Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Peruvian Lodge, Penginapan Tergantung Pertama Di Dunia! Yang Gayat, Lupakan Je Nak Cuba

7-2-2018 11:26 AM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 984| Komen: 8

Mengapa bukan untuk orang yang gayat? Ini adalah kerana Peruvian Lodge terletak 1200 kaki di udara dan di cerun-cerun bukit. 

Ia juga merupakan penginapan tergantung pertama di dunia. Berbentuk kapsul, Peruvian Lodge mempunyai pemandangan yang cukup mahal iaitu The Sacred Valley di Cuzco, Peru.

Foto: designboom.com
Selain bukan untuk orang yang gayat, ia juga tidak sesuai bagi mereka yang berlagak diva, manja atau tak suka keluarkan peluh.

Sebaliknya, lokasi ini cukup sesuai bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak terutamanya aktiviti mendaki gunung.
 

Foto: designboom.com
Sebabnya, tiada cara lain untuk  sampai ke sini kecuali dengan mendaki! Laluan mendaki yang selamat disediakan buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia pendakian. 

Jadi anda tak perlu khuatir jika tidak pernah atau jarang mendaki. Manakala untuk turun dan kembali ke bandar pula, pilihan meluncur melalu zipline disediakan. 

Bayangkan anda meluncur di udara bagaikan burung helang yang terbang bebas. Tentu seronok! 


Pelbagai makanan tradisional dan tempatan Peru yang lazat disediakan buat tetamu yang datang menginap. Kesimpulannya, anda bakal berpuas hati dengan kesemua layanan dan hospitaliti yang bakal menanti anda di sini!

Jika anda berpeluang menjejakkan kaki di negara Amerika Selatan ini, mungkin untuk melihat Machu Picchu ataupun alpaca, jika ada bajet lebih, menginaplah di Peruvian Lodge! Suatu pengalaman sekali dalam seumur hidup! 

Foto:designboom.com
Peruuuuu! Tunggu aku datang! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 8
Komen

Previous : Johor Dihujani Salji? - Peluang Merasai Pengalaman Sejuk Beku

Next       : Tak Lengkap Percutian Di Bali Jika Tidak Sampai Ke Pulau Nusa Penida. Ini Sebabnya..

Komen Terbaru

Quote alieyrina 14-2-2018 10:52 AM
Wahh berani gila kentang!

Lain-lain Komen

Quote nisako 7-2-2018 11:53 AM
wah cm menarik je...........................
Quote Artemesiaa 7-2-2018 12:15 PM
Tak minat ler gayat
Quote kiutghost 7-2-2018 02:08 PM
menarikkkk!
Quote batmana 7-2-2018 02:53 PM
kalau terbakar, bomba tolong tgk ajala..
Quote mamapea 7-2-2018 03:10 PM
takut la
Quote RatuDunia94 7-2-2018 11:51 PM
Sekali gempa bumi.. Good bye..
Quote whitePoison 8-2-2018 01:09 AM
macam best je..
Quote alieyrina 14-2-2018 10:52 AM
Wahh berani gila kentang!

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050127s Gzip On
To Top