Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Selalu Terlepas! Di Mana Nak Tengok 'Shooting Stars' Dalam Malaysia Ni?

12-3-2018 10:47 AM|Oleh: Zailina | Dilihat: 1982| Komen: 10

Apakah tahi bintang atau 'meteor shower'? Hujan meteor terjadi apabila sisa hablur yang 'ditinggalkan' komet atau asteroid masuk ke ruang udara bumi. 

Sisa hablur ini lazimnya batu-batan angkasa lepas dikenali sebagai 'meteoroids'. Apabila ia jatuh ke arah bumi, haba terhasil menyebabkan ia panas. Cahaya terang yang kita lihat adalah disebabkan udara panas di belakang batu yang terbakar itu. Jika banyak 'tahi bintang', ia dikenali sebagai 'meteor shower'.


Nasib baik kalau dapat tengok banyak begini ...
Foto: mumbailive

Hujan tahi bintang Perseid (salah satu 'jenis' yang hanya berlaku sekitar Ogos setiap tahun) atau 'Shooting Stars' boleh dilihat (dengan mata kasar) di mana saja di negara kita, asalkan tempatnya gelap. 

Pada 2017, antara 150-200 tahi bintang boleh dilihat dalam masa 1 jam. Pada tahun ini, tahi bintang dijangka paling banyak pada malam 12 Ogos sehingga subuh esoknya. Ada 6 tempat yang menjadi tumpuan peminat 'bintang' dan misteri alam menurut The Star, antaranya: 


1) Tanjung Simpang Mengayau

Terletak di bahagian paling utara Kepulauan Borneo, di daerah Kudat, Sabah. Lokasinya sangat menakjubkan pada waktu malam kerana selalunya, langit tak berawan. Pantainya juga gelap dan sesuai untuk melihat tahi bintang. 


2) Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson

Perkampungan nelayan ini terletak tak jauh dari resort Lexis Hibiscus. Peminat tahi bintang boleh 'menunggu' di jeti kayu atau jeti konkrit yang menganjur ke laut. Ia sentiasa penuh pada hujung minggu, namun sesuai dan selamat untuk mereka yang ingin menyaksikan bintang di langit.


Bukit Tabur ... kalau langit tak berawan, boleh nampak 

Kejadian alam yang menakjubkan ... tahi bintang.
Foto: BillIngalls


3) Cameron Highlands

Lokasi sesuai untuk melihat tahi bintang kerana kurangnya pencemaran udara. Tempat paling strategik adalah jalan yang menghala ke Estet Boh Tea. Kalau nak tengok tahi bintang, boleh parkir kereta di tepi jalan dan melihat ke arah langit kawasan lembah. 


4) Pantai Malindo, Penang

Perkampungan nelayan ini terletak di kuala Sungai Burong. Agak sukar untuk sampai ke sini (ikut jalan bertar), jadi pastikan dulu lokasinya dengan tepat. Di sebelah kiri Jalan Bharu adalah masjid Sungai Burong manakala klinik kerajaan di sebelah kanan. Sebaik melintasi masjid, masuk ke lorong sebelah kiri dan anda akan sampai ke pantai.


Peminat tahi bintang bertumpu ke Frasers Hill. Sertai kelab kalau dah minat.


5) Pulau Tioman, Mersing

Lokasi popular peminat tahi bintang. Banyak motel dan kafe penduduk tempatan di Kampung Lalang dan Kampung Genting. Malah, sewa penginapan dan makanan juga agak berpatutan. Bertumpulah ke pantai untuk menunggu dan melihat hujan tahi bintang.


Peta menunjukkan kawasan paling kurang pencemaran udara.

Perbezaan meteor, komet dan bintang.

6) Kuala Selangor, Selangor

Pantai Remis dan Pantai Redang Sekinchan yang berdekatan bandar Kuala Selangor merupakan dua lokasi berhampiran Lembah Klang. 
Dari Petaling Jaya menuju ke Pantai Remis memakan masa lebih kurang sejam sementara Pantai Redang sekitar 90 minit. Kedua-dua lokasi ini sunyi dan gelap pada waktu malam, dan boleh dijejaki dengan kereta.


