05:48 PM
cantiknya
Quote Ambola 7-3-2018 05:57 PM
Memukau

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.036275s Gzip On
To Top