Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Pelbagai Restoran Dalam Satu Tempat, Segalanya Ada Di Greenhouse By Muir

13-2-2018 10:30 AM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 1292| Komen: 10

Jika anda melalui Jalan Ampang, bersebelahan Hospital Gleneagles anda pasti ternampak sebuah bangunan berkonsepkan batu-bata dan gelas yang ternyata menarik perhatian. 

Bangunan tersebut ialah Greenhouse by Muir, sebuah lagi destinasi makan-makan dan lepak yang santai. 

Foto: eatdrinkskl
Bangunan tiga tingkat ini menempatkan beberapa restoran dengan konsep berlainan.  Ia terdiri daripada Kuroshio Market (makanan Jepun) & Evendough Bakery Caf dan juga Brycg (makanan New Orleans). 


Kuroshio Market
Di Kuroshio Market, anda boleh memilih makanan laut yang segar daripada ketam, kepah salmon dan juga tiram. Kemudian anda boleh memesan cara penyediaan makanan sama ada secara mentah (sashimi), panggang dan lain-lain. 

Foto: eatdrinkskl
Kebanyakan juadah di sini berharga kurang daripada RM50. Selain itu antara makanan Jepun yang boleh dinikmati ialah seperti gyoza, takoyaki, chicken teriyaki dan banyak lagi! 

Foto: eatdrinkskl

Evendough Bakery Caf  
Evendough Bakery Caf  pula menawarkan pelbagai roti yang dibuat segar antara yang terkenal ialah roti keju dengan rumpai laut, roti kari Jepun, kek coklat dan banyak lagi manisan yang bakal buat anda rambang mata!

Foto: eatdrinkskl
Foto: eatdrinkskl

Brycg 
Makanan New Orleans agak susah dan jarang di dapati di Malaysia. Namun di Brycg yang terletak di tingkat 1, anda boleh merasai makanan eksotik New Orleans seperti lobster roll, beignet, gumbo, jambalaya dan banyak lagi! 

Foto: eatdrinkskl
Nak tahu apa maksud nama makanan-makanan ini datanglah sendiri ke Brycg ( sebutan bridge) dan ketahui dan nikmati sendiri makanan-makan eksotik ini! 

Greenhouse By Muir
1 Jalan Nipah, Off Jalan Ampang
Buka setiap hari, 10am-10pm

-CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 10
Komen

Previous : Jangan Kondem Dulu, Dah Cuba Baru Tahu Selera Pasti Terpaut Di Makan Culture!

Next       : Pergh! Ajai Buka Restoran Asam Pedas, Resipi Asli Dari Muar Ni..

Komen Terbaru

Quote ms_furby 20-2-2018 04:28 PM
whoaa..heaven sangat kt kl.. hehehehe..

Lain-lain Komen

Quote onexox97 13-2-2018 10:44 AM
food court untuk org ada ada ni
Quote myakayina 13-2-2018 11:16 AM
boleh tahan gak harganya..
Quote iloveyou 13-2-2018 11:37 AM
japanese cuisine dia mmg freshhhh, i likeeee, mmg highly recommended
Quote CiliPadiSedap 13-2-2018 11:43 AM
iloveyou replied at 13-2-2018 11:37 AM
japanese cuisine dia mmg freshhhh, i likeeee, mmg highly recommended

kayanya kau sis mampu makan tempat alif syukri
Quote meisapoya 13-2-2018 12:00 PM
iloveyou: japanese cuisine dia mmg freshhhh, i likeeee, mmg highly recommended


Makan mknn jepun x ajaaaakkkk
Quote iloveyou 13-2-2018 12:28 PM
meisapoya replied at 13-2-2018 12:00 PM
Makan mknn jepun x ajaaaakkkk

jommmm lahh uolssssss. kita ajak team kita yg lelain hihihi

Quote iloveyou 13-2-2018 12:29 PM
CiliPadiSedap replied at 13-2-2018 11:43 AM
kayanya kau sis mampu makan tempat alif syukri

takat makan sashimi je uolss, haha

Quote meisapoya 13-2-2018 01:40 PM
iloveyou replied at 13-2-2018 12:28 PM
jommmm lahh uolssssss. kita ajak team kita yg lelain hihihi

Rase mcm pompuan emo je buat ayat mcm tu

Klu fresh gitu mmg worth the price lah kan. Haihh kena gi nii
Quote iloveyou 13-2-2018 02:01 PM
meisapoya replied at 13-2-2018 01:40 PM
Rase mcm pompuan emo je buat ayat mcm tu

Klu fresh gitu mmg worth the price lah kan. Haih ...

hahaha pegi ramai2 bru besttt.

Quote ms_furby 20-2-2018 04:28 PM
whoaa..heaven sangat kt kl.. hehehehe..

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.040643s Gzip On
To Top