Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Nasi Beriani Roket Meluncur Laris, Sekali Rasa Pasti Mengigau!

23-4-2018 05:01 PM|Oleh: Ayu | Dilihat: 1089| Komen: 17


Mencari kelainan nasi beriani? Nasi beriani gearbox kambing kini menjadi tarikan utama restoran Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh, Melaka. 

Oleh kerana menu istimewa ini, ramai pelanggan mengunjungi restoran ini demi merasai keenakan gearbox kambing yang menjadi tular. 
Pengasas bersama restoran ini, Siti Hafiza Abdul Manaf, 31, berkata setiap hari lima ekor kambing diperlukan bagi memenuhi permintaan orang ramai.

"Idea membuat beriani gearbox kambing ini datangnya daripada pemilik Md Othman Salamon ketika membeli barang di pasar.

"Dia beli sedikit gearbox, bawa balik dan tanya boleh ke kita buat beriani gearbox supaya ada kelainan berbanding kedai-kedai lain? Lepas itu terus jadi," katanya dipetik daripada Malay mail Online.


Foto: Malay Mail
Sebelum ini, Othman, 57, merupakan seorang pengusaha katering untuk majlis perkahwinan. Dia kemudian membuka restorannya di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC). 

Menurut Hafiza, nasi beriani roket ini dengan slogan "sekali rasa pasti mengigau" dimasak dengan rempah resepi tersendiri. Ianya terpilih dan berkualiti tinggi.

Sepinggan nasi beriani gearbox kambing berharga RM12. Manakala, nasi beriani lain seperti beriani ayam, daging dan ayam goreng rempah berharga RM8.


Foto: Malay Mail

Beroperasi sejak 26 Februari 2017, restoran ini juga turut dikunjungi rakyat Singapura dan Brunei selain daripada rakyat Malaysia sendiri. Dibuka 11.30 pagi hingga 7 malam, lebih 800 pinggan nasi beriani terjual pada hari biasa, manakala 1,000 pinggan di hari minggu.

Ia digelar nasi beriani roket kerana beberapa bulan lalu, tular foto restoran ini memasak nasi menggunakan kukusan silinder yang berbentuk seakan-akan roket. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis keraian dan jamuan. 

Apa lagi? Hujung minggu ini, bawalah kaum kerabat terjah restoran Nasi Beriani Roket di Ayer Keroh, Melaka! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 17
Komen

Previous : Asyik Menu Berlemak Dan Berminyak, Kafe Ini Ada Makanan Sihat Organik

Next       : Lagi Menu Keju Melimpah - Restoran Cheese Banjir Tawar Durian Dan Milo

Bila Boleh Teran Bayi Keluar? Pakar Jelaskan Apa Itu Saiz Bukaan Pintu Rahim
"Bila Ibu Bapa Simpan Sikit Bodoh Untuk Anak Cucu, Inilah Jadinya!" - Netizen
"Kata Dah Minta Maaf?" - Jangan Main-main Dengan Che Ta, Sedas Dia Sembur Zaihani!
Nate Mana Lah Sangap 'Pancut' Kat Kereta Baru Member Aku Ni?
Jeans Berbau? Tak Perlu Basuh, Guna Kopi Saja Dah Cukup!
Dulu Rajin Bersukan, Tapi Tiba-tiba Berhenti? Lihat Apa Berlaku Pada Tubuh Anda!
Bersemut Tengok Gambar Bulan Madu Izreen Dan Ude Di Bali!
"Patutlah Kena Tembak..." - Gadis Buat Tuduhan Melampau Terhadap Dr Fadi
Bayi Tidak Bergaul, Kurang Bersosial Cenderung Meninggal Dunia?
Bila Isteri Tidur, Anak Jadi Pemuas Nafsu Serakah
Menteri Buat Lawak, Dakwa Internet Dicipta Oleh Kaum India Purba
Padu Tanda Pagarnya! Elly Mazlein Perli Bekas Suami Tak Bayar Nafkah Anak
Wanita Dihukum Gantung, Subahat Dengan Kekasih Bunuh Suami
Awas, Makanan Ini Boleh Membunuh Anda Dalam Diam!
'Kentut' Sujud Syukur Dapat Nama Baru
"Mohon Beribu Ampun, Saya Mabuk Masa Tu" - Lelaki Hina Masjid Minta Maaf
"Diamlah Gemuk!" - Maryam Lee Buat Hal Lagi, Netizen Pula Yang Bertelagah
Kim Kardashian Bogel 'Mandi Lumpur' Untuk Cetak Botol Perfum
Patutlah Anak Pakai Seluar Dalam Berlapis, Rupanya...
Lepak Di Kafe Hispter Tepi Pantai Teluk Cempedak, Luar Biasa Punya Pengalaman!
Makan Sajian Di Restoran Shawarma, Macam Sedang Makan Angin Di Negara Timur Tengah
Disiram Dengan Sambal Cili, Fuh! Sotong Tembun Bakaq Pak Mud Cafe Jadi Igauan
Kempunanlah Agaknya Kalau Tak Makan Di Sini Jika Ke KB
Nasi Lemak Karipap - Siapa Nak Cuba Kena Ke Singapura Lah Ya
Pastikan Perut Kosong Kalau Nak Makan Di Sini, Baru Boleh Kenyang Sampai Esok!

