Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Nak Berseronok Di Kathmandu Nepal? Tips Ini Bantu Semuanya Berjalan Lancar

6-2-2018 01:17 PM|Oleh: Apish Apijjie | Dilihat: 1102| Komen: 3

Foto - The Vocket
Kathmandu merupakan ibu negara Nepal yang mana menjadi pilihan bagi mereka yang gemarkan aktiviti outdoor seperti jungle trekking, berbasikal keliling pekan serta panjat gunung. Jangan tidak tahu gunung tertinggi Gunung Everest di Banjaran Himalaya juga di sini.

Jadi bagi memudahkan anda yang merancang untuk ke Kathmandu Nepal ini kami kongsikan lima tips yang ditulis dalam laman The Vocket buat rujukan anda.

1) Visa dan Airport

Airport Kathmandu
Foto - The Vocket
Perkara paling utama adalah Visa. Untuk buat Visa anda boleh buat di Kedutaan Nepal di Malaysia yang terletak di Jalan Ampang, KL. Siap dalam 24 jam hari bekerja. Harganya pula 15 hari RM95 dan 30 hari RM155. Jadi pilih betul-betul berapa lama anda nak bercuti di sana.

Kalau anda jenis yang suka buat saat akhir boleh juga buat Visa on Arrival di Airport Kathmandu dan ia siap serta merta. Cuma masalahnya adalan kena beratur panjang. Harga pula 15 hari USD25, 30 hari USD40 atau 90 hari USD100.

Bila anda turun dari pesawat di Airport Kathmandu tunggu untuk naik shuttle bus, kemudian pergilah ambil beg anda di bahagia bagage. Selepas keluar sahaja dari balai ketibaan akan ada orang tawarkan untuk bawa beg anda, namun sebaiknya elakkan sebab nanti kena bayar tips. Kadang-kadang sampai RM10.

Kalau pergi secara backpacking, pergi ke tempat parkir, tengok kaunter teksi, bayar tiket dengan harga tetap. Elakkan kereta sapu melainkan anda memang dah biasa tawar menawar.

Harga dari airport ke Thamel Road, sekitar 700-750 NPR. Kalau sampai malam, jangkakan untuk dicaj lebih sebanyak 100 NPR. Boleh kongsi 4 orang, itu pun kalau beg tak banyaklah.

Boleh pakai buff atau penutup mulut bila nak keluar dari lapangan terbang kerana Kathmandu dikenali dengan persekitarannya yang berdebu.

2) Thamel Road 

MASJID JAMEK NEPAL DI KATHMANDU YANG WARNA HIJAU
Foto - The Vocket
Tempat ini popular untuk pelancong kerana anda boleh dapat pelbagai barang seperti peralatan mendaki, pashmina, cenderahati dan kedai makan halal.

Untuk lebih senang anda boleh menggunakan aplikasi Tootle yang boleh dimuat turun secara percuma di Google Store. Apps ni macam  Uber, tapi naik motosikal. Harga tetap dan kita dah tahu harga masa menempah.

Naik motor ini lebih efisien kerana jimat masa. Jenis motor yang digunakan adalah jenis Scooter atau Pulsar. Maknanya selesa juga naiknya. Untuk guna aplikasi ni, kena ada kad sim tempatan sebab nanti empunya motor akan telefon pelanggan.

Jadi kenalah beli kad sim dan disarankan beli telco NCell yang dimiliki oleh Axiata. Harga kad sim adalah 100 NPR dan 500 NPR untuk data 2.5 GB dan boleh digunakan untuk sebulan. Jumlahnya adalah 600 NPR. Carilah kedai yang tawarkan dengan harga tersebut.

Dokumen yang diperlukan:
i. Salinan muka depan Passport
ii. Salinan Visa Nepal
iii. Sekeping Gambar ukuran passport

Satu pasport boleh beli 2 kad sim, jadi sediakan lagi satu salinan dan gambar.

3) Kedai makanan halal di Thamel

ANATOLIA RESTAURANT
Foto - The Vocket
Berikut adalah senarai kedai makan halal yang anda boleh pergi:

Anatolia Restaurant
Lanzhou Muslim Restaurant
Syafqat Restaurant
Al Madina Restaurant
Ismail Restaurant

Belakang Masjid Jamek:
Pakiza Restaurant

Labim Mall:
KFC
Mango Chilli
La Marche

Masjid:
Masjid Jamek Nepal
Masjid Kashmiri Nepal

Surau di Thamel:
Berdekatan Anatolia
Tingkat 4, atas Ismail Restaurant, Chinatown

4) Pemilihan hotel 

Foto - The Vocket
Anda tidak perlu risau kerana terdapat banyak pilihan hotel dengan harga yang berpatutan seperti bilik berdua dengan sarapan hanya sekitar USD25. Ada juga 24 jam air panas.

