Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Buat Sendiri Tepung 'Gluten Free'. Lepas Ni Boleh Makan Kek Tanpa Rasa Bersalah!

14-3-2018 03:24 PM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 1732| Komen: 12

'Gluten free chocolate fig cake' yang selamat dimakan oleh individu alah tepung gandum
Untunglah siapa yang boleh menikmati kek dan segala manisan tanpa had atau alahan.

Namun berlainan dengan individu yang ada masalah ekzema atau alergik dengan tepung gandum. Usahkan merasa kek, silap-silap terbau pun boleh naik ruam-ruam satu badan.

Jadi, apa alternatifnya?
Perlulah mencari resipi yang gluten free atau bahasa mudahnya tidak menggunakan langsung tepung gandum sebaliknya gantikan dengan tepung beras perang.
Namun, masalah lebih besar ialah susahnya mencari tepung beras perang. Jika ada pun, harganya terlalu mahal!

Jadi, seorang netizen telah berkongsi percubaannya membuat tepung beras perang demi memenuhi impiannya membuat kek yang gluten free. Selain menjadi tepung kek, resipi ini juga sangat elok untuk pesakit ekzema, individu Autism, bubur bayi dan warga emas yang sakit kronik kerana ia lebih senang hadam.

Beras perang
Bahan-bahan
-    Beras perang
-    Daun pandan
-    Bekas kedap udara

Cara membuatnya

1) Keluarkan beras perang dalam jumlah yang anda kehendaki.


2) Rendam selama 6 jam.



3) Keringkan di bawah pancaran matahari.


4) Kemudian sangai tanpa minyak.
(Daun pandan sebagai indikator untuk orang yang pertama kali membuatnya bahawa jika ia bertukar kepada warna perang, maknanya boleh ke langkah seterusnya).


5) Kisar sampai halus.


6) Simpan di dalam bekas kedap udara. Ia boleh tahan berbulan-bulan.

Mungkin agak sukar pada permulaannya, tetapi jika ia mampu membantu pihak-pihak tertentu seperti yang disebutkan sebelum ini, jadi ia pastinya sangat berbaloi.

Lagi pula resipi 'gluten free' ini kononnya boleh membuatkan anda kurus dalam masa sama menikmati kek atau manisan lain. - CARI 

Kredit : FB Fahmie Abu Bakar


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
0
Lawak
4
Bosan
4
Komen: 12
Komen

Previous : Sambal Pelam Telur - Lagi Syok Rasa Masam Manis Dan Ada Ikan Lagi!

Next       : Tiada Alasan Tinggal Sarapan Pagi Lagi, Roti Omelette Senang Je Nak Buat

Komen Terbaru

Quote zuriey 15-3-2018 11:08 AM
Ni mcm Cara aku bt bubur utk Ank aku ,, tapi idok la aku rajin Nk jemur ,, aku sangai ja sampai kering ,, lps tu blander halus,, Nk masak bubur ambik 1 sudu jr nnti Dia kembang jdi banyak ,, masa memasak pun sekjap je Beras tu cpt kambang ,,

Lain-lain Komen

Quote munchkin 14-3-2018 03:29 PM
Susahnya. Beli je tepung gluten free kat section organik tu
Quote BookerT 14-3-2018 04:07 PM
mak pun gluten sensitif ke nyah? takut celiac je...makan roti gardenia kalau begitu sahaja tak ada effect sangat..tapi kalau dah bakar roti tu...mula berat sendi...pizza...ayam kfc pun macam tu...even cekodok ikan bilis pun effect sama...even minum kuah sup pun effect sama.....tak apa la..mak jadi melayu terus la tak makan tepung gandum..ok nyah?
Quote shernazz 14-3-2018 04:41 PM
BookerT replied at 14-3-2018 04:07 PM
mak pun gluten sensitif ke nyah? takut celiac je...makan roti gardenia kalau begitu sahaja tak ada e ...

Xyah makan nyah semua.tu
Ko makan.nasik.aje
Quote BookerT 14-3-2018 04:46 PM
shernazz replied at 14-3-2018 04:41 PM
Xyah makan nyah semua.tu
Ko makan.nasik.aje

kau ingat mak ni haiwan karnivor ke nyah tak reti nak makan benda lain yang sesedap...nanti kau mak makan karang..mak kalau dah benci mak jadi kanibal tau nyah..kabali kau mak buat nanti..
Quote shernazz 14-3-2018 04:48 PM
BookerT replied at 14-3-2018 04:46 PM
kau ingat mak ni haiwan karnivor ke nyah tak reti nak makan benda lain yang sesedap...nanti kau ma ...

Karnivor makn daging je nyah
Ko tu omnivor
Semua ko sebat
Hahahahaa
Quote pearl.silver 14-3-2018 04:53 PM
Guna blender dia xhalus mcm tepung kan?
I ingat dulu kecik2 mak gi kedai india nk giling kacang hijau atau beras nk buat tepung
Quote CardiGans85 14-3-2018 04:55 PM
Buat ms ni sy beli je. Klu da blk zmn batu nnt bole la praktis mcm ni.
Quote BookerT 14-3-2018 05:19 PM
pearl.silver replied at 14-3-2018 04:53 PM
Guna blender dia xhalus mcm tepung kan?
I ingat dulu kecik2 mak gi kedai india nk giling kacang hij ...

nak halus jadi tepung kene tumbuk la nyah...ada ke mesin menepung nyah? mak tak aware pulak nyah...
Quote pearl.silver 14-3-2018 05:46 PM
BookerT replied at 14-3-2018 05:19 PM
nak halus jadi tepung kene tumbuk la nyah...ada ke mesin menepung nyah? mak tak aware pulak nyah.. ...

Ada sis..
Cuba tengok kedai india yg jual rempah2 tu..
Quote CikBersahaja 14-3-2018 05:52 PM
Untuk dicuba
Quote Joannalee 14-3-2018 09:23 PM
Ok boleh Cuba ... murah Lg mcmni dr beli yg telinga gluten free tu
Quote zuriey 15-3-2018 11:08 AM
Ni mcm Cara aku bt bubur utk Ank aku ,, tapi idok la aku rajin Nk jemur ,, aku sangai ja sampai kering ,, lps tu blander halus,, Nk masak bubur ambik 1 sudu jr nnti Dia kembang jdi banyak ,, masa memasak pun sekjap je Beras tu cpt kambang ,,

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046508s Gzip On
To Top