Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Makcik Bawang Asyik Membawang Je, Jom Belajar Cara Pilih Ikan Segar Pula!

6-3-2018 12:54 PM|Oleh: Suzy | Dilihat: 1022| Komen: 0


Dari tadi 'acik bawang' memotong bawang, ikan dah pilih ke belum tu? 


Foto: Gfycat

Ha,di sini ada beberapa tip untuk memilih ikan segar. Jangan mudah tertipu dengan luaran ikan yang berkilat-kilat. Entah-entah, dalamnya hanyir, dah tak segar. 


Jom belajar cara memilih ikan segar supaya hidangan menjadi lebih enak.

1. Ikan biasanya akan diawet untuk kelihatan segar. Cuba pegang, kalau licin dan berlendir maknanya ikan belum diletakkan larutan formalin. Biasanya, ikan segar sebegini hanya boleh didapati di jeti menaikkan ikan. 

Sumber foto: Amanah Daily


2. Hati-hati membeli ikan yang telah dipotong. Cium bau ikan terlebih dahulu, jika bau sangat kuat dan busuk maknanya ikan itu bukan sahaja tidak segar. Malah, bila dimasak akan menghasilkkan rasa pahit dan bau hanyir. 

Warna isi ikan yang ketara. 


3. Selain itu, tekan isi ikan tersebut. Sekiranya terlalu lembik ia memang sudah lama! Pastikan isi ikan tidak mudah tanggal dari tulangnya, barulah segar!

Ikan segar mempunyai isi yang kenyal.


4. Belek juga warna dagingnya. Ikan yang segar warnanya merah, manakala ikan yang telah diawet dan kurang segar warnanya sedikit pucat dan seakan-akan lebam.  

Sumber foto: healthguidance


5. Jangan tertipu dengan warna insang. Pastikan betul-betul merah baru beli. Sekarang penjual lebih cerdik, mereka meletakkan darah ikan supaya insang ikan kekal merah membara. Lihat juga tekstur insang sama ada keras atau lembik. 

Sumber foto: azurarahman.com


6. Akhir sekali jika ingin membuat stok, pastikan ikan yang dibeli dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais. Jika tidak, sia-sialah ikuti tip di atas kerana ikan akan membusuk bersama isi perutnya. 


Nah, untuk anda yang baru berjinak nak ke pasar tu, bolehlah hadam tip memilih ikan ini ya. Semoga maju jaya hendaknya! - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 0
Komen

Previous : Alahai Comelnya, Roti Senyum Berkeju. Tambat Hati Anak-Anak Dengan Mudah..

Next       : Pekat Lagi Kaw! Dua Bahan Je Nak Sediakan Milo Baby Dino

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045363s Gzip On
To Top