Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Sayang Perkakas Non-Stick? Ini Cara 'Membelainya'

7-2-2018 10:30 AM|Oleh: Zailina | Dilihat: 1062| Komen: 3

Beli sampai beratus ringgit, guna sebulan terus rosak! Nak menangis tak? Sebab itulah kena faham macam mana nak guna, jaga, dan simpan kuali atau periuk 'kalis lekat' (non-stick pan) ini. 

1. Guna Span Lembut
Jangan guna penggosok periuk kasar (atau besi). Hanya pilih span yang lembut.  

Foto: potsandpansplace


2. Waktu Mencuci
Tunggu sehingga kuali atau periuk sejuk barulah dicuci. Ketika masih panas, pencuci boleh bertindak dengan permukaan kuali dan menyebabkan lapisannya lekang dan tertanggal.

3. Suhu Sederhana
Jangan masak dengan suhu tinggi kerana haba sentiasa menyeluruh di permukaan kuali atau periuk. Ini dapat menjimatkan gas atau eletrik.

Foto: cookingwithreshu


4. Jangan Biar Kosong Atas Api
Kuali atau periuk hendaklah diletak minyak, air atau bahan masakan ketika masih belum panas. Jangan panaskan dalam keadaan kosong. Jika diletak ketika kuali sudah panas, minyak terus meresap ke dalam makanan dan tidak membantu sifat kalis lekatnya.

Foto: foodhackswonderhowto


5. Peralatan Memasak
Gunakan senduk, sudip kayu atau plastik (kualiti tinggi) untuk mengelakkan geseran yang akan mengakibat lapisan non-stick terhakis dan rosak. 

6. Cara Simpan
Elakkan dari menindan antara satu sama lain. Lapiskan dengan tuala supaya geselan tak berlaku. Elok juga kalau ada tempat menggantung khas.

Foto: jmldirect

Foto: cookinglight


7. Ketahui Jangka hayat
Lazimnya, periuk atau kuali non-stick tahan sehingga lima tahun. Jenis yang berkualiti tinggi tahan lebih lama, tetapi mungkin juga tak digunakan selalu. Apabila lapisan permukaannya mulai mengelupas, eloklah "direhatkan".


Apa juga perkakas dapur kena tahu jaga barulah berbaloi membeli sebab tahan lama. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 3
Komen

Previous : Kilauan Kapucino Bergemerlapan Buat Hati Melonjak Keriangan!

Next       : Sediakan Sandwich Buah Segar Untuk Berkelah, Ah! Nyaman Rasa Tekak

Komen Terbaru

Quote biozipstar 13-2-2018 02:16 PM
oh kalau dah tergores tak boleh pakai dah ke?? ooooo yeke... xtau wey.. so aku kena buanglah tefal aku camtu.. pergh.. dah la mahal.. hohoi

Lain-lain Komen

Quote msdummy.2018 7-2-2018 06:02 PM
i panggil periuk pki buang...sebab bila dah tergores..xsesuai lagi diguna pakai....hihihii...tp kalo beli yg berkualiti punya...masak rendang best....garingggg rempah ratusss
Quote de_ikea 7-2-2018 09:47 PM
Iols pkai wok non stick dah 8 tahun secara regular. Alhamdulillah non-sticknya masih elok. Tp handle dah longgar. Mungkin masa utk bertukar
Quote biozipstar 13-2-2018 02:16 PM
oh kalau dah tergores tak boleh pakai dah ke?? ooooo yeke... xtau wey.. so aku kena buanglah tefal aku camtu.. pergh.. dah la mahal.. hohoi

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054474s Gzip On
To Top