Komen Terbaru

Quote Konahhh 28-4-2018 10:19 PM
Kalau betul sodap, okayla..sebab kadang tak sodap di tekak konah, walau orang lain kemaen puji melangitt

Lain-lain Komen

Quote grizz 23-4-2018 05:11 PM
betoi ke sedap ni..
Quote CiliPadiSedap 23-4-2018 05:27 PM
kalau dpt tulang gearbox ada isi RM 12 bagi kaka berpatutanlah. sbb kalau kerja kahwin , kaka guna teknik halimunan cari gearbox dalam kawah dpt 5 ketul tumbang  dah  siapa ada sakit darah tinggi ke, kencing manis hati2 dengan daging kambing. dah makan kena cover dengan daun belalai gajah atau bekam.
Quote shernazz 23-4-2018 05:41 PM
Tapi harga dia mmg murah la..
Iols.oenah rasa nasi ereb yg murah kat kg baru..jalan.raja alang ke apa.tah..area kesai.borong buah tu..
Sedapssss
Quote mongoose_kidz 23-4-2018 06:56 PM
murahnya...
Quote noorhairiahma 23-4-2018 07:03 PM
i dah pernah pergi. memang murah.

i datang awal sebelum kedai buka tapi dah ramai yang tunggu. siap beratur lagi.

bila kedai buka je, masing2 terus beratur and chop meja. terus penuh.

penangan MAJALAH 3 maybe.

sedap je.

tapi i lagi suka nasi kambing 40 hari tu.

Quote barfi 23-4-2018 08:37 PM
Jauh la pulekkssd
Quote chinta89 24-4-2018 09:28 AM
harap2 kualiti terjaga, jgn la bila dah ramai ni, harga makin naik n rasa pun dah kelaut.

semoga perniagaan terus maju jaya.
Quote chazey 24-4-2018 10:39 AM
Makanan Melaka ni akak macam.... Skeptikal banyak.
Quote sofiazara 24-4-2018 11:00 AM
ye ke sedap ni?

dorg ni kadang tak reti merasa, aku bukan apa..sebab aku terer masak jadiknya makanan luar selalunya tak up to my family's standard.

kata sedap, sedap..sekali? hampeh tak sedap

baik masak sendiri lebih berkualiti
Quote mamapea 24-4-2018 11:51 AM
sofiazara replied at 24-4-2018 11:00 AM
ye ke sedap ni?

dorg ni kadang tak reti merasa, aku bukan apa..sebab aku terer masak jadiknya mak ...

btl la...sama la mcm aku...
org tu ckp sedap...org ni ckp sedap...skali pg mmg x kena dgn tekak aku...
blk aku akan masak sndr...baru puas hati...beruntung kan pandai masak...
masak la apa pun semua menjadi...tp aku x pandai membaking
aku blh masak masakan penang sahaja ye


Quote sofiazara 24-4-2018 12:25 PM
mamapea replied at 24-4-2018 11:51 AM
btl la...sama la mcm aku...
org tu ckp sedap...org ni ckp sedap...skali pg mmg x kena dgn tekak a ...

khenzzzz

sedih amat, cakap sedap, sedap... sekali?..hurmmm tak sedap pun? awat ramai beratoq? heran cheq!

aku suka gak baking tapi dah lama tak baking kekdahnya oven plak rosak. nak pi ganti baru pun takdan,

btw, nasi beriyani sedap ni bergantung selera masing2 jugak kan, ada yang suka lauk manis2, ada yang suka lauk pedas sikit.

aku paling menyampah nasi beriyani mamak, penuh rempah sampah tak rasa nasi pun, gigit sikit tergigit kayu manis, gigit lagi tergigit cengkih yaampun tah hapa2

lagi nak komen, yang diorg dok viral keria melaka haji jalil tu, aku rasa hmm biasa jelah, okla banyak ubi keledek tapi apsal viral sangat? nothing so special kan
Quote lyza2474 24-4-2018 12:28 PM
malas dah nak percaya pasal viral tempat makan best ni.... sebab dah banyak  tempt pergi asyik kecundang je.. indah kabar dari rasa
Quote sofiazara 24-4-2018 12:29 PM
chazey replied at 24-4-2018 10:39 AM
Makanan Melaka ni akak macam.... Skeptikal banyak.

setuju,

asam pedas melaka yang konon2 kedai sini sana sedap tu sangatla overrated. kerani kat opis ai buat asam pedas melaka lagi sedap piyau meletops ketibas
Quote syadail 25-4-2018 10:33 AM
sofiazara replied at 24-4-2018 12:29 PM
setuju,

asam pedas melaka yang konon2 kedai sini sana sedap tu sangatla overrated. kerani kat o ...

setuju,

rasa tertipu dgn asam pedas overrated melaka tu.
Dahle mahal, kebersihan diragui, sayur kobis ntah apa2 mahal gila.
sama dgn mee popular tu, tk sedap langsung wlau letak sambal. sorry.
Quote haryatie 25-4-2018 12:06 PM
aku x la pndai masak tp kdg2 beria org kata sedap sgt
tp bila aku test biasa2 jerk..
selera masing2 kan..
Quote Artemesiaa 25-4-2018 12:59 PM
Bab orang kata sedap ni susah nak percaya sebab ada yang kata sedap bila dah cuba sendiri tak ler sesedap mana biasa2 je kadang tu tapi sebab dah di viral ramai je berkunjung
Quote Konahhh 28-4-2018 10:19 PM
Kalau betul sodap, okayla..sebab kadang tak sodap di tekak konah, walau orang lain kemaen puji melangitt

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.041652s Gzip On
To Top