Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Roti Jala Sos Coklat C Versi Baru Yang Jadi Kegilaan Sekarang

7-2-2018 12:08 PM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 1963| Komen: 9

Roti jala bersama kuah kari ayam - itu biasa.
Roti jala dicicah dengan serawa durian - memang sedap tak terkata, cuma kena tunggu musimnya.

Tapi apa rasanya menikmati roti jala berwarna coklat dan rasanya juga coklat? Dicicah pula dengan sos coklat yang sedap.
Pasti peminat coklat menggelupur untuk merasai menu tular terbaru ini.

Ini yang dibuat oleh netizen Muhamad Fadzul hingga dia pula tak menang tangan menyiapkan tempahan.


Lelaki ini memang pandai mencipta resipi yang netizen gemari dan berkongsi pula di sosial media. Harganya pula RM5 yang mengandungi 7 keping roti jala sos coklat.



ROTI JALA SOS COKLAT
Bahan-bahan
- 3 cawan gandum
- 2 biji telur
- 3 sb serbuk koko (gelap atau cerah terpulang pada citarasa masing-masing)
- 3 sb gula
- 3 sb minyak msak
- 1/2 cawan susu cair
- Garam secukup rasa
- Air (ikut kepekatan, jangan terlalu cair/pekat)

Cara membuatnya
1)    Kacau semua bahan dalam mangkuk lalu adun sebati.
2)    Kisar hingga halus.
3)    Ketika mengisar, pastikan ada pusar di tengah sebesar ibu jari. Ia bermakna ia adunan cantik. Jika tiada pusaran atau terlalu kecil, masukkan air untuk mendapatkan adunan cantik.
4)    Gunakan botol menjala yang yang mempunyai tiga kaki lalu ditebarkan ke atas kuali tidak melekat.
5)    Lipat dan ketepikan.



Sos coklat
Bahan-bahan
- 200gm coklat masakan (gunakan jenama Selbourne)
- 200gm susu penuh krim/ susu cair

Cara membuatnya
- Menggunakan teknik double boiler sehingga semuanya cair. Siap dihidang. - CARI 

Kredit : Muhamad Fadzul llahi Azhar



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 9
Komen

Previous : Kilauan Kapucino Bergemerlapan Buat Hati Melonjak Keriangan!

Next       : Rindu Makan Putu Mayam? Guna Resipi Tiga Bahan Ini, Dijamin Lebih Sedap

Komen Terbaru

Quote adel7 9-2-2018 02:56 AM
Kemasnya roti jala die

Lain-lain Komen

Quote PyoNaRi 7-2-2018 12:17 PM
Nak buat nanti! Macam best ja
Quote VespaSilbe 7-2-2018 12:43 PM
Jujurnya.. moga berjaya adeq
Quote AvaAdore 7-2-2018 01:01 PM
Bagusnya buat bisnes, share resepi plak tu. X kedekutz
Quote HS357 7-2-2018 03:14 PM
lepas ni roti jala cis coklat pula
Quote AbukRokok 7-2-2018 09:51 PM
tanggu pulut kuning cheese sos blackcurrant
Quote syue86 8-2-2018 08:48 AM
bagusnya die share resipi
Quote vanillaninja 8-2-2018 09:18 AM
I prefer traditional roti jala cicah kuah kari.

I doakan semoga business adik ni maju jaya dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Quote WhiskeyScotch 8-2-2018 07:09 PM
Nampak menarik.
Quote adel7 9-2-2018 02:56 AM
Kemasnya roti jala die

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045371s Gzip On
To Top