Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Nasi Lemak Hijau Jadi Buruan Di Gombak - Murah Pula Tu

2-2-2018 03:01 PM|Oleh: Azza Rai| Komen: 22



Siapa sangka insiden kanak-kanak mengejek mau kau hijau yang tular pada 2015 lalu membawa tuah kepada peniaga nasi lemak.

Bermula dengan video tersebut, tercetusnya idea untuk menjadikan nasi lemak berwarna hijau dan dimasak pula menggunakan beras basmati yang lebih panjang.


Malahan nama warung juga mengambil sempena hijau iaitu Nasi Lemak Hijau Gombak yang menjadi sebutan di kalangan pelajar dan penduduk sekitar.

Dibuka sejak pertengahan 2016, ia terletak di deretan gerai berhadapan Sekolah Integrasi Gombak.





Nasi lemak hijau yang asas, dengan sambal, timun dan papadom dijual RM2. Manakala nasi lemak lauk ayam goreng ala Kentucky Fried Chicken berharga RM5.

Lauk lain yang disediakan ialah ayam masak merah, ayam kunyit, rendang ayam sambal sotong, daging goring, gulai ikan, sambal kerang dan sambal paru Semua lauk ini berharga RM3. Eh! Tak mahal mana pun untuk sarapan pagi kan?

Warung Nasi Lemak Hijau juga mempunyai perkhidmatan penghantaran di kawasan sekitar tanpa pesanan minimum dan dengan caj tambahan RM1. 

Wah! Bestnya, nak beli sebungkus pun tiada masalah, cuma tambah RM1 yang tak terasa pun nilai tersebut!




Beralamat No 6A, Taman Selera, Jalan Sungai Pusu, Batu 8 di Gombak, ia juga menyediakan khidmat katering dengan tempahan maksimum 500 pek. 

Ada juga yang meminta menu yang dimakan di dalam talam untuk dijamu di masjid.


Banyak respon di FB juga menyatakan berpuas hati dengan menu nasi lemak hijau yang sedap, unik serta lauk yang banyak. 

Pastinya selepas ini ramailah pula yang bertandang untuk merasai keenakan hijau yang lazat ini. - CARI 

Kredit : Fb Warung Nasi Lemak Hijau

Apa Reaksi Anda...

Bagus
10
Marah
15
Terkejut
17
Sedih
5
Lawak
20
Bosan
10
0
0
Komen: 20
Komen

Previous : Kafe Ini 'Ambil' Peluh Sebagai Bayaran, Uniknya Bersenam Untuk Makan!

Next       : Rahsia Diet Dan Senaman Cara Cristiano Ronaldo. Kena Cuba Kalau Mahu Fit Dan Kacak!

Komen Terbaru

Quote pinkypetal 26-4-2018 02:10 PM
vanillaninja replied at 5-2-2018 03:07 AM
I sorang je ke yang tak tertarik dengan warna hijau nasi ni?

Tak2..Bukan you sorang je. I pon tak tertarik dengan nasi tu. Haha.. prefer yang biasa jugak.

Lain-lain Komen

Quote Oroi8887 2-2-2018 03:05 PM
Wow nampak sedap
Quote msdummy.2018 2-2-2018 05:23 PM
not bad harga dia yerrr
Quote whitePoison 2-2-2018 05:44 PM
lebih suka nasi tu warna putih..sambal dia nampak sedap
Quote abangadek 2-2-2018 05:51 PM
iols selalu je masak nasi lemak letak color ijau, kadang masak nasi ayam pun bantai letak color oren sbb pewarna kuning habis sedap tak sedap nasi lemak bergantung kt sambalnya.. kalau sambal out rasa mmg outlah nasik pun
Quote RatuDunia94 2-2-2018 11:23 PM
Pewarna tiruan ke?? {:dot
Quote CiliPadiSedap 3-2-2018 11:26 AM
RatuDunia94: Pewarna tiruan ke?? {:dot


Perwarna pakai kunyit muda je sis
Quote umbut 3-2-2018 12:10 PM
Nasi lemak mak kau hijau
Quote samasam90 3-2-2018 12:51 PM
eh bersihnya workspace kau dek ... kalah dapur  NK walau bini tan sri..  dah renovate ke tidak ddapurnya  NK tu
Quote zasrfikri 4-2-2018 02:47 PM
warna hijau ? sangat menarik!!
Quote syue86 5-2-2018 10:08 AM
Nampak bersih kedainya
Quote vanillaninja 5-2-2018 11:07 AM
I sorang je ke yang tak tertarik dengan warna hijau nasi ni?
Quote shafashuha 5-2-2018 01:12 PM
whitePoison replied at 2-2-2018 05:44 PM
lebih suka nasi tu warna putih..sambal dia nampak sedap

betul....suka nasi warna putih jga...
Quote matchstick 5-2-2018 01:34 PM
kaler hijau tu kalu light2 je guna daun pandan yg di blend lg best kot. wangi je bau.

tp asalkan sambal sedap aku ngap je even buh pewarna. nasi kerabu kaler biru lek2 je org makan
Quote gummygummy 5-2-2018 01:54 PM
alaaaa banyak nau hipster nya. kaler putih je sudah jnj ckup santan ko sume. pening la
Quote supernaturalee 5-2-2018 02:00 PM
hijau striking gini nmpk x menyelerakan
same goes to nasi kerabu yg sgt terang birunya

Quote WhiskeyScotch 5-2-2018 10:54 PM
supernaturalee replied at 5-2-2018 02:00 PM
hijau striking gini nmpk x menyelerakan
same goes to nasi kerabu yg sgt terang birunya

Yes, I setuju dengan you. The color is too striking terus hilang selera nak makan. Plus, nasi bagi I sesuai warna putih je. Kalau warna selain putih nampak janggal dan tak menyelerakan.
Quote Bantalkuning 5-2-2018 11:13 PM
Macam-macam sekarang.. Nasi colour pink la, hijau la.. Too striking.. Prefer nasi lemak colour putih.. Ohh sedapnya nasi lemak kerang rendang daging.. Hehe
Quote chazey 5-2-2018 11:44 PM
vanillaninja replied at 5-2-2018 11:07 AM
I sorang je ke yang tak tertarik dengan warna hijau nasi ni?

Tak, ai pon sama. Hijau gitu sapa nak makan kesah la sambalnya sedap namampus pun. Turn off akak lehat pewarna tiruan diletak berlebihan pada nasik cenggitu.
Quote kuewTiau 26-4-2018 10:13 AM
boleh la. tapi rasa lain sket.lol
selalu tapau nasi kerabu biru.sedap.
sampai parent dari kampung kalau datang sini,request nasi kerabu biru gerai nasi lemak hijau.

hashtag PRU14.LOL

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top