Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Usah Bazir Duit Beli Coklat, Buat Sendiri Lagi Puas! Campak Je Nak Filling Apa

8-3-2018 11:10 AM|Oleh: Zailina | Dilihat: 1596| Komen: 2

Kata orang, kalau makan coklat hati rasa girang. Coklat juga dikatakan boleh menaikkan syahwat selain menaikkan berat badan, tentunya! Coklat kalau dibeli memang mahal terutama yang ada kacang seperti macadamia, walnat, kacang pain atau gajus. 

Apa kata kita buat sendiri? Selain boleh dijadikan barang hantaran, boleh juga diberi sebagai cenderahati. Dah pasti orang yang menerima coklat buatan tangan sendiri akan tersengih macam kerang busuk!


Coklat buatan sendiri tiada bahan pengawet atau pemanis tiruan.
Foto: WhatsHotDelhi

Bahan-Bahan Coklat Homemade:
1) Coklat compound. Anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan coklat gelap (dark chocolate), coklat putih (white chocolate) atau coklat susu (milk chocolate). Antara jenama terkenal di pasaran adalah Beryl, Colatta, Selborne. Jika menggunakan coklat kurang manis, tambah gula aising untuk memaniskannya.

2) Bahan-bahan yang anda ingin jadikan sebagai inti atau diletakkan di dalam coklat seperti kismis, kurma, badam, kacang, kelapa (candy) dan sebagainya.

3) Hiasan di atas coklat seperti coklat putih di atas coklat susu dan lain-lain. 


Kotak khas untuk coklat ada dijual di kedai barangan bakeri
Foto: coklatku8

Peralatan Diperlukan:
1) Coklat mould (acuan) yang mempunyai pelbagai bentuk menarik seperti bentuk hati, mawar, bulat, persegi dan seumpamanya.

2) Piping bag (beg aising) untuk memudahkan anda memasukkan coklat cair ke dalam acuan. Kalau tiada beg ni, anda masih boleh memasukkan coklat cair menggunakan sudu atau plastik yang dipotong hujungnya.


Coklat juga boleh dibuat daripada serbuk koko dan gula
Foto: profhariz

Kaedah Menyediakan: 
1) Cairkan coklat compound dengan menggunakan teknik double boiler. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih perlahan, letakkan hirisan coklat dalam mangkuk tahan panas. Letak mangkuk di atas periuk. Pastikan dasar mangkuk tidak menyentuh air panas, mangkuk dan pengacau kering. Jika setitik air masuk ke dalam coklat yang sedang dicairkan, ia akan mengeras. 

2) Setelah coklat cair, isikan ke dalam piping bag dan masukkan ke dalam acuan dengan cermat. Jika bilik berhawa dingin, buat dengan cepat kerana coklat mungkin mengeras semula.


Pelbagai idea menghias bebola coklat yang mudah
Foto: medibank

3) Jika anda ingin meletakkan inti, masukkan coklat cair separuh sahaja ke dalam mould coklat. Sejukkan lapisan tersebut di dalam peti ais. Bila sudah hampir keras baru letak inti di atas lapisan tersebut. Kemudian, 'tutup' inti dengan coklat cair.

4) Biar di dalam peti ais sehingga keras.

5) Keluarkan dari acuan, susun untuk dihidangkan atau dijual.


Membuat coklat merupakan salah satu hobi yang boleh menjana pendapatan. Daripada duduk berangan-angan, apa kata kita cuba buat coklat untuk mengumpul pendapatan sampingan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
4
Terkejut
4
Sedih
3
Lawak
5
Bosan
2
Komen: 2
Komen

Previous : Alahai Comelnya, Roti Senyum Berkeju. Tambat Hati Anak-Anak Dengan Mudah..

Next       : Kreatif, Memang Kena Cuba Maggi Lilit Tom Yam. Patutlah Viral, Sedap Gila..

Komen Terbaru

Quote dubuk 11-3-2018 06:38 PM
dubuk suka snickers dan kit kat

Lain-lain Komen

Quote Bakih66 11-3-2018 03:20 PM
idea yang baik..
Quote dubuk 11-3-2018 06:38 PM
dubuk suka snickers dan kit kat

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041279s Gzip On
To Top