Kalau nak tengok tahi bintang, tempatnya kenalah sunyi dan gelap, jadi berwaspada jika ada binatang liar atau manusia berniat serong. Sebaiknya, pergilah berkumpulan (sila lihat www.met.gov.my) dan bawa senjata jika perlu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
5
Komen: 10
Komen

Previous : Jomlah Kumpul Duit, Ada Cara Seronok Melancong Ke New Zealand Tau!

Next       : Kotor, Tidak Terurus. Sanggup Ke Jejak Di 5 Kawasan Terpadat Dunia Ini?

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 17-3-2018 10:09 PM
siap buang hajat


Tuhan ada  menunggu doa utk dimakbulkan , ohh tidakkk dia minta dgn tahi bintang.

Lain-lain Komen

Quote chinta89 12-3-2018 11:58 AM
dlm seminggu ak tgk Kuch Kuch Hota Hai... part tahi bintang sebanyak 3x tu mmg menarik.
Quote Artemesiaa 12-3-2018 01:16 PM
Baguslah dah makin banyak tempat disenaraikan jadi bolelah pilih yang mana dekat nak pergi
Quote saviour_09 12-3-2018 01:25 PM
selalu malam2 duk layan rokok luar rumah dongak jugak ke langit
ada la nampak 3,4 bijik melintas
seronok cam bebudak dulu!
tapi tak berani la lama takut benda lain pulak melintas
Quote UsuFie 12-3-2018 02:13 PM
saviour_09 replied at 12-3-2018 01:25 PM
selalu malam2 duk layan rokok luar rumah dongak jugak ke langit
ada la nampak 3,4 bijik melintas
s ...


lama dulu zaman sekolah...nmpk tahi bintang ni melintas... pastu usu dok jerit panggil arwah mak ajak tgk..
sekali mak jawab..tu bukan taik bintang lah..benda 'lintasan tuju2' tu..  
usu diam jelah..tak tau nak caya ke tak maksud mak tu..
Quote saviour_09 12-3-2018 02:21 PM
UsuFie replied at 12-3-2018 02:13 PM
lama dulu zaman sekolah...nmpk tahi bintang ni melintas... pastu usu dok jerit panggil arwah mak ...

kaannn
memang kerja diorang la tu melintas malam2 hari
tapi dek nak menikmati keindahan malam, dongak la jugak

Quote SWORKS27 12-3-2018 02:43 PM
best ni....nanti2 leh pergi
Quote UsuFie 12-3-2018 04:06 PM
saviour_09 replied at 12-3-2018 02:21 PM
kaannn
memang kerja diorang la tu melintas malam2 hari
tapi dek nak menikmati keindahan malam ...


tulah pasal..

lagi satu mak cerita..kita kalau tegur jer benda tu pecah jd bola api...so kiranya sesiapa yg dia nak 'tuju' malam tu selamat la tak sampai sb dah kena tegur oleh kita ni.. tapinya tak observe pulak jd bola api ke tak time usu tegur benda tu..

time tu tak tau nak caya ke tak..
Quote saviour_09 12-3-2018 04:35 PM
UsuFie replied at 12-3-2018 04:06 PM
tulah pasal..

lagi satu mak cerita..kita kalau tegur jer benda tu pecah jd bola api...so kira ...

1st time tau nitu la kot inspirasi lagu bola2 api achik spin tu

cakap orang tua2 ni ikutkan jeee la kita ni




Quote akudracula 15-3-2018 09:37 AM
UsuFie replied at 12-3-2018 04:06 PM
tulah pasal..

lagi satu mak cerita..kita kalau tegur jer benda tu pecah jd bola api...so kira ...

org putih kan percaya kalu nampak tahi bintang leh buat hajatkan?
kalu tak nampak tahi bintang tp nampak benda tu cuba buat hajat ..
mane tahu benda tu leh tunaikan
Quote HannahMontana 17-3-2018 10:09 PM
siap buang hajat


Tuhan ada  menunggu doa utk dimakbulkan , ohh tidakkk dia minta dgn tahi bintang.

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.063822s Gzip On
To Top