Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Kolumnis

Lima Restoran Dalam Gerabak Kereta Api, Buat Anda Mahu Makan, Chill Dan Lepak

30-4-2018 11:25 AM|Oleh: Diba S. | Dilihat: 1143| Komen: 1

Kebiasaannya kereta api digunakan sebagai mod pengangkutan untuk ke sesuatu destinasi. Namun di luar negara terdapat kereta api yang telah diubahsuai menjadi restoran. 


Ada di antara restoran ini terletak kekal di sesebuah lokasi dan ada juga yang terletak dalam kereta api yang masih aktif sebagai pengangkutan. 

Jom tinjau!


Restoran 1880 Town

Foto:KakiSini


Restoran ini sekitar tahun 1950 pernah berfungsi sebagai kereta api Santa Fe yang menghubungkan penumpang dari Chicago ke California. Ia akhirnya diubahsuai menjadi restoran sejak tahun 1982. 


Menu paling popular ialah pai krim yang enak dan sentiasa menjadi tarikan utama pengunjung untuk sering datang ke restoran ini.


Restoran Carriages of Cambridge

Foto:Facebook

Michael Attle, pengasas restoran ini telah mendapat ilham untuk membuka restoran ini selepas lawatannya ke India. Attle mereka sebuah kereta api lengkap dengan restoran setelah kembalinya dia ke United Kingdom pada tahun 1920-an. 


Memang puas hati minum teh dalam restoran ini!


Restoran The Station Kitchen

Foto:Facebook


Terletak di pinggir platform Stesen Old West Bay barat Dorset, England, hiasan dalaman kereta api ini cukup unik dan mewah sehinggakan berjaya menarik perhatian syarikat televisyen untuk menjadikan ia sebagai lokasi penggambaran.


Restoran Hotel McKittrick

Foto:Facebook

Restoran berkonsepkan sebuah kereta api ala era 1930-an ini menarik kunjungan ramai di New York, Amerika Syarikat. Kebanyakan menu yang dihidang bertemakan makanan laut. 


Restoran Toget

Foto:Facebook


Restoran ini hanya beroperasi dari bulan April hingga Oktober dan merupakan hasil cantuman dua buah gerabak kereta api. Antara menu istimewa dan popular di sini ialah sup ikan dan kentang putar.


Di Malaysia kalau tak silap Restoran Victora Station mempunyai konsep seperti restoran-restoran di atas. Ada lagi yang lain yang kami tak tahu tapi anda tahu? Kongsikan di ruang komen di bawah!  -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 1
Komen

Previous : Lagi Menu Keju Melimpah - Restoran Cheese Banjir Tawar Durian Dan Milo

Next       : Makan Sajian Di Restoran Shawarma, Macam Sedang Makan Angin Di Negara Timur Tengah

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 30-4-2018 04:01 PM
Sabah pun ada.. Sambil train menelusuri landasan... {:good{:good

Lain-lain Komen

Quote imransulaiman 30-4-2018 04:01 PM
Sabah pun ada.. Sambil train menelusuri landasan... {:good{:good

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2018 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043148s Gzip On
To Top