Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Jom Buat 45 Keping Brownies Dengan Bajet Tak Sampai RM10!

13-2-2018 10:16 AM|Oleh: Zailina | Dilihat: 1237| Komen: 6

Bagi penggemar brownies, makan dua tiga keping saja mesti tak cukup. Senang nak buat brownies, sebenarnya. Bila semua bahan dah tersedia, campur dan kacau saja. Apa lagi yang lebih mudah dari itu? Jom tengok ada tak petua lain.

Kebanyakan resipi lain menggunakan coklat yang dicairkan (di atas double boiler, caranya ialah hiris coklat, letak dalam mangkuk tahan panas dan mangkuk diletak dalam bekas berisi air mendidih perlahan). Kedengaran agak rumit, kan? Jom buat brownies dengan serbuk koko saja. Memang 'dahsyat' senang, tak payah fikir pun sebab kaedahnya mudah sangat. 


Satu Langkah Saja, Brownies Sedap Tak Terkata
Foto: AllRecipes

Bukan itu saja. Percaya tak, harga semua bahan untuk loyang sebesar 9 inci x 13 inci hanya RM8.35! Murah sangat, kan? Boleh dapat dalam anggaran 45 keping. Itu guna badam, kalau guna walnut mungkin mahal sikit. Manakala, gajus lebih murah. Kalau nak hias dengan aising coklat, kenalah beli coklat masakan dengan krim putar.


Bahan asas senang didapati di mana-mana kedai
Foto: thesmallthingsblog

Supaya kacang lebih rangup, panggang sebentar atau goreng tanpa minyak dengan api perlahan. Harus diingat bahawa mentega cair hendaklah dibiar sejuk sebelum mengadun semua bahan. Jika tak, telur yang dicampur mungkin menjadi 'masak'. Mentega boleh digantikan dengan marjerin, jika suka.

Untuk tepung gandum dan serbuk penaik, boleh digantikan dengan tepung berserbuk penaik atau self-raising flour. Untuk lebih rasa coklat, gantikan vanila dengan coklat emulco (pati). Bagi yang nak jimat wang, tak payah masukkan sebarang jenis kacang. Sementara yang menggunakan mentega bergaram, tak perlu tambah garam.


Satu langkah saja

Makan dengan aiskrim memang tak terkata sedapnya
Foto: Kirbie'sCravings

Jangan lupa ayak semua bahan kering dan alas loyang dengan kertas kalis minyak. Ini untuk memudahkan bila brownies sudah masak dan perlu disejukkan di atas redai. Ia mesti dibiarkan sejuk sebelum dipotong, jika tidak ia mungkin akan hancur. Kalau nak lebih rasa coklat, tambahlah 1/2 cawan cip coklat atau coklat masakan yang dihiris halus. 


Foto: TheSpruce

Masa membakar yang singkat menghasilkan brownies lebih lembap, manakala masa yang panjang akan membuat brownies lebih 'kering' dan tahan lebih lama. Jangan terlalu lama membakar kerana ia akan menjadi keras macam biskut. Olah mengikut bajet dan kesukaan masing-masing. Tiada resipi brownies lain yang semudah ini!


Foto: taste


BROWNIES
2 cawan gula kastor
1 cawan mentega, dicairkan 
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh vanila
4 biji telur 
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan walnut / badam / gajus, dibakar rangup

Cara Membuat
1. Campurkan semua bahan. Ratakan di dalam loyang 9x13 inci yang dialas kertas kalis minyak.
2. Bakar pada 175 Celsius selama 20-30 minit.

Tiada alasan untuk tidak membuat brownies yang gila senang ini kecuali penyakit malas menyerang diri! - CARI


Kredit resipi: All Recipes

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 6
Komen

Previous : Kilauan Kapucino Bergemerlapan Buat Hati Melonjak Keriangan!

Next       : Sediakan Sandwich Buah Segar Untuk Berkelah, Ah! Nyaman Rasa Tekak

Komen Terbaru

Quote missDollie 14-2-2018 12:54 PM
Amenda kau ni dek..yang tak sampai rm10 tu kau citer pasal loyang jer ker...choii la..makan angin jer la gitu..sorry ya guna coklat serbuk saja tak sedap ya..

Lain-lain Komen

Quote CardiGans85 13-2-2018 11:33 AM
Sy suka brownies..tp lps mkn kena exta workout huhuhu
Quote moonbug 13-2-2018 11:49 AM
Oklah utk yg small budget, maybe anak ramai, suka mkn brownies.
Quote chazey 13-2-2018 12:22 PM
Berangan la ko buat brownie seloyang kos tak sampai 10 hengget kat Malaysia ni. Pure butter pun harga dah berapa terutama belah Borneo Utara ni.
Quote chinta89 13-2-2018 03:44 PM
brownies sedappppppppppp
Quote WhiskeyScotch 13-2-2018 08:09 PM
Tak minat brownies sangat. I lagi prefer blondies. Tapi dekat Malaysia brownies lagi famous dari blondies.
Quote missDollie 14-2-2018 12:54 PM
Amenda kau ni dek..yang tak sampai rm10 tu kau citer pasal loyang jer ker...choii la..makan angin jer la gitu..sorry ya guna coklat serbuk saja tak sedap ya..

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042713s Gzip On
To Top