Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Menu Kampung Dalam Talam - Kena Ke Taiping Lah Mengkome!

7-3-2018 01:00 PM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 2980| Komen: 7

Nasi talam? Apa tu ibu?
Mungkin soalan inilah yang ditanyakan generasi Y dan Z yang tidak mengenali lagi makan berhidang gaya orang dulu-dulu.

Hidangan yang 'rare'
Walhal nasi talam ini sangat popular di mana-mana kenduri perkahwinan, majlis tahlil dan apa jua majlis yang membabitkan acara makan-makan sebelum era penjajahan Jepun lagi.

Orang dulu kan bahasanya berhalus dan berseni C dengan nasi dan lauk-pauk diletakkan dalam pinggan lalu dihidang kepada 4 hingga 5 orang makan, terserlah kelembutan menghormati tetamu sekaligus mengelakkan pembaziran berbanding hidangan katering seperti sekarang.

Sambal pun 2 jenis
Tapi, dah takda hidangan ni sekarang.
Eh! Adalah di Rumah Makan Nasi Talam Taiping.

Jadi, anda yang tidak sempat merasai stail orang dulu-dulu makan bolehlah ke sini untuk menikmati makanan kampong yang rasanya sangat rare.

Menu kampung dalam talam - Kena ke Taiping lah mengkome!

Menu kampung dalam talam - Kena ke Taiping lah mengkome!

Banyak menu - ia ditukar setiap hari

Dengan setalam dihidang kepada 4 orang, antaranya ialah nasi putih, patin masak tempoyak, gulai daging dan kentang, telur masak kurma, kerabu pucuk kaduk, sambal tomato, sambal belacan, ulam selom dan sejug sirap terasa-rasa kesegaran masakan kampong di tekak. Malahan semua ini boleh didapati dengan harga RM20 sahaja!

Kalau anda rasa tak cukup menu talam, tiada masalah, ada sahaja menu tambahan seperti masak lemak cili api pucuk ubi, keli goreng sambal, ayam goreng sambal, ayam barbeku, keli bakar, talapia bakar, ikan sardin goring, kerisi masak asam, tempe dan jering sambal goring, kembung masak lemak cili api, cencaru sumbat sambal, sup kaki ayam dan macam-macam lagi lah.

Menu kampung dalam talam - Kena ke Taiping lah mengkome!

Dengan menu bertukar setiap hari, nampaknya pelanggan yang datang pun takkan jemu untuk datang setiap hari.

Jadi, bagi anda yang mahu merasa masakan kampong dalam talam, bolehlah ke: 

Menu kampung dalam talam - Kena ke Taiping lah mengkome!

Rumah Makan Nasi Talam,
Desa Assam Permai,
Jalan Pokok Assam,
Taiping, perak
Waktu perniagaan 11 pagi - 4 petang (Jumaat Tutup)
FB : Rumah Nasi Talam Taiping - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 7
Komen

Previous : Rezeki MR Memang Enak Menyelerakan, Menyesal Tak Cuba!

Next       : Sekali Rasa Nasi Beriani Roket, Pasti Hari-Hari Mengigau Nak Lagi

Komen Terbaru

Quote KuewTeuwKungFu 17-4-2018 09:18 PM
Mak aiiii...lauk cenggini brtmbh2 mkn ni

Lain-lain Komen

Quote CardiGans85 7-3-2018 01:37 PM
Br2 ni ade kenduri kt rumah saudara kt sabak bernam, mak cik sy request buat style mcm ni. Rs kembali ke thn 90s..best.
Quote rospinki 7-3-2018 02:32 PM
weee..bestnya
Quote saviour_09 7-3-2018 03:56 PM
nasi talam
seronok makan macam ni
even 2,3 lauk simple tapi bila makan beramai
berebut2 jugak!
Quote UsuFie 7-3-2018 03:57 PM

sedapnya menu dia...
Quote bloodyamuk 8-3-2018 08:39 AM
perghhh sedap plak tengok gambar
Quote vanillaninja 8-3-2018 09:15 AM
Bestnya lauk2 kampung!
Quote KuewTeuwKungFu 17-4-2018 09:18 PM
Mak aiiii...lauk cenggini brtmbh2 mkn ni

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041364s Gzip On
To Top