Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Ramen, Nikmatinya Seperti Orang Jepun Makan - Ada 5 Tip Yang Anda Boleh Tiru

6-3-2018 05:29 PM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 2605| Komen: 11

Anda peminat makanan Jepun?
Sushi? Dorayaki? Atau Takoyaki?
Jadi, bagaimana anda memakan kesemua makanan tersebut?
Tidaklah terlalu susah kan? Sebab ia masih boleh dipegang.

Tapi bagaimana dengan ramen? (seperti mee yang bertali-tali). Ini kerana cara orang Jepun makan sangat berbeza dengan orang kita kala menikmatinya. 

Ada 5 tip yang boleh anda tiru untuk merasai kesedapannya. Yumm!

1. Zuzutto (teknik hirup & sedut)
Ramai orang Malaysia yang makan ramen dengan sudu dan garfu menyebabkan kita tidak menikmati ramen dalam erti kata sebenar-benarnya.

Manakala orang Jepun memakannya dengan chopstick dan sudu atau mereka panggilnya zuzutto.

Tekniknya ialah hirup dan sedut. Dengan itu mi dan kuah bersatu membuatkan hidangan lebih enak.

2. Makan ketika masih panas

Yang penting C jangan biarkan sampai ramen sejuk, baru anda nak menjamahnya. Kerana cara zuzutto yang dilakukan orang Jepun dinikmati sebaik sahaja masak, membuatkan ramen kenyal dan lebih sedap dimakan. 

3. Jangan nak macam-macam ya!

Kalau dah biasa dengan mee segera, segala rencah nak dimasukkan sebagai penyedap. Begitu juga dengan ramen, ada sahaja perisa tambahan diletakkan seperti cili potong atau kicap. Itu cara kita, sedangkan hidangan asli ramen Jepun tidak terlalu banyak perisa. Memadailah dengan keenakan asli, barulah rasa tradisi itu.


4. Bawang putih segar

Berita baik buat peminat bawang putih, kerana anda boleh meminta tambahan bawang putih segar kepada pelayan di kedai ramen. Aroma khas ini akan memberikan rasa tambahan pemikat selera.

Semua foto: carian internet

5. Pelengkap Ramen

Kalau nak makan betul-betul macam orang Jepun, anda perlulah memesan makanan pembuka yang popular di sana iaitu (Gyoza C bagi bukan Muslim manakala dumpling C bagi Muslim). Barulah terasa Jepunnya di sini.

Tiba-tiba terasa nak cari ramenlah pula. Restoran mana pilihan anda? - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
6
Bosan
4
Komen: 11
Komen

Previous : Alahai Comelnya, Roti Senyum Berkeju. Tambat Hati Anak-Anak Dengan Mudah..

Next       : Resipi Ini Tak Buat Anda Gemuk, Tapi Boleh Buat Perut Kempis Lagi

Komen Terbaru

Quote adeebah 19-4-2018 10:03 AM
Sedapnya tengok ramen tuu. Okay balik nanti nak beli samyang ramen cup lepas tu boleh slurp macam dalam gambar. hahahhahah

Lain-lain Komen

Quote AyaqMeloSuam 6-3-2018 06:25 PM
Sedapnyaaaaa{:childlike
Quote missinpiece 6-3-2018 06:27 PM
Lapoooo tgk ramen sedappp
Quote Victorioussss 6-3-2018 08:19 PM
Love ramen dan soba
Quote kimchipedas 6-3-2018 08:42 PM
Oh tiiiiidakkk nak kena p cari ka ni..
Quote Ambola 6-3-2018 09:06 PM
Sedapnyerrr ramennnn
Quote RatuDunia94 6-3-2018 09:35 PM
Kalo sejuk2 mcm kt jepun tu makan pepanas sedap la. Kat sini terbakar lidah..
Quote bottombikini 7-3-2018 10:54 AM
ingat ada resipi sekali tadi
Quote kaki_jalan88 7-3-2018 11:13 AM
sedapnye ramen.rindu nak makan ramen dekat Ayam Ya. rase nk fly esok je Japan g makan
Quote dekmieDandy 7-3-2018 11:33 AM
haritu dah pernah maken ramen mcm 2nd picture tu!! sedap gilos

tapi orang cakap ada babi

tapi aku makan je, sebab time tu ada cop halal

kedai ramen depan aeon cheras selatan

gi try tempat lain yg halalan toyiban xde pulak rasa camtu
Quote arek 12-3-2018 09:36 AM
sodappp nya
Quote adeebah 19-4-2018 10:03 AM
Sedapnya tengok ramen tuu. Okay balik nanti nak beli samyang ramen cup lepas tu boleh slurp macam dalam gambar. hahahhahah

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043586s Gzip On
To Top