Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Alahai Comelnya, Roti Senyum Berkeju. Tambat Hati Anak-Anak Dengan Mudah..

16-3-2018 04:02 PM|Oleh: Azza Rai | Komen: 3


Perhatian kepada ibu-ibu yang sentiasa berjalan jauh bersama anak-anak. Anda perlu lebih kreatif bagi menangani kebosanan mereka sepanjang perjalanan tersebut.

Ada yang membawa alat permainan supaya anak-anak terleka dan ada jua yang terus memberi gajet bagi memastikan mereka untuk terus diam.

Berlainan dengan dua ibu ini yang berkongsi kreativiti mereka menerusi makanan. Mereka mahu anak menikmati makanan sambil meneroka alam imaginasi sendiri. Dengan itu, perjalanan menjadi lebih mudah kerana anak yang tidak meragam.

Kedua-duanya menggunakan lebihan roti putih Gardenia sebagai asas. Jom tengok resipi ringkas mereka untuk kanak-kanak  setahun ke atas dan bayi yang baru tumbuh gigi.


Roti Senyum Cheese
Bahan-bahan
-    Roti putih
-    Kepingan keju
-    Penutup botol / apa sahaja bentuk bulat
-    Sudu & straw



Cara membuatnya
1)    Susun roti, keju dan roti menjadi seperti sandwich
2)    Tekap penutup botol pada sandwich tersebut (Boleh dapat 4 set)
3)    Bentukkan mata dengan straw manakala bagi mulut senyum gunakan sudu untuk membentuknya.
4)    Buat seberapa banyak mengikut jumlah roti.


Siap untuk dibawa dalam perjalanan.



Homemade teething cookies
Bahan-bahan
- Roti
- Mentega tanpa garam

Cara membuatnya

1. Sapu mentega tanpa garam ke atas roti.
2. Potong roti memanjang.
3. Bakar dengan suhu 160-180c selama 15 minit.

Biskut ini memang keras sedikit. Jadi, pastikan anda memantau bayi jika ini kali pertama mereka memakan biskut. Bayi akan menghisap dan menggigit-gigit dahulu biskut ini sebelum menelannya.

Moga perjalanan anda kali ini tidak diselangi dengan tantrum dari mereka. Selamat mencuba! - CARI 

Kredit: Aida Arssad & Fahima MN


Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
4
Lawak
2
Bosan
4
Komen: 3
Komen

Previous : Buat Sendiri Tepung 'Gluten Free'. Lepas Ni Boleh Makan Kek Tanpa Rasa Bersalah!

Next       : Sedap Ke Air Milo Keju Durian?

Komen Terbaru

Quote SecretLuv 16-3-2018 11:42 PM
Ni macam smiley potato la ni. Tapi aku buat pakai kentang tak pernah menjadi. Asyik lembik je.
Kalau pakai roti senang la kot.

Lain-lain Komen

Quote multinicky 16-3-2018 04:22 PM
mcm scrub daddy bntk roti keju ni
Quote mizruncing 16-3-2018 05:16 PM
laa senang je rupanya hihi
Quote SecretLuv 16-3-2018 11:42 PM
Ni macam smiley potato la ni. Tapi aku buat pakai kentang tak pernah menjadi. Asyik lembik je.
Kalau pakai roti senang la kot.

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049135s Gzip On
To Top