Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Sandwich Tempe Khas Untuk Pengamal Vegan! Rasanya? Sangatlah Wow

12-2-2018 12:27 PM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 1029| Komen: 10

Tempe sememangnya makanan kegemaran ramai terutamanya jika ia digoreng rangup-rangup. Tahukah anda makanan berasaskan kacang soya ini kini semakin popular di negara barat terutamanya bagi pengamal vegan? 

Foto: Carian Internet
Pelbagai resipi diwujudkan berasaskan tempe termasuklah sandwich! Jom tinjau dan cuba resipi mudah ini!  

Bahan-bahan
•200 gram tempe (potong memanjang seperti roti)
•75 gram daun salad
•1 biji tomato dihiris nipis
•1 biji timun dihiris nipis
•½ buah bawang holland dihiris panjang dan nipis
•100 gram keju cheddar
•50 gram tepung gandum
•50 gram tepung jagung
•100 ml air
•50 ml minyak goreng

Foto: Google
Cara membuat sandwich tempe

1.Masukkan potongan tempe dan gaul bersama tepung gandum 
2.Panaskan sedikit minyak untuk menggorang tempe. Panaskan dengan api kecil hingga kedua sisinya berwarna coklat keemasan dan matang.
3.Lapis hirisan tempe, salad, tomato, bawang holland, timun, keju cheddar dan ditutupi dengan tempe.
4.Sajikan sandwich tempe disiram dengan sos kegemaran anda! Cara sajian berbeza-beza mengikut citarasa masing-masing.

Foto: Royco
Selamat mencuba! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 10
Komen

Previous : Tak Payah Beli Di Mcdonald, Burger Prosperity Homemade Lagi Menjilat Jari

Next       : Makan Kulit Cempedak? Cuba Resipi Mandai Orang Banjar Ini, Gerenti Terangkat!

Komen Terbaru

Quote applenpuff 19-2-2018 10:48 AM
Buat time minum petang sedap ni

Lain-lain Komen

Quote PongKang 12-2-2018 01:18 PM
sedap mcm tauhu sumbat... ni kira ala tempe sumbat la ek
Quote umbut 12-2-2018 01:36 PM
Tempe goreng cecah sambal kicap.. terangkat
Quote chinta89 12-2-2018 02:02 PM
tempe goreng berlada mmg mabeles.

resipi ni nk try lainkali.
Quote prettyuglybabe 12-2-2018 02:10 PM
ai loike tempeeee...
Quote Oroi8887 12-2-2018 02:43 PM
Sedap tempeee
Quote vanillaninja 12-2-2018 04:10 PM
I love tempe!
Quote WhiskeyScotch 12-2-2018 04:17 PM
Tempe memang sedap pun. Kalau goreng garing-garing lagi sedap.
Quote chazey 13-2-2018 12:25 PM
Sedapnya tempe!
Quote dubuk 17-2-2018 04:07 PM
tempe makan dengan kacang goreng ikan bilis
Quote applenpuff 19-2-2018 10:48 AM
Buat time minum petang sedap ni

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050263s Gzip On
To Top