Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Dah Tak Ada Benda Lain Nak Dijadikan Burger, Tarantula Juga Dipilihnya!

16-4-2018 04:21 PM|Oleh: Suzy | Dilihat: 530| Komen: 8


Restoran burger di Durham, Carolina Utara, menawarkan menu tambahan istimewa untuk pemilihan topping bulan ini, iaitu seekor tarantula! Pendekatan unik dan menakutkan ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke premis tersebut.

Mengikut keterangan di laman web restoran tersebut, Tarantula Burger yang dihidangkan secara eksklusif di Bull City Burger and Brewery pada April, merupakan burger yang dihidangkan menggunakan daging lembu dari lembu tempatan, disirami sos cili pedas, keju gruyere dan tarantula panggang.


Foto: Twitter Bull City

Menurut jurucakap restoran, pelanggan yang telah mencuba menu pelik itu memaklumkan rasa tarantula itu seperti ketam dan logam. Menariknya, rasa setiap anggota badan serangga tersebut adalah berlainan. 

Untuk menikmati menu ini, pelanggan perlu membayar sebanyak ASD30 (RM116) untuk menyertai satu undian. Mereka yang berjaya,  berpeluang menikmati burger tersebut serta mendapat sehelai baju T.


Foto: Twitter Bull City

Seorang pemenang akan dipilih setiap hari dan nombor tiket mereka dikongsi di media sosial. Mereka kemudian mempunyai masa selama 48 jam untuk menghubungi restoran tersebut dan menetapkan masa untuk menuntut hadiah burger tarantula itu.

Setakat ini, seramai empat orang pengunjung sudah mencuba menu tersebut dan restoran berkenaan memiliki sebanyak 18 ekor tarantula untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Selain burger tarantula, restoran tersebut turut menawarkan menu burger yang dihidangkan bersama daging buaya air masin, iguana, ular sawa, seladang dan kura-kura.

Sungguh eksotik! Sehingga kini, apa makanan paling eksotik pernah anda makan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 8
Komen

Previous : Buat Sendiri Mentega Kacang, Lagi Chunky Lagi Sedap

Next       : Resipi Tempe Sira Emak Mertua, Sedapnya Boleh Habis Sebalang!

Komen Terbaru

Quote hasniey 21-4-2018 01:25 AM
Mahal burgernye. Bukan ke tarantula ni yg org thai & vietnam mkn?diorg goreng

Lain-lain Komen

Quote grizz 16-4-2018 04:35 PM
xlalu den nk tolan..
Quote imransulaiman 16-4-2018 05:09 PM
Paling eksotik yang pernah saya makan - ulat sayur... {:good
Quote Artemesiaa 16-4-2018 06:36 PM
Pengemar makanan exotic je suka makan makanan pelik2 cam ni
Quote sapeka 18-4-2018 08:22 AM
hmmm
sedap ke?
tak rasa ke bisa dia bila tergigit tu?
Quote damian_lee 19-4-2018 01:13 PM
Nape aku rasa mcm sedap????
Crunchy ke kulit tarantula tu
Ala2 letak nachos. ...
Quote chazey 19-4-2018 01:26 PM
damian_lee replied at 19-4-2018 01:13 PM
Nape aku rasa mcm sedap????
Crunchy ke kulit tarantula tu
Ala2 letak nachos. ...

Euw! Sah2 la tak sedap! Ai terbayang rasa macam kayu pastu ada rasa pedas2 menggigit sebab tarantula kan berbisa. Euw!
Quote kurga 19-4-2018 04:36 PM
siapa yg istiharkan tarantula tu x racun tika makan yek? yer la..kot pas makan.. tergolek kejung..
Quote hasniey 21-4-2018 01:25 AM
Mahal burgernye. Bukan ke tarantula ni yg org thai & vietnam mkn?diorg goreng

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.064842s Gzip On
To Top