Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Sejauh Mata Memandang, Puluhan Ribu Bintang Laut Terdampar Di Pantai UK!

15-3-2018 11:47 AM|Oleh: Zailina| Komen: 26

Foto menakjubkan ini memaparkan ribuan starfish atau bintang laut atau lebih dikenali dengan nama 'tapak sulaiman' terdampar di pantai selepas suhu turun paras bawah 0 darjah yang melanda United Kingdom (UK), baru-baru ini. 

Ia diambil oleh peminat hidupan liar, Lara Maiklem di Ramsgate, Kent. Ia seumpama 'armageddon' (fenomena akhir zaman), katanya.


Sejauh mata memandang ... lambakan bintang laut

Selain bintang laut, hidupan laut lain turut memenuhi pantai selepas kejadian Ribut Emma dan Beast of the East. 

"Ia sangat mengagumkan. Bintang laut, ikan dan landak laut memenuhi kawasan pantai sehingga ke gigi air. Ada orang terjumpa udang kara dan gigi palsu.


Selain bintang laut, ada landak laut dan hidupan laut lain

"Saya tinggal di tepi pandai, tetapi sering juga ke Sungai Thames. Ramai orang datang ke sini. Kata mereka, ia berlaku kelmarin," kata Lara yang sedang menyiapkan buku dokumentari penemuannya di sepanjang tebing sungai dan pesisiran pantai. 'Padang' bintang laut bermula di Ramsgate sehingga ke pantai berdekatan Broadstairs.

Terdapat juga burung camar dan lain-lain di antara hidupan liar yang mati itu. 

"Banyak bangkai haiwan terdampar. Kami cuba selamatkan beberapa ekor tetapi ia bagaikan suatu malapetaka. Sungguh dahsyat." Lara berkongsi fotonya di laman Facebook London Mudlark. Selain Lara, ramai lagi turut melaporkan senario sama di tempat lain.


Mati kerana terlalu sejuk atau terdampar di pantai kerana badai ribut?

Kata Chris Keyworth: Ia fenomena biasa setiap tahun walaupun tiada ribut, selalunya ketam, bintang laut atau jellyfish mati 'beramai-ramai' dalam beberapa peringkat tertentu." 

Namun, kebanyakan orang berasa sedih dengan kejadian itu. Tambah Tim Street: Aneh, tapi inilah cara semulajadi yang telah ditakdirkan."


Kematian beramai-ramai fenomena alam?

Di pantai seluruh UK ada hidupan terdampar dalam jumlah yang banyak. Beberapa hari lepas, banyak burung camar mati menyebabkan lambakan bangkainya terdampar di merata-rata. Selain ribuan bintang laut, ada juga bangkai ketam. Mana-mana ketam yang masih hidup, kami alihkan dalam kolam di celah-celah batu," ujar Lara. 

Anak-anaknya begitu teruja, namun pada masa sama turut berasa jijik dengan pemandangan itu.

Tak pernah dengar fenomena begini di negara kita, kan? Mungkin cuaca terlalu dingin menjadi pendorong kejadian begini. Atau lambakan plastik dan benda-benda lain (bahan kimia) yang mengganggu hidupan laut. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
10
Marah
5
Terkejut
9
Sedih
11
Lawak
6
Bosan
8
Komen: 26
Komen

Previous : Taiwan - Rahsia Besar Tersembunyi Di Asia. Jom Tengok Apa Yang Ada Di Sini..

Next       : Kowloon Walled City, Bandar Terpadat Di Dunia! Langsung Tidak Mempunyai Undang-Undang

Komen Terbaru

Quote blinkmos 21-8-2018 11:29 AM
banyak mcm ni jadi meremang tengkuk..

Lain-lain Komen

Quote zulka 15-3-2018 11:54 AM
mana gigi palsunye
Quote Artemesiaa 15-3-2018 12:37 PM
Kali ni banyak negara mengalami cuaca melampau yang sejuk terlalu sejuk yang panas terlalu panas manusia pun ramai tak tahan dengan perubahan cuaca sebegini apatah lagi haiwan
Quote precious_chicas 16-3-2018 08:52 AM
geli pulak tengoknya.
Quote najib888 18-3-2018 01:26 PM
Edited by najib888 at 18-3-2018 01:29 PM

Boleh makan ka binatang ni? Orang kata kalau kita cincang2, buang ke laut lagi membiak
Quote Keisha-Belle 18-3-2018 11:40 PM
Banyak nya
Quote mamapea 21-3-2018 02:02 PM
bila dh bnyk2 mcm tu nmpk geli pulak...
Quote eyansss 22-3-2018 06:32 PM
najib888 replied at 18-3-2018 01:26 PM
Boleh makan ka binatang ni? Orang kata kalau kita cincang2, buang ke laut lagi membiak

hahaha...  dah macam amoeba pulak...
Quote friedfishsoup 22-3-2018 11:31 PM
errr camne dorang bersih kan semua ni?
Quote tri-max 23-3-2018 08:12 AM
klu org sabah kata- tapak sulaiman ni tak bleh bwk balik ke umah
bwk malapetaka...
idok le teman tahu kisah di sebaliknyer
Quote selyusi 25-3-2018 03:43 PM
aku tergelak part gigi palsu tu
Quote kucen_miang 26-3-2018 04:07 PM
dapat kat cina singseh ni abis semua dikeringkan buat obat
Quote chauky314 3-4-2018 03:19 PM
fenomena alam semulajadi
Quote komorebi 4-4-2018 06:30 PM
dek kerana sejuk sangat dalam laut tu kot
Quote aunisofia 6-4-2018 10:52 AM
gigi palsunya mana....heheh
Quote sapeka 18-4-2018 08:47 AM
kalau sotong sedap ni


buat sotong bakar cicah ayaqsam
Quote mdhelmi 25-4-2018 04:56 PM
tepi pantai dah bole buka restoran tapak sulaiman 3 rasa
xpon industri keropok lekor tapak sulaiman
Quote eizarz 25-4-2018 10:04 PM
ni semua kawan patrick..
Quote SalenaGomez 13-5-2018 09:23 PM
najib888 replied at 18-3-2018 01:26 PM
Boleh makan ka binatang ni? Orang kata kalau kita cincang2, buang ke laut lagi membiak

Betullah ...kalau x silap time belajar sains dulu mmg info gitu...sama mcm cacing tanah juga
Quote Nokiaman 26-5-2018 03:59 PM
tri-max replied at 23-3-2018 08:12 AM
klu org sabah kata- tapak sulaiman ni tak bleh bwk balik ke umah
bwk malapetaka...
idok le teman ...

sepatutnya ia membawa berita baik bukan malapetaka...da nama Sulaiman..nama Nabi tu weyyy....

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043396s Gzip On
To Top