Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

10 Penjara Paling Mewah Di Dunia, Siapa Sangka No.4 Pun Wujud!

9-3-2018 11:51 AM|Oleh: Zailina | Dilihat: 2283| Komen: 6

Penjara yang dikelilingi jeriji besi dan berbau busuk sering dikaitkan sebagai tempat menggerunkan lagi mengerikan! Namun, ternyata ada penjara 'terlajak mewah' dan lebih nyaman dari hotel. 

Lengkap dengan katil empuk, ruangan nyaman serta fasiliti lainnya. Malah, ada penjara menawarkan kelas pelatihan ketrampilan hingga fasiliti gimnasium. Bahkan, ada juga penjara di mana ibu bapa boleh menemani anaknya. Jom tengok sama mewah atau tidak penjara berikut seperti dipetik Brilio.


1. Penjara Bastoy, Norway


Penjara ini terletak di pulau Bastoy dan boleh menampung hingga 100 pesalah. Di dalam penjara ini terdapat lapangan tenis, pacuan kuda, kolam memancing, dan kawasan berjemur.


2. HMP Addiewell, Scotland


Penjara ini memiliki sel yang nyaman dan pesalah akan dilayan baik. Mereka menjalani kursus sehingga boleh kembali ke masyarakat setelah bebas kelak.


3. Pusat Pemulihan Otago, New Zealand


Sel di penjara ini tersusun cantik di mana pesalah boleh belajar selok-belok pertanian, tekik elektro dan juga memasak.


4. Penjara Aranjuez, Sepanyol


Penjara untuk kanak-kanak pun ada! Penjara ini menyediakan fasiliti terbaik untuk anak-anak yang ditahan. Dalam tahun pertama di penjara, ibu bapa dibenarkan untuk menemani mereka. Sel di penjara ini direka bentuk untuk anak dengan beberapa karakter Disney dan tempat permainan khas.


5. Champ-Dollon, Switzerland


Sel penjara ini muat untuk tiga orang dan ruang biliknya sangat nyaman. Ia lebih mirip asrama pelajar kolej.


6. JVA Fuhlsbuettel, Jerman


Penjara ini nyaman dengan pencahayaannya yang cukup. Di dalam sel penjara ada tilam, bilik air sendiri dan sofa yang kelihatan menyelesakan penghuninya. Tak hanya itu, ia juga mempunyai ruang konferensi dan rekreasi untuk tahanan.


7. Sollentuna, Sweden


Sel di penjara ini sangatlah selesa. Ada ruangan menonton TV, tempat bersenam dan beberapa fasiliti lainnya.


8. Halden, Norway


Ia dikatakan penjara paling manusiawi di dunia. Sel di penjara ini sangat selesa dengan pencahayaan yang cukup. Ada TV untuk menonton filem, ruangan gim dan tempat rakaman muzik.


9. Justice Center Leoben, Austria


Tawanan diberi sebuah sel dengan bilik mandi dan dapur peribadi. Penjara ini juga dilengkapi lapangan bola keranjang, tempat rekreasi dan kemudahan fasiliti gim.


10. Pondok Bambu, Indonesia

Foto: Brilio

Penjara wanita Pondok Bambu merupakan salah satu penjara di mana beberapa sel dikatakan dilengkapi sofa empuk dan ruang berkumpul yang selesa.


Kalau begini 'layanannya', mungkin orang berlumba-lumba nak masuk penjara. Cara ini mungkin menjamin mereka berubah menjadi lebih baik sebaik dibebaskan kelak. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
5
Terkejut
5
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
5
Komen: 6
Komen

Previous : Taiwan - Rahsia Besar Tersembunyi Di Asia. Jom Tengok Apa Yang Ada Di Sini..

Next       : Kowloon Walled City, Bandar Terpadat Di Dunia! Langsung Tidak Mempunyai Undang-Undang

Komen Terbaru

Quote mizruncing 12-3-2018 11:12 AM
klu kt malaysia mcm ni berlumba2 la org nk msk penjara. alang kan yg skrg ni pn berlumba2 org buat jahat. lg nk penjara cntik mcm ni. cnfrm gst naik nti

Lain-lain Komen

Quote melinda_kerr 9-3-2018 12:35 PM
berapa byk duit tax payer nk tanggung diaorg hidup selesa mcm tu. makin ramai nk masuk bkn nk berubah tpi tk pyh fikir nk cr duit tanggung diri.
Quote Artemesiaa 9-3-2018 12:38 PM
Dah selesa cam ni mana nak insafnya silap2 tak nak keluar lagi ada ler
Quote multinicky 9-3-2018 01:06 PM
bilik kolej meols wkt zaman u pon kalah yach!
Quote moonbug 9-3-2018 02:25 PM
Penjara kanak2 pun ada
Quote cewekbopot 9-3-2018 03:29 PM
ni penjara berbayar ke mcmana ni. ala2 pusat pemulihan swasta?
Quote mizruncing 12-3-2018 11:12 AM
klu kt malaysia mcm ni berlumba2 la org nk msk penjara. alang kan yg skrg ni pn berlumba2 org buat jahat. lg nk penjara cntik mcm ni. cnfrm gst naik nti

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045709s Gzip On
To Top