Kalau nak kelainan boleh tinggal di Dorm sekitar USD5-8 setiap seorang. Nak mudah lagi boleh tempah di Booking.com

Kalau nak hotel mewah dalam Thamel boleh cari Royal Penguin, Kathmandu Guest House dan Marshandi Hotel. Rate USD50 dan ke atas. Tengok musim juga.

5) Kedai kopi popular

Himalayan Java di Mandala Street atau di Tridevi Marg.

Jadi bagaimana? Mudah bukan kerana sudah ada tips ringkas. Apa tunggu lagi bolehlah rancang untuk ke sini nanti. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 3
Komen

Previous : Hanya 1 Euro, Dah Boleh Beli Rumah Di Itali! Serius, Rasa Nak Pindah Sekarang

Next       : Persis Berada Di Sebuah Kampung, Resort Ini Memang Buat Anda Tak Mahu Balik Rumah!

Jom Buat Roti Sendiri, 'Campak-campak' Guna 7 Bahan Saja!
Terkejut Susu Badan Bertukar Warna Merah Pekat, Rupanya...
Resipi Sandwich Ayam Keju Meleleh, Semudah A,B,C!
Senarai Ciptaan Yang Disalah Guna, 4 Saintis Ini Sendiri Menyesal Kerana Menciptanya
Ismail Izzani Dedah Gadis Idaman, Mengaku Suka Yang Berhijab
5 Festival Dunia Wajib Dikunjungi Hingga Jun, Kalau Tak Pergi Memang Rugi!
Sediakan Sandwich Buah Segar Untuk Berkelah, Ah! Nyaman Rasa Tekak
Auch, 'Tak Boleh Berhenti' Minum Air Berkarbonat Buat Lelaki Ini Hilang Gigi!
Kenali 6 Wanita Ini Yang Merupakan Presiden Kelab Bola Sepak Di Asia Tenggara
Hai Geng 'Single', Betul Ke Ini Sebab Anda Masih Solo?
Rasa Nak 'Meletup'? Berhenti Seketika, Hiruplah Kopi Sebab...
Sejauh Mana Anda Tahu Maksud Warna Dan Bentuk Najis Sendiri?
Pegawai Kanan Polis Ditahan Miliki Toyota Estima Curi
Aduh, Berair Mata Baca Coretan Norman Hakim Buat Suami Abby Abadi! - Netizen
Penganggur Bakal Berdepan Hampir 600 Pertuduhan Merogol
"Kalau Tak Bersedia, Jangan Buat!" - FBI Marah Laluan Tol TnG
Pelajar Diugut Pemandu Teksi Hanya Kerana Memanggil Uber! Apakah?
"Tak Tahu Apa Masalah Watie Degil Tak Nak Bayar, Alasan Tak Masuk Akal!" - Hana
Tak Sengaja Tembak Adik Masa Main Senjata Api Bapa
"Bukan Campak, Tapi Terpaksa Lambung Sebab Ramai" - Fazley Yaakob
"EIS, Produk Baru Mencuri Duit Rakyat Secara Halal!" - Netizen
Isu Suplemen Bayi, Ini Jawapan Balas Neelofa
Nak Menjelajah Vietnam? Jangan Lupa Singgah 5 Pasar Terbaik, Pasti Berbaloi-Baloi
"View Yang Superb Sangat!" - Aktiviti Stargazing Di Gunung CBL Terengganu Sangat Berbaloi
'Macam Dalam Filem Avatar' - Pengunjung Terpukau Dengan Secret Garden Di Pulau Mutiara
Hilang Penat Mendaki Bila Menatap Keindahan Air Terjun Murug-Turug, Sabah
4 Kolam Dalam Gua Dengan Air Sejernih Kristal Ini Ada Di Indonesia!
Indahnya Kolam Monet Di Jepun, Bagaikan Lukisan Karya Pelukis Terkenal

Komen Terbaru

Quote Alin8810 18-2-2018 09:32 PM
what about info on trekking?

Lain-lain Komen

Quote airisa 6-2-2018 02:52 PM
flight ke kathmandu dari kuala lumpur - MAS, Malindo & AirAsia ...

MAS once daily - sampai 1030pm & balik ke KUL midnightt dr KTM,
MAlindo twice daily - pagi & petang dari KUL
Air Asia once daily - pagi dari KUL


Quote chinta89 7-2-2018 10:11 AM
teringin nk ke sana
Quote Alin8810 18-2-2018 09:32 PM
what about info on trekking?

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.056556s Gzip On
To Top