Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Hidangkan Sejuk-Sejuk, Kastard Dan Tiramisu Bergabung Meletup!

13-2-2018 05:13 PM|Oleh: Apish Apijjie | Dilihat: 1207| Komen: 9

Kebiasaannya kita selalu menggunakan kastard untuk buat puding seperti puding jagung dan rasanya yang berlemak dan manis sudah cukup membuat penggemarnya makan berkali-kali.

Manakala tiramisu pula merupakan pencuci mulut menggunakan bahan asas seperti telur, keju mascarpone, kek span lady fingers, krim putar, kopi ekspresso.

Foto - Vit Daily
Tetapi kreativiti salah seorang pengguna Facebook bernama Solehah Yusoff ini berjaya menggabungkan kastard dan tiramisu untuk dijadikan sebagai pencuci mulut yang mudah disediakan dengan beberapa bahan sahaja.


Foto - Vit Daily
Bahan-bahannya:

1) Satu tin susu pekat
2) Satu tin susu cair
3) Biskut Marie perisa kopi
4) Milo
5) 11 sudu makan tepung kastard
6) Tiga sudu makan gula
7) Secubit garam
8) Air (sukatan sebanyak 5 tin susu yang digunakan)

Cara penyediaannya: 

1) Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air, gula dan garam ke dalam periuk lalu kacau sebati.

2) Kemudian letakkan di atas dapur lalu dikacau sehingga pekat dan kilat di atas api sederhana.

3) Masukan adunan tadi secara perlahan di dalam bekas untuk dijadikan lapisan pertama.

4) Taburkan milo dan juga biskut marie yang dipecahkan kasar.

5) Lapiskan milo dan biskut marie dengan adunan kastard.
6) Taburkan milo di atas lapisan kedua kastard tadi dan masukan ke dalam peti sejuk.


Mudah sangat! Pastikan ia benar-benar sejuk untuk nikmat yang tidak terhingga. Jadi apa lagi silalah cuba dan rasa sendiri keenakannya. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 9
Komen

Previous : Kilauan Kapucino Bergemerlapan Buat Hati Melonjak Keriangan!

Next       : 'Ketewol' Makanan Tradisi Orang Jawa Johor Yang Semakin Dilupakan

Komen Terbaru

Quote kimchipedas 14-2-2018 02:31 PM
Cmni bole dipanggil tiramisu kah??

Lain-lain Komen

Quote beeeee 13-2-2018 05:33 PM
So dia mcm puding ke kek? hehe nanti nak try
Quote multinicky 13-2-2018 06:42 PM
takut meols tgk kandungan gula dlm resepi ni dok viral pasal milo ade gule pon still hadap jgk milo plus lg dgn susu pekat
Quote CiliPadiSedap 13-2-2018 07:18 PM
dik ambil sekampit gula telan hidup2 lg baik daripada buat begini. education nutrition perlu. orang dulu belajar masak xde buat manisan2 sebegini , paling manis kuih kuaci . orang sekarang dah manis lg modify nak manis. sekali sekala makan boleh jgn selalu nanti badan gemuk sakit kencing manis

tengok sis vokuru kencing manis potong kopek
Quote rogayahtop 14-2-2018 09:40 AM
tiramisu guna milo lol.  kreatif tp bukan tiramisu ni kak.
Quote biskutsusu 14-2-2018 10:31 AM
i pun takut tengok kandungan gula. confirm potong kaki niii
Quote awanearisu 14-2-2018 11:35 AM
Tak perlulah letak nama tiramisu kalau juara bahannya, keju maskarpone dicatu ganti dengan kastard terus. Bakal ada yang menyumpah kalau resipi ini dibuat untuk jualan. Dan jangan pula gunakan nama tiramisu sebab nak jual mahal selepas itu walaupun tiada secolet pun keju itu. Panggil sahajalah kastard berperisa kopi atau kastard neslo
Quote krustykrab 14-2-2018 12:15 PM
org malaysia ni mmg gila susu manis kan, aku tgk resepi kat ig, kat fb,,, masyaallah semua letak susu ni...
Quote missDollie 14-2-2018 12:59 PM
beeeee replied at 13-2-2018 09:33 AM
So dia mcm puding ke kek? hehe nanti nak try

Ha'ahh..lebih kepada puding ni..sah2 bukan tiramisu..false alarm..lol..
Quote kimchipedas 14-2-2018 02:31 PM
Cmni bole dipanggil tiramisu kah??

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042784s Gzip On
To Top