Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Pasport Paling Berkuasa Di Dunia! Nak Tahu?

7-3-2018 12:12 PM|Oleh: Zailina | Dilihat: 1507| Komen: 8

Buku kecil yang dikenali dengan pasport ini rupa-rupanya mempunyai 'kuasa'. Lebih berkuasa bermakna ia dapat membawa anda ke lebih destinasi tanpa perlukan visa. 

Wah, cuba cuba teka pasport mana paling berkuasa? Kalau anda teka pasport keluaran Amerika Syarikat (AS) atau United Kingdom (UK), anda salah!


Dokumen perjalanan paling penting kalau ke luar negara.
 
Pasport negara ini berjaya 'mengenepikan' kuasa Jerman yang pernah bertakhta di tempat pertama sebelum ini. Dari segi sejarah, pasport dari negara-negara Eropah telah mengungguli kedudukan carta 'paling berkuasa' dan menjadi pasport 'paling diingini' ramai orang.

Menurut carta Indeks Pasport 2018, dahulu pemegang pasport Jerman boleh mengembara ke jumlah negara tertinggi tanpa perlu memohon visa terlebih dulu, kini tidak lagi.


Ada negara yang perlukan visa untuk memasukinya.

Sekarang, pemegang pasport Korea Selatan dan Singapuralah yang paling berkuasa! Menurut badan rundingan dunia berasas di Kanada, Arton Capital, ia berikutan keputusan Uzbekistan yang membenarkan pemegang pasport memasuki negara berkenaan tanpa visa, sekali gus membolehkan pemegang pasport mengembara ke 162 negara.

Pasport Jerman dan Jepun di tangga kedua di mana pemegangya dibenarkan melawat 161 negara tanpa visa diikuti Sweden, Finland, Itali, Perancis, Denmark dan Sepanyol, dengan 160 negara. 

Manakala, UK di tangga keempat boleh ke 159 destinasi sama dengan Luxembourg, Norway, Netherlands, Belgium, Austria dan Portugal.

Afghanistan berada di kedudukan terakhir yang membenarkan mereka melawat 26 negara tanpa visa. Sementara Iraq (29), Pakistan (30), Syria (33) dan Somalia (34).


Foto: passportindex

Sementara itu, menurut carta di atas, pasport Malaysia seri di tempat kelima bersama AS. Kita boleh melawat 158 negara tanpa perlu memohon visa. Boleh dikatakan 'Top Ten' jugalah. Jadi, berbanggalah hendaknya jadi rakyat Malaysia. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 8
Komen

Previous : Arab Saudi Dari Kaca Mata Mat Salleh. No 13 Tu Memang Awesome Sangatlah..

Next       : Tempat Dah Cantik, Namanya Pula Pelik! Dalam Malaysia Je, Dah Pergi Belum?

Komen Terbaru

Quote asyura_85 11-4-2018 01:06 PM
Ye betul..masa aku study dulu mmbr aku dak Thai suke jeles sebab aku boleh sesuka ati masuk Europe bebila nak..derang lak tiap kali nak pi travel kena apply visa.. dah la sekali apply 80GBP

Lain-lain Komen

Quote mamapea 7-3-2018 12:18 PM
passport malaysia mmg bagus
Quote Artemesiaa 7-3-2018 12:38 PM
Harap lebih banyak negara membenarkan pemegang passport Malaysia masuk ke negara mereka tampa visa
Quote HoneyManjer 7-3-2018 01:13 PM
Paspot malaysia paling berani..sbb xleh masuk israel
Quote MsKoreanfanatic 7-3-2018 03:43 PM
Hebat Malaysia!!!
Quote prettyuglybabe 7-3-2018 07:11 PM
tak mustahil bila malaun hanat yang ada rm10 boleh travel ke jepun buat onar buatkan banyak negara tarik balik visa free tu.. so nak melancong tu sila bawak otak dan duit okeh..
Quote mizruncing 8-3-2018 05:33 PM
rege passport mahal huhu
Quote aunisofia 11-4-2018 08:44 AM
tahniah la hehe
Quote asyura_85 11-4-2018 01:06 PM
Ye betul..masa aku study dulu mmbr aku dak Thai suke jeles sebab aku boleh sesuka ati masuk Europe bebila nak..derang lak tiap kali nak pi travel kena apply visa.. dah la sekali apply 80GBP

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045024s Gzip On
To Top