Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Nasi Goreng Ahmad Maslan (NGAM) Buat Skrin Telefon Netizen Bagai Nak Pecah

7-3-2018 11:34 AM|Oleh: Faizal | Dilihat: 2589| Komen: 12

Siapa tak kenal dengan Ahmad Masalan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia yang sejak kebelakangan ini menjadi bualan netizen di media sosial. 

Satu persatu isu yang beliau tuliskan di laman sosialnya menjadi perhatian ramai. Tak kira sama ada isu-isu semasa terutamanya GST sehinggalah perkongsian aktiviti beliau di dapur.


Rajin juga menteri kita ini masuk dapur kan? Dan sebenarnya banyak juga resipi mudah ataupun ramai yang mengatakan resipi bajet murah yang beliau kongsikan di laman sosial.




Terbaru beliau berkongsi resipi nasi goreng yang diberi nama sempena nama beliau iaitu Nasi Goreng Ahmad Masalan (NGAM). Sempat juga ya Dato' meluangkan masa untuk sekejap memasak untuk keluarganya.

Nasi goreng yang dibuat untuk menu sarapan keluarganya itu dibuatnya sendiri. Beliau juga sempat berkongsi resepi NGAM beliau. Antara bahan-bahan yang beliau gunakan termasuklah nasi, bawang, cili merah, ayam, telor, sos tomato, garam dan minyak masak.

Idea untuk menghasilkan buku resepi dan rancangan masakan

Tenrnyata perkongsian resipi beliau di laman sosial mengundang pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang memberikan cadangan pada beliau untuk menghasilkan buku resipi. Dan ada juga menyuruhnya membuka sebuah blog masakan supaya beliau boleh berkongsi resipi yang lebih detail tentang apa yang beliau masak.


Ada juga yang memberi pendapat supaya Dato' Ahmad Masalan membuat rancangan masakan sendiri. Macam-macam betul idea netizen ini kan?


Skrin telefon bagai nak pecah

Tak sunyi dari kecaman dari netizen, ada juga yang mengatakan bahawa skrin telefon seakan-akan hendak pecah apabila melihat gambar Dato' dan gambar nasi goreng yang telah dikongsikan. Bahaya betul kan!


Status Twitter yang mendapat lebih 1.3k like dan retweet ini juga mendapat komen dan pendapat dari netizen bahawa daripada berkongsi resipi masakan yang sebegini rupa, lebih baik dato' kongsikan aktiviti di kementerian supaya rakyat marhaen tahu.


Itulah dia Timbala Menteri Kewangan kita. Membaca komen-komen nitizen di laman twitternya begitu mencuit hati. Anda jangan lupa mencuba resepi yang beliau kongsikan ni ya. Baru NGAM..!!! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
4
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 12
Komen

Previous : Alahai Comelnya, Roti Senyum Berkeju. Tambat Hati Anak-Anak Dengan Mudah..

Next       : Pizza Pula Ada Berwarna Hitam.. Apa Rasanya?

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 12-3-2018 05:08 PM
Caner bley tlepas pndg resepi drpd masterchef maslan ni??! Harap masterchef maslan bley terbitkn rncangan masakan d tv pulak..featuring the greatest one.hit.wonder masterchef ahmad maslan! Kompem rating mencanak2 naik!!

Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 7-3-2018 11:54 AM
batak viewer
Quote alieyrina 7-3-2018 11:59 AM
Edited by alieyrina at 7-3-2018 12:02 PM

Ok ngangaaa ngammm ngapppp !
Quote zorrro_03 7-3-2018 01:15 PM
tak habis lagi ke bodoh dia ni?  dah tahu orang menyampah kenapa kerap benor buat kerja bodoh.  ke jenis menteri batak like?
Quote Burong_Hantuk 7-3-2018 03:11 PM
ahmad maslan nih,saperti budak tak sekolah
Quote shernazz 7-3-2018 08:21 PM
Ala..dia pon nak share juga
Walaupon nan.hado...
Naseb x nampak kelibat ridsect
Quote Lagubestbest 7-3-2018 08:53 PM
#br1m2juta
Quote estrelle 11-3-2018 08:35 PM
Laa hengatkan dah mereput tak keluar2 lepas kena sound dengan sape ntah jgn bagi statement bodoh.
Quote umbut 11-3-2018 09:00 PM
X selera langsung
Quote mziskandar 12-3-2018 02:26 AM
Agak2 kalau hantar kereta gi workshop, keta x siap, pomen lak divert ajak borak pasal share resipi..
Samaada keta mmg x leh siap sprt yg dijanjikan, dh tidak berminat utk bekerja atau cita2 atau naluri atau kedua duanya skali mmg nk jadi bibik.
Quote fushimi 12-3-2018 10:14 AM
menteri pun batak viral ke
Quote pearl.silver 12-3-2018 11:51 AM
Dia patut wat youtube channel
Macam dapur bujang tu
Tapi versi kos sebulan below rm50
Mesti ramai sayang mat selan pasni
Quote salmon-suki 12-3-2018 05:08 PM
Caner bley tlepas pndg resepi drpd masterchef maslan ni??! Harap masterchef maslan bley terbitkn rncangan masakan d tv pulak..featuring the greatest one.hit.wonder masterchef ahmad maslan! Kompem rating mencanak2 naik!!

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050692s Gzip On
To Top