Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Rezeki MR Memang Enak Menyelerakan, Menyesal Tak Cuba!

6-3-2018 10:21 AM|Oleh: Zailina | Dilihat: 1031| Komen: 0

Siapa yang pernah singgah makan malam di Warung Rezeki MR yang terletak di Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang tentu tak dapat melupakan ikan tiga rasa atau Tom Yamnya yang sedap itu. Malah, minuman shake disediakan pasti buat anda teruja! Jom tengok apa lagi yang ada.


Lokasi tepi jalan memudahkan pengunjung 

Senang nak buat pilihan nak makan apa sebab terpampang di dinding pakej ditawarkan untuk dua, tiga, empat orang atau lebih. Boleh buat kombinasi atau tambah masakan lain yang tiada dalam pakej itu. Eh, memang berbaloi apatah lagi dengan minuman sekali. Kalau tak nak minuman sejuk, boleh tukar panas. Tak ada masalah sis.


Kemas dan teratur, buat mata sedap memandang

Suasana warung juga kemas dan bersih. Pengunjung boleh menonton TV sambil menunggu pesanan tiba. Kalau tak nak makan nasi, boleh cuba aneka masakan mi, bihun atau kuey teow. Pendek kata, semua yang lazimnya disajikan di mana-mana warung atau restoran pada waktu makan malam, ada di sini.


Antara juadah yang terbukti sedap sehingga nasi bertambah

Tempat menyediakan sajian western di sisi warung

Selain ikan bakar dan masakan panas, ada burger ayam, burger daging, roti sosej, tortilla ayam atau daging, roti hamlet (gandingan telur dan kaya) dan kentang goreng. Bagi yang inginkan makanan ringan, boleh pesan roti bakar dengan aneka minuman panas atau sejuk seperti shake dan lain-lain. Di sini juga boleh menjamu selera dengan chicken chop pada harga RM5 saja. Memang tak rugilah singgah di sini sebab semua masakan menyelerakan!

Warung ini dibuka dari jam 7.30 malam hingga 2 pagi. Senang betul datang sini sebab lokasi di tepi jalan. Tempat parkir pun banyak di hadapan dan di tepi kedai.


Kalau ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah menjamu selera di sini. Insya Allah puas hati, balik perut pun senang hati kenyang! - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
8
Terkejut
7
Sedih
5
Lawak
10
Bosan
9
Komen: 0
Komen

Previous : Jangan Kondem Dulu, Dah Cuba Baru Tahu Selera Pasti Terpaut Di Makan Culture!

Next       : Lepak Di Kafe Hispter Tepi Pantai Teluk Cempedak, Luar Biasa Punya Pengalaman!

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.040775s Gzip On
To Top