Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Quesadilla Ayam Berkeju, Mantap! Sesuai Disediakan Untuk Parti, Macam Berada Di Mexico

9-2-2018 11:19 AM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 812| Komen: 1

Ada rancangan nak jemput kawan-kawan bertandang ke rumah? Tapi tak ada idea nak masak apa? 

Apa kata anda cuba masakan inspirasi dari Mexico pula kali ini? Resipi Quesadilla Ayam Berkeju ini sesuai untuk 10 orang makan. 

Lepas tu bolehlah tambah makanan sampingan lain seperti salad, kentang lenyek atau goreng dan pencuci mulut. Sungguh mudah, tak perlu pening kepala!  

Foto: Twistedfood
Bahan-Bahan
 
•10 keping roti tortilla 
•4 keping dada ayam (dicincang)
•1 cawan sos cili 
•½ cawan krim keju 
•1 1/2 cawan keju mozarela (diparut) 
•3/4 daun bawang (dipotong halus) 
•1 sudu kecil garam 
•1 sudu kecil lada hitam

Cara-Cara

1.Panaskan ketuhar dengan suhu 180C

2.Berus dulang pembakar dengan mentega. Potong separuh 3 keping tortilla dan letakkan di peghujung dulang (rujuk video), kemudian tutup baki ruang dengan menggunakan sekeping penuh tortilla. 


3.Campur ayam cincang dengan sos cili, krim keju, mozarela, daun bawang, lada hitam dan garam dalam sebuah mangkuk besar. 

4.Ratakan campuran di atas tortilla yang diletakkan dalam dulang pembakar tadi. Kemudian tutup dengan baki tortilla dan sapukan mentega di atasnya. 

5. Tutup dengan kertas pembakar dan bakar selama 10 hinga 15 minit. Kemudian terbalikkan dulang keluarkan kertas dan bakar lagi (bahagian bawah) selama 5 minit sehingga rangup. 

6. Sedia untuk dinikmati bersama rakan-rakan tersayang! 

Foto: Twistedfood

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 1
Komen

Previous : Kilauan Kapucino Bergemerlapan Buat Hati Melonjak Keriangan!

Next       : Rindu Makan Putu Mayam? Guna Resipi Tiga Bahan Ini, Dijamin Lebih Sedap

Komen Terbaru

Quote swimswim 9-2-2018 12:22 PM
Looking good

Lain-lain Komen

Quote swimswim 9-2-2018 12:22 PM
Looking good

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046510s Gzip On
To Top