Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Mudahnya Buang Biji Cili Kering Sebelum Masak. Jimat Masa Berganda!

13-3-2018 01:06 PM|Oleh: Faizal | Dilihat: 5444| Komen: 14

Rata-rata masyarakat di Malaysia meminati nasi lemak. Nasi lemak yang 'power' dan sedap sudah pasti hadir dengan sambalnya yang padu dengan rasa pedas, manis, masin dan lagi best kalau diletakkan bilis di dalamnya.

Namun, tahukah anda sambal nasi lemak yang sedap adalah yang dibuat dengan cili kering. Bukan dari cili boh ataupun cili kisar 'ready made' yang ada di pasaran. Barulah rasanya lebih pure dan sedap.

Tapi, hendak menyediakan sambal merah dengan menggunakan cili kering amatlah leceh. Yela, nak membuang biji cili kering yang ada itu bukanlah sesuatu yang mudah. Jika tidak dibuang, boleh menyebabkan penyakit apendiks pula. Jumlah biji cili kering juga menentukan tahap kepedasan sambal kita itu nanti. 


Teknik mudah membuang biji cili kering

Sebenarnya ada cara yang mudah untuk membuang biji cili kering. Anda boleh mencuba cara ini kerana ia berkesan membuang hampir 2kg biji cili daripada 6kg cili kering yang digunakan. Jom lihat caranya seperti di bawah ni:


1. Pertama sekali, rebus cili di dalam periuk/kuali sehingga lembut.


2. Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting untuk memotong cili tadi. Potong menggunakan gunting adalah mudah kerana ketika ini cili sudah lembut, seperti air sahaja. Ringan.


3. Setelah siap dipotong, tutupkan api dan rehatkan seketika. Waktu ini, akan kelihatan beberapa biji cili kering sudah keluar dari cili tu.


4. Kemudian, sediakan satu besen air. Ambil satu tapis berlubang besar untuk menapis cili. Pastikan lubang tapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.


5. Di dalam besen, goyangkan penapis dalam bentuk bulatan dan atas bawah. Anda akan lihat semua biji cili jatuh ke bawah dan cili masih berada di atas penapis. Ulang step ini sampai selesai.


6. Kalau tiada penapis, guna bakul pun boleh, janji lubangnya besar. Selain membuang biji cili, habuk cili juga dapat dibersihkan.


7. Hasilnya! Jangan risau memang akan ada biji cili yang tinggal tetapi sedikit sahaja. Memang kena ada, jika tidak sambal anda tidak akan rasa pedas nanti.

Tips tambahan: Untuk menghancurkan biji cili kering ketika dikisar boleh tambahkan sedikit minyak masak.- CARI 

Kredit: Mama G food Industries

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
3
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
7
Komen: 14
Komen

Previous : Alahai Comelnya, Roti Senyum Berkeju. Tambat Hati Anak-Anak Dengan Mudah..

Next       : Resipi Ringkas Roti Hot Dog Perancis, Hanya Guna Baguette. Jom Cuba!

Komen Terbaru

Quote ItisDD 1-4-2018 12:20 PM
Bagus tips ni.  Iols slalu gunting dlu utk buangkan biji lada tu

Lepas tu pijar satu bdn....

Lain-lain Komen

Quote zulka 13-3-2018 02:34 PM
dah berulang kali repoter cari post benda ni..dah takde berita lain gamak eh  
Quote armin 13-3-2018 09:23 PM
Tapi dr twitter kata biji cili bukan penyebab apendiks pun
Quote noraidil_06 13-3-2018 10:06 PM
armin replied at 13-3-2018 09:23 PM
Tapi dr twitter kata biji cili bukan penyebab apendiks pun

Tp tetap annoying.i kalau termakan biji cili, sure auto keluar kan dr mulut. X leh arr dgn bijindia
Quote NekNgah 14-3-2018 09:25 AM
Blend ajelah biji sampai hancur, apa masalahnya.
Quote BebeQ 14-3-2018 12:01 PM
armin replied at 13-3-2018 09:23 PM
Tapi dr twitter kata biji cili bukan penyebab apendiks pun

netizen twitter ke doctor?
Quote tengah_bosan 14-3-2018 06:34 PM
huwaaaa...
bila la nak datang kerajinan buat benda2 mcm ni
Quote jazaa100 15-3-2018 08:54 AM
NekNgah replied at 14-3-2018 09:25 AM
Blend ajelah biji sampai hancur, apa masalahnya.

Memang blh blend cili bg hancur dgn tambah minyak....tapi klu byk sgt biji cili....sambal tak sedap...rasa maung...

Quote armin 15-3-2018 09:53 AM
BebeQ replied at 14-3-2018 12:01 PM
netizen twitter ke doctor?

Dr bertauliah bkn netizen. Kalau netizen meols scroll macam angin lalu jah
Quote armin 15-3-2018 09:54 AM
noraidil_06 replied at 13-3-2018 10:06 PM
Tp tetap annoying.i kalau termakan biji cili, sure auto keluar kan dr mulut. X leh arr dgn bijindi ...

Aah sbb kn memang dah lama angga biji cili penyebab apendiks meols pun buang kalau makan haha
Quote auntyaya 15-3-2018 10:45 AM
saya hingga hari nie tak pandai2 lagi buat sambai
Quote sakinahxpdc 15-3-2018 11:41 AM
guna cili boh lagi senang
Quote zetty1978 16-3-2018 07:14 AM
Drpd dulu mmg aku buat cara mcm ni sbb aku malas .. hahaha .. rupa2nya jd petua berguna la pulak .. aku mmg rebus cili tu dlm periuk sambil gunting2 je dlm tu .. dh lembut aku tapis .. masa rebus ltk minyak sket .. masa blend pun ltk minyak sket ..
Quote zetty1978 16-3-2018 10:13 PM
zetty1978 replied at 16-3-2018 02:14 AM
Drpd dulu mmg aku buat cara mcm ni sbb aku malas .. hahaha .. rupa2nya jd petua berguna la pulak ..  ...

Mekasih kak bg tacang .. hehehe ..
Quote ItisDD 1-4-2018 12:20 PM
Bagus tips ni.  Iols slalu gunting dlu utk buangkan biji lada tu

Lepas tu pijar satu bdn....

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049902s Gzip On
To Top