Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Abadikan Wajah Atas Kopi Jadi Trend, Tak Nak Cuba?

12-2-2018 10:23 AM|Oleh: Zailina | Dilihat: 579| Komen: 6

Mereka yang suka berswafoto selalunya ada satu tabiat serupa. Mereka cenderung 'menelek' gambar mereka yang diambil berulang kali.

Sekarang, peminat kopi yang gila berswafoto boleh mencetak wajah anda di atas kopi! Sambil menghirup kopi, dapat belek muka sendiri atau mungkin juga wajah orang yang anda rindui. Amboi, macam best saja!


Foto bapa dan anak diabadikan di atas kopi

Jika anda ke Singapura, kunjungilah kafe 'Selfie Coffee' di Haji Lane. Kedai-kedai di situ memang meriah dengan warna-warni dan lukisan tangan menarik serta berseni. Menurut Star2.com, ia dibuka sejak 2015 dan merupakan yang pertama seumpamanya di negara itu.


Inilah kafe yang buat ramai teruja

Prosesnya mudah saja. Pengunjung boleh berswafoto menggunakan telefon pintar kafe atau terus mengirimkan gambar kepada petugas di kaunter. Kemudian, petugas akan menyediakan minuman sementara imej dimuat naik ke dalam sebuah mesin yang akan mencetak imej di atas lapisan krim putar. Semuanya mengambil masa beberapa minit saja.


Menarik untuk melakar memori bersama

Ini bukanlah teknologi baru, kata pengarah bisnes Eddy Chan. Ia sama dengan mekanisma mencetak wajah atau foto ke atas kek. Pewarna minyak sayuran digunakan untuk mewarnakan foto itu. Namun, mencetak di atas lapisan cecair adalah lebih rumit berbanding di atas lapisan 'keras'. Mencetak di atas minuman panas lebih sukar kerana kepanasan akan mencairkan krim dan foto menjadi 'cair' dengan cepat.


Trend dulu, hanya guna satu warna. Kini lebih canggih.
Foto: Star2.com

Ramai pelanggan gembira dan teruja dengan kopi mereka, malah ramai yang terus mengambil swafoto dengan minuman bercetak wajah mereka itu. Selain wajah sendiri, ada pelanggan mencetak potret pelik, foto berkumpulan, karakter kartun, haiwan kesayangan serta selebriti diminati.


Menarik betul pendekatan kafe ini menghiburkan hati pelanggan. Macam-macam teknologi terkini dan canggih untuk membuat minuman lebih menarik dan lain dari lain. - CARI




Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 6
Komen

Previous : Sandwich Tempe Khas Untuk Pengamal Vegan! Rasanya? Sangatlah Wow

Next       : Makanan Malaysia Yang Ini, Ada Yang Tak Lalu Makan! Pelik, Tapi Tak Sangka Sedap

Komen Terbaru

Quote MarryPottet 13-2-2018 12:14 AM
aleesyasofia replied at 12-2-2018 11:41 AM
mcm syg nak minum.. msti mhal nie..

Bukan boleh simpan pon kalau rasa sayang nak minum sebab tak sampai 2 minit warna warna tu akan berserakan & rupa wajah pada kopi kan makin hilang

Lain-lain Komen

Quote friedfishsoup 12-2-2018 11:15 AM
wow nk cuba la coffee ni
Quote chique 12-2-2018 11:40 AM
Tak ada pilihan perkataan lain ke, perkataan 'abadikan' tu tak sesuai. Faham tak maksud abadi tu apa?
Quote aleesyasofia 12-2-2018 11:41 AM
mcm syg nak minum.. msti mhal nie..
Quote Artemesiaa 12-2-2018 12:20 PM
Jadi kurang minat sebab banyaknya pengunaan pewarna disitu
Quote chinta89 12-2-2018 01:49 PM
wahhhh teruja ni
Quote MarryPottet 13-2-2018 12:14 AM
aleesyasofia replied at 12-2-2018 11:41 AM
mcm syg nak minum.. msti mhal nie..

Bukan boleh simpan pon kalau rasa sayang nak minum sebab tak sampai 2 minit warna warna tu akan berserakan & rupa wajah pada kopi kan makin hilang

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042852s Gzip On
To Top