Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

3 Restoran Di Bangsar Untuk Chill Dan Lepak Dengan Kawan-Kawan

17-4-2018 11:42 AM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 1203| Komen: 5

Bangsar sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat makan dan kehidupan malam yang mengujakan. Kadangkala kalau banyak tempat makan pun susah juga nak buat pilihan. 

Jadi kali ini kami memudahkan anda dengan tiga tempat yang wajib anda singgah jika berada di Bangsar!

Nasi Briyani Ayam Madu @ Restoran Mahbub

Foto:Facebook
Barisan beratur yang panjang pada waktu makan tengah hari membuktikan restoran ini sungguh popular. Namun jika anda pertama kali datang ke Mahbub, anda wajib memesan Nasi Briyani Ayam Madu. 

Sudah tentu anda tidak mahu ketinggalan menikmati ayam manis penuh berperisa dan lembut dihidangkan dengan nasi briyani yang semerbak baunya.

Alamat: No.15-, 17, Lorong Tempinis Kiri 1, Lucky Garden, Bangsar 
Waktu Operasi: 7pagi C 2pagi (setiap hari)
No telefon: +603 2095 5382

Japanese Yodel Burger @ The Daily Grind 

Foto:Facebook
Ada banyak burger yang sedap-sedap dihidangkan di sini. Paling istimewa ialah Yodel Burger. 

Patti daging beserta keju biru Jepun dan cendawan rangup disalut tempura digunakan dalam pembuatan burger ini. 

Alamat: Bangsar Village, 1 Jalan Telawi 1, Bangsar Baru
Waktu operasi: 11pagi- 11 malam (setiap hari)
No telefon: +603 2287 6708

Wantan Mee @ Restoran Berjaya 

Foto:Facebook
Restoran ini terkenal dengan lauk pauk untuk Nasi Padang yang dihidangkan. Namun ramai juga yang sanggup datang seawall 7 pagi untuk menikmati sepinggan mi wantan untuk makan pagi. 

Alamat: 44, Jalan Telawi, Bangsar Baru
Waktu operasi: 7 pagi C 5 petang (setiap hari)
No telefon: +6016 292 5578

Jom rancang perjumpaan bersama sahabat lama di Bangsar! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 5
Komen

Previous : Fuh, Asam Laksa Padu Kini Di Seluruh Malaysia

Next       : Asyik Menu Berlemak Dan Berminyak, Kafe Ini Ada Makanan Sihat Organik

Komen Terbaru

Quote Amalinarazi 18-7-2018 09:06 AM
Wow menarikk !

Lain-lain Komen

Quote panistefanin 19-4-2018 05:03 PM
Hello! Very interesting topic, thank you raised it

routing number 31000503
Quote kitiykat 15-7-2018 08:13 AM
Terbaik boleh tambah list place to try nih
Quote abudhabizz 15-7-2018 03:20 PM
Wondermama and chawan?
Quote Foxey 17-7-2018 04:57 PM
lama dah tak lepak bangsar nih... antara tempat makan i salu p dulu adalah restoren mahbub ni, syed (seberang dia jer), pizza hut kat area tu, pastu salu lepak BSV and BSC.  Dulu ada Madam Kwan gak kat situ, lama dah tutup.
Quote Amalinarazi 18-7-2018 09:06 AM
Wow menarikk !

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.038989s Gzip On
To Top