Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Harga Runtuh Kambing Bakar RM1? Gilalah Kalau Lepaskan Peluang Ni!

9-3-2018 11:26 AM|Oleh: Suzy | Dilihat: 1174| Komen: 7


Anda penggemar daging kambing? Anda suka rasa dagingnya yang berjus apabila dibakar? Nah! Ini restoran yang wajib anda kunjungi kerana promosi hebat ditawarkan pemiliknya. Di Rawang Burger Bakar, daging kambing bakar dijual dengan harga serendah RM1. 


Sumber foto: Facebook Rawang Burger Bakar

Mula dilancarkan pada Ramadhan 2015, menu ini menjadi tumpuan utama pelanggan. Istimewanya, harga ini hanya ditawarkan pada setiap hari Sabtu sahaja. 

Kambing bakar RM1 ini kita jual pada hari Sabtu setiap minggu tetapi ia terhad kepada 40 gram sepinggan untuk seorang. 

Waktunya (ia dijual) dari 7 malam hingga 9 malam, kata pemilik RBB Jumsani Mohd Halimi, 46, dipetik daripada Malay Mail Online. 


Sumber foto: Malay Mail Online

Menurut Jumsani atau mesra disapa Sani, idea untuk menjual daging kambing bakar dengan harga serendah itu adalah bertujuan mempromosikan kedainya selain ingin beramal. 

Ia hanya mengambil masa selama 3 jam untuk kambing bakar habis dijual pada harga tersebut apabila pelanggan mulai beratur di RBB seawal jam 6 petang sehingga habis pada jam 9 malam. Harga runtuh itu adalah jauh berbeza jika dibandingkan pada hari lain iaitu RM15 untuk daging seberat 100gram yang disertakan salad dan sos.


Sumber foto: Malay Mail Online

Selain kambing bakar, terdapat juga menu lain yang disediakan antaranya, shellout RM10, nasi goreng kambing RM12 dan mi goreng kambing RM12.  

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di Facebook Rawang Burger Bakar atau Kambing Golek Bakar. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
4
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
3
Komen: 7
Komen

Previous : Menu Kampung Dalam Talam - Kena Ke Taiping Lah Mengkome!

Next       : Disiram Dengan Sambal Cili, Fuh! Sotong Tembun Bakaq Pak Mud Cafe Jadi Igauan

Komen Terbaru

Quote nadna 9-3-2018 01:50 PM
Murah..Ada yang pernah try

Lain-lain Komen

Quote mizruncing 9-3-2018 12:05 PM
wowwww berbaloi sgt utk hantu kambing
Quote moonbug 9-3-2018 12:10 PM
Berbaloi tu rm1/40g
Quote aleesyasofia 9-3-2018 12:29 PM
wow.. bestnya.. nk prgi jgk la..
Quote Ambola 9-3-2018 12:30 PM
Pitam nak beratur
Quote Artemesiaa 9-3-2018 12:41 PM
Siap ler nak kena beratur panjang demi nak dapatkan yang harga singgit
Quote alieyrina 9-3-2018 12:49 PM
Mesti ada org amik upah beratur...
Quote nadna 9-3-2018 01:50 PM
Murah..Ada yang pernah try

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044140s Gzip On
To Top