Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Ayam Kampung, Itik, Ikan Tilapia, Pilih Je! Makan Dalam Dulang Di Khadijah Kitchen Kajang

14-3-2018 12:04 PM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 2111| Komen: 5

Tak ada idea nak makan di mana? Apa kata anda bawa kaum keluarga atau lepak bersama sahabat handai di Khadijah Kitchen yang terletak di Kajang. 

Restoran ini menyajikan menu ringkas dan yang menarik ia berkonsepkan makanan atas dulang yang dialas dengan daun pisang. Antara hidangan utama yang disediakan di sini ialah set dulang ayam atau ayam kampung, itik, ikan keli, ikan kembung, ikan tilapia merah dan ikan bawal. 


Foto:Facebook
Anda bakal mengunyah lauk yang penuh rasa rempah kerana ayam dan itiknya diperap dengan 6 jenis gabungan rempah sebelum digoreng manakala ikan-ikan yang disajikan diperap dengan kunyit dan garam. 

Semua set lengkap dengan nasi putih, ulam, 3 jenis sambal iaitu sambal penyet, air asam dan sambal belacan beserta kuah masak lemak cili api atau kuah kari. 


Foto:Facebook
Anda boleh pilih salah satu kuah atau tambah 30 sen untuk kedua-dua kuah. Istimewanya ikan yang disajikan dalam setiap dulang adalah seekor penuh. 

Maka tak hairanlah set dulang ikan-ikan sangat popular di sini. Ikan yang disaji juga segar dari pasar. 

Dah tahu nak pilih set yang mana satu? Ayuh lekas ke Kajang!

Menu:

Foto:Facebook
Set Dulang Ayam / Ayam Kampung - RM7.50 / RM9
Set Dulang Itik - RM9
Set Dulang Keli - RM7.50
Set Dulang Tilapia Merah - RM9
Set Dulang Bawal - RM15
Set Nasi Ganja Ayam - RM7.50
Set Seafood Dulang - RM19.90 (Sabtu & Ahad sahaja)
Nasi Kerabu Ayam / Kambing - RM7.50 / RM15
Nasi Putih - RM 1.50
Coconut Shake - RM4
Teh Tarik Madu - RM 4.50

Khadijah Kitchen - Nasi Dulang Daun Pisang
Alamat: PT 75024, Jalan Sungai Ramal Dalam, 43000 Kajang.
FB: https://www.facebook.com/dapurnasidulang/
Waktu Perniagaan: 10am - 4pm
No. Tel : 0123230220

-CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 5
Komen

Previous : Nasi Lemak Karipap - Siapa Nak Cuba Kena Ke Singapura Lah Ya

Next       : Puas Dan Berbaloi, Makan Sampai Lebam Di Makette Steamboat & Grill

Komen Terbaru

Quote anno_miss 8-5-2018 02:00 PM
Menarik, makan dlm talam.. Boleh ajak en somi ni cuba

Lain-lain Komen

Quote nisako 14-3-2018 12:39 PM
menarik............ tp jauh la pulak...........
Quote aleesyasofia 14-3-2018 02:58 PM
wah.. menarik nie.. hrga pon okay.. bleh cuba nnt..
Quote LautBiru52 14-3-2018 10:28 PM
Prefer kuah asing mcm ni. Tak suka mcm2 kuah campur skali.
Quote sapeka 18-4-2018 08:51 AM
nampak sedap
nanti nak try la
Quote anno_miss 8-5-2018 02:00 PM
Menarik, makan dlm talam.. Boleh ajak en somi ni cuba

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.038592s Gzip On
To Top