Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Resipi Ringkas Roti Hot Dog Perancis, Hanya Guna Baguette. Jom Cuba!

13-3-2018 10:40 AM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 1014| Komen: 1

Penggemar hot dog dan roti bawang putih pasti sukakan resipi ini. 

Resipi mudah ini hanya menggunakan roti baguette sebagai pengganti roti hot dog. Sememangnya ia lebih berkhasiat dan lazat! Jom cuba resepi mudah di bawah ini!

Foto:Facebook
BAHAN-BAHAN

•1 roti perancis/baguette
•3-4 sosej
•1/4 cawan mentega cair 
•2 sudu besar parutan keju Parmesan  
•1 ulas bawang putih (dicincang)
•2 sudu teh daun parsli (dipotong halus)
•Garam kosher
•Lada hitam

Foto:Facebook
CARA-CARA

1.Panaskan oven kepada suhu 170C.

2.Potong hujung baguette, kemudian potong lebihan baguette kepada 4 bahagian. Gunakan sudu kayu dan keluarkan isi tengah (untuk isi sosej)

3.Masukkan sosej dalam baguette, alas dulang pembakar dengan kertas pembakar dan letakkan ia dalam dulang pembakar.

4.Campurkan keju parmesan, bawang putih, parsli dan perisakan dengan lada hitam. 

5.Sapukan campuran mentega di atas baguette. Bakar selama 18 hingga 20 minit atau sehingga sosej masak dan baguette berwarna kuning keemasan. Sedia untuk dihidang

Foto:Facebook
Sangat sesuai dihidangkan ketika parti harijadi atau pesta keramaian! Selamat mencuba! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 1
Komen

Previous : Alahai Comelnya, Roti Senyum Berkeju. Tambat Hati Anak-Anak Dengan Mudah..

Next       : Nak Buat Pai Mini? Hanya Guna Dulang Kiub Ais Dah Siap

Komen Terbaru

Quote candybatik 13-3-2018 01:03 PM
Waaah... sarapan pun bole ni

Lain-lain Komen

Quote candybatik 13-3-2018 01:03 PM
Waaah... sarapan pun bole ni

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041194s Gzip On
To Top