Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Makanan Korea Mahal? Jom Buat Dukbokki Sendiri -Sedap Lagi Murah!

2-4-2018 12:33 PM|Oleh: Azza Rai | Dilihat: 1210| Komen: 6


Jika anda peminat program realiti Korea, Running Man pasti pernah melihat aksi pesertanya yang makan pelbagai makanan tradisi Korea yang tampaknya lazat sekali.

Cara mereka nampak sedap sangat membuatkan peminat K-Drama mesti rasa nak cuba juga. Apa kata anda cuba untuk memasaknya sendiri supaya boleh menambah bahan mengikut citarasa sendiri.

Maklumlah kalau makan di Restoran Korea pun, harganya bermula dari RM12-18 bagi satu set. Belum menu mee dan nasi lagi. Jadi kali ini jom kita lihat resipi Korea Rice Cake Pedas (Dukbokki) iaitu makanan jalanan Korea yang paling popular di sana.

Bahan utama ni adalah rice cake (garaetteok berbentuk silinder), fish cake, telur rebus dan kuah dari pes cili.

Rasa rice cake ini agak kenyal. Ia juga kelihatan sangat pedas dengan warna merah menyala, tapi anda boleh kawal jumlah pes cili, jadi rasa kurang pedas.

Bermacam cara untuk masak Dukbokki ini sama ada dengan kicap, keju atau mi. Tapi resipi ini menggunakan keju.


DUKBOKKI CHEESE SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN
- Kek beras (untuk 2/3 hidangan)
- 3 keping kek ikan
- 1 helai daun bawang
- ½ biji bawang
- Sedikit ikan bilis
- Cheese keping

Untuk sos
- 3 sudu besar cili pes
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu besar kicap
- 1 sudu besar tepung sirap (tepung jagung yang dicampur sedikit air)
- 1 sudu besar minyak bijan

Cara-caranya

1) Rebus 3 cawan air dengan ikan bilis selama 10 minit. Setelah siap, toskan.

2) Sementara itu, potong kek beras dan fish cake kira-kira 2cm .
3) Potong bawang besar dan daun bawang menjadi kepingan besar. Ketepikan.
4) Untuk membuat sos, campurkan semua bahan-bahan sos dalam mangkuk.
5) Masukkan ikan bilis, rice cake , fish cake dan bawang ke dalam periuk. Tambahkan sos.
6) Rebus selama 5 minit dengan api yang sederhana dan kacau sekali-sekala.

7) Tambah daun bawang dan bijan dan rebus lagi selama 3 minit.
8) Hidang dalam mangkuk, letakkan keju di atasnya untuk rasa yang sangat sedap. Pastikan letak ketika Dukbokki tengah panas ya.


Foto Carian internet


Mudah rupanya. Jadi bagi peminat K-Drama bolehlah cuba buat sendiri, boleh makan bersama keluarga atau rakan-rakan ya.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
6
Komen: 6
Komen

Previous : Nak Buat Tempoyak Tak Rosak Dan Tahan Lama? Ada Caranya...

Next       : Jangan Membazir Isi Ayam Tu. Jadikan Ia Popcorn Ayam Ala KFC, Enak Banget!

Komen Terbaru

Quote Daintymerry19 20-9-2018 03:04 PM
Nak try lah

Lain-lain Komen

Quote aku_statik 2-4-2018 12:57 PM
Kek beras kenyal..... Option lain ado tak?
Quote pearl.silver 2-4-2018 01:00 PM
aku_statik: Kek beras kenyal..... Option lain ado tak?


Option lain...mkn kt kedai depa masak siap dah..hihi..
Quote indenial 2-4-2018 03:59 PM
Mcm renyah. Start enjin kete g kedai n order makan. Senang{:laugh
Quote shanshero 2-4-2018 04:01 PM
yg ready made ada jual kat shoopee. panaskan je
Quote meisapoya 2-4-2018 06:47 PM
Alamak laparrrrrr
Quote Daintymerry19 20-9-2018 03:04 PM
Nak try lah

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042743s Gzip On
To Top